Friday, October 21, 2011

Stress....dan Tempe n Cendawan Goreng Di Petang Jumaat

Assalamualaikum,

Salam n selamat petang Jumaat yang penuh barakah buat semua..hari ini agak lambat akak dpat update blog kerana maklum la pg td akak ada tugas di luar menghadiri Program Pembangunan Pontensi Anjuran Jabatan..dan sebenarnya akak mengantikan CC akak yg bercuti..agak segan juga sbb smua yg hadir tu CC2 belaka gred 22 n 26 akak nie pulak CD ajer...hehehe..tp bagaimanapun syukur akak dpt ikuti program yang sungguh baek nie di mana slot yang dibentangkan mengenai Pengurusan Stress atau Tekanan yg disampaikan oleh Kaunselor dari PPD dan KPM yang terdiri dari Ketua S/U Unit Kaunseling KPM sndri..jd bnyk la tips2 berguna yang di sampaikan dan insyaAllah akan akak praktikan untuk kebaikan diri sendiri dan persekitaran.

Kalau asik bercerita pasal stress disini nnti jd pakar kaunseling pulak akak..so biar la mereka yg pakar dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling yg patut memberi kaunseling pada sesiapa yg memerlukan, akak nie cuma bleh berkongsi serba sdikit ilmu yg akak ada seperti memasak  yg mudah2 ajer..n klau petang begini klau kat negeri Johor nie selalu ada goreng pisang n goreng keledek kan tp hr nie akak nak berkongsi makanan yang asalnya org jawa punya tp akak yg x jawa nie pun suka iaitu Tempe Goreng yang enak di makan panas-panas bersama cili padi berkicap sebagai pencecahnya..

nak letak resepi ke tak ekk...sebab mudah ajer nak membuat nyer pasti smua org tau kan...tp xper la akak letak juga la...

TEMPE GORENG /CENDAWAN GORENG
Bahan2:
Tempe bnyk yg dikehendaki klau dlm daun lbih original n sedap
tp sekarang bnyak juga yg dijual dlm peket - dipotong sederhana nipis atau
Cendawan Tiram yg segar dicuci bersih klau besar sgt disiat sdikit.
1cawan -Tepung gandum
1/2 cawan - Tepung beras

1 biji telur
2 sudu - Ketumbar dan Jintan manis yang telah disangai dan di blend halus (boleh buat bnyak dan disimpan utk diguna bila perlu)
sedikit garam
Air secukupnyer untuk membuat bancuhan batter yg tidak terlalu pekat atau cair
Minyak untuk mengoreng.

Cara:
Bancuhkan kedua2 jenis tepung, bersama telur, ketumbar dan jintan yang disangai n blend halus, garam dan air, kacau rata agar tidak bergentil.
Panaskan minyak terlebih dahulu, bila agak pnas celupkan tempe atau cendawan dalam bancuhan tepung tdi dan digoreng dengan api yang sederhana hingga garing dan cantik kekuningan..angkat dan tos kan minyak  boleh lah dihidang bersambal kicap cili pada..

Untuk Sambal Kicap Cili Padi :
25-30 biji cili padi kalau suka lebih pedas boleh tambah
bawang putih dalam 3-4 ulas
kicap lemak manis secukupnya
dan kalau suka masam manis sambal kicap nie boleh gak diperah limau kasturi..
Caranya Tumbuk atau blend halus Cili Padi bersama bawang putih campurkan kicap lemak manis akak selalu guna jenama Jalen..tambahkan gula sedikit pun boleh jugak n kalau ada yg nak letak limau kasturi pun boleh klau yg x suka masam manis x pyah bubuh limau, kacau rata n sedia utk dicicah gan tempe goreng, cendawan goreng, pisang atau kledek goreng..
Tempe Goreng

Cendawan Goreng

No comments:

Post a Comment