Saturday, October 22, 2011

Yok Sarapan Nasi Goreng Belacan Madu...

Assalamualaikum..

Selamat pg diharapkan semua sihat2 di pg sabtu nie.  Nampaknya cuaca sangat cantik n cerah sajer...
apa aktiviti kawan hr nie..nampaknyer ada yg berjoging yer kat mana tu Taman Bunga ke tepi Tasek..mmg baguskan klau dapat buat senamam ringgan atau berjogging pepagi camnie..jgn jd mcm akak asik berjoging di dapur ajer sbb tu la jd smkin bab2 ajer..hehe..InsyaAllah bila ada kelapangan nak juga akak pi berjoging atau big walk di kebun bunga istana mesti sronokkan..

Ok la pg nie..akak masak Nasi Goreng Belacan Madu dan adik akak bedah pulak wat kuih bakar durian utk dibawa kenduri umah ipar dia..wahh mesti ada yang tertanya-tanya naper lak ada Madu kat belakang nama belacan tu bukan ada maksud yg gitu2 tau...sebenarnya belacan yang akak gunakan memang nama dia Belacan Madu akak dapat dari kawan akak Cikgu Fathiyah tuan punya blog Gebang2 Che Fa tu..jauh tu belacan tu datang dari Perlis tau mmg special sebab ia sungguh sedap tuk dibuat sambal belacan ke, asam pedas ke nasi goreng ke atau apa2 masakan yg menggunakan belacan..Che Fa siap oder gan anak saudara dia suruh pos belacan madu..jd akak amik kesempatan gak la tuk merasai kesedapan belacan madu tu..tuk x membuang masa dengar celoteh akak di pg2 hr nie jom la kita semak resepi,

Nasi Goreng Belacan Madu
Bahan2:
Nasi semalam dlam 4-5cawan leraikan
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
15-20 biji cili padi ikut pedas yg diingini kalau nk lg pedas tambah
3 sudu makan udang kering rendam sebentar /klau nak guna ikan bilis pun boleh
1 sudu makan belacan madu
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

Cara:
1. Blender kasar bahan di atas selain nasi dan minyak.
2. Panaskan minyak utk menumis, bila minyak dh panas masukkan bahan2 yg diblender kalau nak tumbuk bahan2 nie pun boleh lg sedap..Tumis hingga agak garing.
3. Masukan nasi dan goreng balik2kan hingga rata masukan kan garam secukupnya.
4. Bila dah balikkan dlm 8 - 10 minit boleh la ditutupkan api
5. Hidangkan panas2 dengan telur mata lembu ke n timun sebagai ulaman..
Nasi Goreng Belacan Madu

Haa nie la rupa bungkusan Belacan Madu Perlis tu..

Kuih Bakar Durian yang lemak manis..

Kuih Bakar Durian yg siap tuk dibwak kenduri..
Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment