Wednesday, November 30, 2011

Jom Sarapan gan Egg Sandwich..

Assalamualaikum,

Selamat pagi Rabu untuk semua, alhamdulillah pagi nie cerah ajer cuaca, harap2 cerahlah sampai ke petang, tapi bila petang tentu hujan kan sebab tengah musim hujan atau tengkujuh nie  memang x dapek nak di tolong..
hari ini saya cuma buat sarapan rengkas itu pun buat di opis ajer masa sambil pepagi tadi teruslah saya merebus telur 3 biji dlm rice cooker, jadi lah breakfast gan sandwich telur  jer..

Alahai resepi yang sangat mudah tentu anak2 pun boleh buatkan jadi x letak resepinya ok..sebab hanya perlu melecek telur rebus letak sedikit lada sulah dan garam, kalau ada mayonis boleh lah masuk 2 atau 3 sudu digaul dengan telur yang dilecek tadi.  Pastu amik roti sapukan dengan butter dan letakkan dengan telur tadi kapitkan roti dan bolehlah dipotong mengikut kesukaan sama ada nak buang tepi atau tidak dan siap untuk dihidang..k lah xboleh nak berceriter panjang sebab hari nie banyak keje weiiii..sabor jer lah kan..ok kita layan pic sandwich yang saya buat tadi..

Tuesday, November 29, 2011

Apam Beras ..again.

Salam n selamat malam semua tentu ramai yang sedang menonton tv atau duduk bersantai bersama keluarga pada masa ini  kan, saya bab2 menonton nie saya agak kurang sedikit entahlah  dari dulu lagi saya memang jarang menonton baek la saya bersantai2 ajer kalau xder nak buat apa2.  Lebih2 lagi hari ini saya rasa macam letih sedikit mungkin sebab cuaca yang agak sejuk kerana hujan dari petang tadi..tu yang mood malas melanda terus..hehe selalu bebenor mood malas tu melanda sebenarnya, bleh macam tu..hahaha..

Semasa balik dari pejabat tadi saya terus membancuh adunan Apam Beras yang saya belajar dari Kak Marie officemate saya..tapi kali ini versi apam beras saya berwarna warni ada warna pink, purple n yellow memang meriah gitu..anak2 buah kat rumah nie pun kemain suka sebab colour2 apam nie beraneka jadi si sara x sabar nak tunggu apam tu masak tadi..ingat x pada cerita mengenai chef sara anak buah saya yang berusia 5 tahun yang pernah saya masukkan sebelum nie..kalau boleh memang dia nak menolongsemuanya , kalau sampai ke besar sikap rajin anak2 nie memang bagus jangan lah  bila dah besar jadi pemalas pulak.

Oklah berbbalik  pada citer apam beras yang saya bancuh pada jam 6 petang tadi, jam 9 mlm baru lah boleh dikukus,3 jam tu tunggu diperap kalau orang x sabar jenuh nak menunggu. Resepinya masih mengekalkan resepi yang pernah saya buat dan masukkan di  blog sedikit waktu dulu..nak letak resepi ke tak yer...takpe lah saya copy n paste sekali lagi disini bagi saper2 yang nak mencuba..tapi kali ini x sempat nak di balutkan dengan kelapa putih sebab tak ada...tapi masih sedap juga bila dimakan gitu ajer..anak2 buah saya suka..jom lah kita semak resepi di bawah.



Apam Beras II

Bahan2:
2 cawan nasi yang telah disejukkan
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
2 1/2 cawan air
1 cawan brown sugar (klau xnak manis kurangkan 3/4 cawan)
3/4 cawan gula pasir (klau xnak manis kurangkan 1/2 cawan)
2 camca teh yis kering
beberapa titis esen pewarna yang disukai 
Secukup Kelapa Parut Putih yang di gaul bersama garam untuk salut apam.

Cara:
1.  Blendkan nasi bersama air sedikit demi sedikit, kemudian masukkan pula kedua-dua jenis gula, blender hingga sebati  dan halus.
2.  Adunkan kedua-dua jenis tepung dalam besen, masukkan yis kering dan gaul rata, masukkan adunan nasi yang diblender dan digaul hingga rata dan sebati. Perapkan selama 3 jam.
3.  Setelah 3 jam, ambil senduk dan gaulkan adunan dengan sedikit dengan pewarna yang dikehendaki, biarkan sebentar selama 10-15 minit. Panaskan dulu acuan lompang kecil dalam kukusan.  Bila acuan dah panas baru masukkan adunan hingga 3/4penuh. 
4.  Kukus selama 10-15 minit, sejukkan sebentar sebelum dicungkil dari acuan. Hidangkan apam bersama kelapa parut putih yang telah di gaul dengan sedikit garam.  Kalau nak lebih tahan kelapa untuk digaul bersama apam kukuskan sekejap..



Mee Hoon Lada Hitam..

Assalamualaikum

Selamat pagi Selasa untuk semua, alhamdulillah dah dua hari xbersiaran akhirnya dapat juga saya menjengah ke blog pada pagi ini.  Saya sebenarnya bercuti ke Air Papan Mersing 2 hari lepas bersama SIL saya yang buat family day gan adik beradiknya so saya pun tumpang la sekaki  sebab orang ajak..turut pergi sama ialah akak saya dari kepong dan kl bersama suami masing2.  Meriah jugak lah 2 hari di sana tu. nanti saya akan cerita kan bila saya update tentang perjalanan ke air Papan tu yer.

Hari ini saya nak masukkan entry Meehoon Putih Lada Hitam saya buat pada pagi ahad lepas sebelum berangkat ke mersing untuk sarapan pagi..yer lah walaupun ianya resepi dah lepas 2 hari sajer lah saya masukkan untuk buat rujukan diri sendiri dan jika ada saper2 yang sudi nak mencuba..sebab resepi ini pun senang dan rengkas ajer menggunakan bahan2 yang ada semasa pembuatannya jadi xlah menyusahkan diri kita nak masukkan benda yang xder pulakkan..kita yang buat dia kan..hehe..ok lah jom la kita layan resepi di bawah:


Mee Hoon Lada Hitam
By: Zalekha Luvs Cooking

Bahan2:
300gm Mee Hoon - direndam lebih kurang 1/2 jam
2 labu bawang besar - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
1 sudu makan lada hitam -dikisar
3 sudu makan udang kering (rendam sebentar) - dikisar
6 batang crabstik - dihiris
1 cawang bunga kobis (cauliflower) dipotong
1 batang lobak merah di hiris (bulat atau batang mancis)
1 kiub ayam knorr
2 sudu makan sos tiram (tak ada saya x letak)
1 sudu makan gulaeh
garam (ikut rasa)
1-2 cawan air (ikut kelembutan mee- kalau mee hoon dicelur dahulu xperlu letak air banyak sedikit sahaja)
sedikit minyak untuk menumis

Cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan yang diblender bawang, lada hitam, udang kering hingga agak garing dan berbau wangi, masukkan air, bahan2 perasa, biarkab mendidih sebentar
2. Bila dah mendidih masukkan crabstick, dan lobak merah serta cauliflower, masukkan mee hoon dan balikkan hingga rata, rasakan kesesuaian rasa garam kalau kurang tambah, balik-balikkan hingga mee hoon agak kering dan boleh matikan api.
3. Hidangkan dengan hiaskan bersama bawang goreng dan daun bawang/sup hiris yang ditabur boleh juga ditabur dengan telur dadar yang digoreng nipis dan dihiris halus...selamat mencuba.

Saturday, November 26, 2011

Salam Maal Hijrah...

Assalamualaikum,

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1433 buat semua umat Islam dan semoga kita semua diberikan taufik dan hidayah, rahmat serta kebahagian hidup didunia dan di akhirat..Amin..mohon maaf di atas segala salah dan silap yang pernah saya lakukan..salam hijrah dari Zalekhan Luvs Cooking..

Air Roselle dan Sup Jagung ...

Assalamualaikum,

Salam hari Sabtu untuk semua dan selamat berhujung minggu. Nampaknya minggu ini sekali lagi kita cuti bersambung hingga ke hari isnin kerana cuti berganti sempenaan Maal Hijrah..Bagi semua yang beragama islam diucapkan selamat menyambut Maal Hijrah...permulaan tahun baru dalam kelender islam..Syukur alhamdulillah kita telah diberikan dengan kesihatan yang baik dan dengan limpah dan rahmatNya kita dapat sekali lagi menyambut kedatangan tahun baru ini.

Saya hari ini cuma nak masukkan entry ringkas iaitu Minuman Air Roselle sebenarnya hari tu masa di Bkt Kepong rumah kakak saya Che Nie terdapat pokok roselle yang sedang berbunga lebat jadi dapat lah dibuat air Roselle yang sangat kaya dengan vitamin C ini..cara buatnya pun hanya perlua bersihkan bunga roselle buangkan biji dan tangkainya disiat2 sedikit rebuskan dengan air dan sedikit gula dan dia akan bertukar menjadi warna merah meroon yang cantik macam ribena, rasanya pun seakan2 ribena masam manis gitu, kalau ada bunga roselle yang banyak selain buat air boleh juga dijadikan jem dan kalau pandai boleh juga dibuat jeruk kering roselle seperti yang kita lihat di kedai2 atau supermarket barangan atau produk roselle yang telah di komersialkan.



Ok la panjang sangat pulak cerita pasal roselle saya sebenarnya ada buat Sup Jagung yang dimakan bersama roti bakar..sup ini sesuai untuk sarapan atau nak makan waktu malam bagi sesiapa yang x nak makan nasi pun sesuai jugak..rasa semua orang taukan cara nak buat sup ini...tapi letakkan la juga resepinya yang mudah dan anak2 yang tak bersekolah tu pun boleh mencuba resepi mudah ini ok kita tengok lah bahan2 yang diperlukan dan pic nya di bwah ini..


Sup Jagung dan Roti Bakar
Oleh: Zalekha Luvs Cooking

Bahan2:
1 tin jagumg dalam tin (ala krim)
1 biji bawang besar dipotong dadu
4 ulas bawang putih cincang
1/2 camca teh serbuk lada putih
1 kiub ayam knorr
1.5 air
2 biji telur - dikocok pukul manja sedikit
2 sudu makan minyak untuk menumis
2 sudu makan tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
sedikit garam

Cara:

1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga berbau harum dan layu, masukkan air, lada sulah, jagung dan garam biarkan mendidih dengan api sederhana.
2. Bila dah masak dan didih masukkan pula bancuhan tepung jagung dan akhir sekali masukkan telur yang di pukul manja tadi, kacau sebentar dan matikan api,
3. Hidangkan panas dengan roti yang di bakar atau makan dengan roti perancis yang dibakar dengan garlic butter pun sedap.. selamat mencuba..

Friday, November 25, 2011

Si Keletah Sara Sahira Dgn Resepinya...

Salam n selamat malam semua, tengah buat apa tu mesti ada yang sedang menikmati  makan malamkan..hari ni saya menulis khas untuk anak saudara saya si cilik Sara Sahira yang baru berusia 5 tahun tapi telah pandai membuat  resepinya sendiri dan minta saya ambil gambar untuk di masukkan ke blog.  Beriya-iya tadi di datang pada saya dah suruh lihat sesuatu di dapur kata sara..mak j tengoklah apa yang ada didapur ada masakan yang sedap dan cantik..pada mulanya saya ingat adik saya bedah ada masak sesuatu..tp gosh bertuah punya budak rupanya dia telah cipta satu resepi.. habis diselongkar peti sejuk dan hasilnya seperti gambar di bawah..sara..sara ada2 ajer kerenahnya.  Rupanya dia dah ambil puding castard yang saya buat tadi masuk dalam mangkuk plastik dibubuhnya sayur yang ibunya dah siap potong dalam peti ais tu, kobis dan bayam serta di susun kan pulak cheezy ring...mak aiiii dah jadi macam nachos salad pulak..kata sara dia letak garam jugak adoyaiiii... lepas nie mak jay n ibu x payah susah payah masak sebab Sara Sahira dah boleh jadi chef...ok jom lah kita layan gambar resepi sara si keletah ni..opss lupa pulak kat rumah sara suruh panggil dia Nora Danish sebab suka sangat dengan pelakon tu..hehe ada2 ajer sara nie..kalau xder gelagat budak2 nie sunyi lah rumah nie..so kalau korang nk bermain ke nk bergurau senda ke nak berlawak ke suka ht korang la tp jangan nak bertengkar nanti mak j rotan..korang..mak aii garangnya..tp xpnah pun..hehehe..
nie lah yg sara buat tadi..ko mkn la sndri anak oiii..

ini la Sara Sahira bila bergmbar siap nk ada eksoseri tgk tu gan beg n gelang ibu dia..

ini pula Aina Arissa yang sgt bijak dan petah..

Sweet Corn Custard With Strawberry Sauce

Assalamualaikum,

Salam dan selamat tengah hari jumaat untuk semua, nampaknya semalam seharian saya tak menjengah ke blog saya pun kurang sehat kerana sakit perut saya nie belum pulih sepenuhnya..mungkin juga saya terkena keracunan makanan, sebab tu lah berlarutan hingga dh nak masuk 4 hari kan..tapi saya kuatkan juga diri sebab kalau tak dilawankan penyakit memang rasa nak melepak jer di katil..Oleh kerana mengenangkan kerja2 di pejabat yang banyak dan cuti rehat saya pun dah tinggal sedikit baik la saya bekerja.

Nak pergi ke klinik terasa malas pulak ntah lah agak nya bila jumpa ajer muka doktor dan dapat ubat beberapa jenis dan yang utamanya duit keluar tentu baik lah penyakit saya ini.  Selalunya memang macamtu la selagi duit kita x keluar selagi tu la x baik2 lagi padahal saya dah makan penadol aktiv fast beberapa kali..saya pun bab2 ubat nie memang jarang bersungguh nak makan..amalan yang x patut diikuti oleh semua..hehe teruk betulkan.

Ok lah kita tinggalkan dulu cerita kurang sihat saya tu dan hari ini saya nak masukkan satu entry pencuci mulut yang saya buat tadi pagi sebelum ke pejabat..sempat pulak saya mengacau corn custard yang seakan puding tapi saya buat telembik sedikit. Walaupun terlembik rasanya tetap sedap bila di makan dengan sos strawberry yang masam2 tu..sebenarnya saya ada ternampak resepi custard yang macam nie di blog siapa yer tak ingat pula tp katanya diambil dari fotopage Pn. Hanalieza..teima kasih yer puan2 empunya resepi kerana saya cuba resepi anda tapi telah saya derhakakan sebab resepi asalnya  pada atas custard yang diletak dalam gelas berkaki di lapiskan dengan jelly tapi oleh kerana saya buat jelly menggunakan gelatin serbuk yang halal x menjadi so saya ubah lah makan dengan sos strawberry pulak..kat resepi saya kurangkan sukatan air jadi ianya akan jadi cantik untuk dipotong tidak lah lembik mcam saya buat..Jom lah kita semak resepi di bawah.



Sweet Corn Custard Dengan Sos Strawberry
Oleh: Zalekha Luvs Cooking

Bahan2:
2 cawan tepung custard
1 cawan Jagung dalam tin (Cream Style)
1 cawan susu cair
1 cawan gula pasir (kalau nak kurangkan 3/4 pun boleh)
4 cawan air
Strawberry juice concentrate untuk drizle kan pada custard secukupnya.

Cara:
1.  Masukkan tepung custard, gula, jagung, air dan susu dalam periuk, masakkan di atas api sederhana,
di kacau selalu sehingga masak.
2. Masukkan adunan custard sama ada dalam bekas acuan individu atau loyang besar biarkan sejuk dan
baru dimasukkan dalam peti ais.
3. Untuk menghidang keluarkan custard dari acuan atau potong jika mengunakan loyang, letak di dalam piring atau mangkuk puding dan bolehlah di drizle kan dengan sos strawberry hias mengikut kreativiti anda.  Kalau tak ada strawberry juice concentrate boleh juga gunakan jem strawberry yang dicampurkan dengan sedikit air panas dan kacau sebentar di atas dapur untuk jadikan sos strawberry.  Selamat mencuba..

Wednesday, November 23, 2011

Sweet Red Bean Bun

Salam dan selamat malam untuk semua dah makan malam ke belum.. saya dah kekenyangan makan 3 ketul bun kacang merah yang saya buat petang tadi syok punya pasal makan panas2 x sedar 3 ketul saya telan..terukkan..hehe..

Sebenarnya dah lama saya x meroti jadi bila adik saya bedah kata dia ada paste kacang merah saya pun apa lagi teruslah  mulakan projek meroti, tu pun malas nak bukak buku resepi atau cari kat blog jadi saya pun maen buat ajer lah ikut resepi yang saya olah sendiri naseb baek menjadi dan sedap.. sebenarnya saya teringin nak buat sweet bun yang sering di jual di pasar raya tu..so kira menjadi percubaan saya cuma saya gunakan loyang bulat dan saya susun rapat2 iainya seakan roti naek tapi versi berinti.  Jom kita semak resepi di bawah:

Sweet Red Bean Bun
Oleh: Zalekha Luvs Cooking

Bahan2:
550 gm tepung gandum
2 camca teh @ 6gram yis kering
4 sudu makan gula pasir
4 sudu makan butter/majerin
2 camca teh dough softener
1 biji telur
4 sudu makan susu cair
1/4 camca teh garam
11/4 cawan air suam
Pes Kacang Merah untuk Inti Roti
Sedikit susu cair dan pewarna kuning untuk di sapu atas adunan roti
sedikit bijan untuk hiasan.

Cara:
1.  Dalam mangkuk yang kecil campurkan yis kering bersama 1/4 cawan airsuam dengan 1 camca teh gula, kacau rata dan biar naek berbuih dalam 5 ke 10 minit 
2. Ayakkan tepung gandum, masuk ke dalam mangkuk/besan masukkan gula, butter, dough softener, garam, gaul rata, masukkan sekali yis yang telah naek, telur dan susu, adun dan masukkan air sedikit demi sedikit.
3. Adunan roti digaul sehingga rata dan kalau melekit letakkan sedikit lagi tepung gandum dalam 1 hingga 2 sudu gaul atau uli lagi sehingga tidak adunan tidak melekit di tangan dan di mangkuk adunan.
4. Ambil adunan sebesar bola ping pong bulat2 kan ditangan dan leperkan sedikit, masukkan pes kacang merah  secukupnya, tutupkan adunan roti menjadi bulat dan kemas, susun rapat di dalam loyang yang telah dilenser dengan sedikit butter.
5. Buatlah sehingga adunan habis, biarkan adunan naek sekali ganda atau dalam masa 30-35 minit.
6. Panaskan oven 180C terlebih dahulu. Adunan roti yang telah siap disusun di dalam loyang tadi boleh di sapukan dengan sedikit susu cair yang dicampurkan dengan sedikit pewarna kuning dan taburkan dengan sedikit bijan. Masukkan adunan roti dalam oven dan bakar sehingga masak dalam 40-45 minit sehingga atas roti kuning cantik.  Keluarkan dari oven dan sapukan dengan sedikit butter dan sejukkan atas redai.  Siap untuk dihidangkan bersama teh atau kopi panas..


Demam N Diarrhea...

Assalamualaikum,

Selamat pagi Rabu untuk semua, apa kabar anda semua semoga semuanya sehat hendaknya.  Saya pulak tak berapa sehat sejak dari semalam dah cirit dan demam pulak..jadi saya xbekerja hari ini.. Semalam saya x menjengah pun ke blog sebab dari pagi lagi ikut along n SIL saya bersama anak sdara ke umah kakak saya di Felcra Bukit Kepong masa awal pergi tu xder lah rasa sakit perut ke apa jadi saya pun ikut ajer..tapi masa kat sana tu dah mula cirit..keluar masuk toilet ajer lah saya seharian di sana.

Mungkin pun sebab silap saya sendiri makan cili api yang melampau pedasnya kot..hehe laen kali kena ingat xleh nak makan yang terlalu pedas.  Pada awal pagi sebelum bertolak ke segamat saya dah buat sarapan donut bersambal..donut yang saya dh frozenkan hari tu saya panaskan dan sira dengan sambal yang boleh tahan pedasnya..agakya lada kering sekarang ni dibuat dari cili api jugak sebab bentuknya yang pendek2..betul2 mencili perut saya tu pun saya cuma makan 1 keping ajer tapi anak2 saya suka pedas2 gitu.
Masa kat umah kakak saya Che Ni pun masak daging black paper dan saya pulak konon nya teringat buat sambal belacan sebab ternampak jeruk belimbing dalam esbok kakak saya tu..apa lagi yg ada cuma sebatang lada hidup saya tambah dekat 20 btg cili padi  yang colour merah tu letak belacan n gula sedikit..bila dimakan dengan nasi yang terlembek sikit tu punya la terangkat pedasnya..semua orang suka sebab mereka biasa makan yang pedas2 baru ada umpp atau meletup..nie la gara2 terlebih cili api perut sendiri yang jadi mangsa.
Kakak saya Che Ni memang x makan yang pedas2 jadi bila dia buat sambal langsung xder rasa pedasnya.
Pada sebelah petangnya pulak kakak saya buat Bubur Jagung bersama sagu biji dan menggunakan susu cair bukan santan, memang saya suka bubur jagung macam nie lemak n tak berapa manis. Sambil makan sambil bercerita macam2 perkara..wahh memang seronok dapat bersantai dan bersembang di beranda sambil angin bertiup x sedar dua mangkuk bubur jagung saya makan.

Itu lah cerita catatan perjalanan saya semalam ke bukit kepong, cuti hanya sehari jadi pergi balik hari sahaja kami ke sana kalau tak memang seronok kalau dapat tido di sana boleh berjalan2 ke bandar segamat atau ke kolam air panas. Tapi percutian macam ini kami masih sempat berbual2 bercerita tentang keluarga dan apa2 jua cerita..memang x abis atau x cukup jam kalau nak berborak. Walaupun sakit perut dan asik keluar masuk tandas tetap menyeronokkan.  Selepas waktu magrib dan kakak saya masak pulak nasi goreng..yang ini saya x makan sebab tak berani perut tgh tak sedap.  Dekat jam 8 kami berangkat balik dan tiba pukul 10 lebih..alhamdulillah perjalanan lancar dan kami selamat sampai. Mungkin jika saya sihat hujung minggu nie sekali lagi saya akan ikut akak ipar saya tu ke Mersing pulak kali ini acaranya berkelah ke pantai, Beach Resort yang mana yang x brapa pasti tapi insya Allah saya akan ikut juga bersama akak  saya Che Ni dan suaminya nak ikut jugak. Jom la saya letak beberapa pic apa yang kami makan semalam di Bkt Kepong dan Donut Sira yang saya buat..entry masakan lain kali sajer yer..Salam sayang dari miss j @ ZLC..





Tuesday, November 22, 2011

Tahniah Pasukan Harimau Muda...

Kau la hero, kau lah juara...Tahniah kerana membawa kejayaan pingat emas bagi sukan bola sepak di Sea Games...Luvs u guys...

Monday, November 21, 2011

Hari Yang Lesu Macam Nak Demam...

Assalamualaikum,

Selamat malam untuk semua, dah 21 November hari ini cepat betul masa berlalu kan diam x diam dah masuk minggu ke tiga bulan November dan dah nak penghujung tinggal bulan terakhir dalam tahun ini kan..
Masa yang berlalu ini macam x terasa pulak kalau ada sesiapa yang mengandung tu tau2   dah nak bersalin ajerkan..ehh naper pulak saya teringat orang bersalin eks..mungkin teringatkan borang-borang permohonan cuti bersalin yang saya harus siapkan untuk seorang guru dan seorang staf sekolah saya yang dah masuk 7 bulan..kalau disediakan awal lebih senangkan.

Ok lah bukan nak cerita pasal orang bersalin cuma teringat tugasan di pejabat tadi siang,  Sebenarnya hari ini dari awal siang tadi saya dah rasa tak berapa  sedap badan n pening kepala, rasa macam nak demam pun ada..entah la mungkin sebab cuaca yang x menentu sekejap2 hujan kan. Bila balik tadi pun adik saya bedah pun kata dia pening jugak..harap2 x lah sampai demam kan.  Emmm ke demam rindu saya ini...muahahaha nak rindu kan saper pulak..xder saper2 yang rindu kan saya kan..ehhh..dah melalut nampaknya saya sahlah saya x brapa sihat kan..lepas nie makan penadol la nampaknya...hehe sebanarnya sambil menulis nie..kat rumah anak2 buah saya tengah terpekik2 kerana menonton bola akhir antara Garuda Indonesia dan Harimau Melaya..jadinya saya x senang hati jugak dibuatnya pada awalnya saya memang xnak menonton sebab geram and sakit hati indon dah lead 1-0 di awal permainan tapi bila Malaysia dah menyamakan kedudukan dan dengar jerit pekik anak2 buah saya x boleh jadi saya pun menjengah juga ke depan untuk menonton...

X boleh nak menulis panjang2 sbab sekejap lagi dah masuk 2nd half perlawanan..so babaiiii semua..selamat malam semoga mimpi yang indah...muahhh..xoxo frm miss j @ZLC..

Sunday, November 20, 2011

Z-Donut ...Lembut n Sedap...

Salam dan selamat petang untuk semua, tentu anda semua dah makan tengah hari kan..tentu menu makan tengah hari ini agak special kan..maklum hari cuti hujung minggu dan anak2 pun dah mula cuti sekolah tentu ibu-ibu rajin memasak mengikut selera anak2.  Saya tengah hari tadi makan laksa peneng lagi dari pagi sampai ke tengah hari..laksa..bab makan laksa ini saya memang x jemu sebab suka rasanya yang masam2 jd bila kita makan berulang pun x muak.

Memandangkan saya dah lama juga tidak mendonut dan ada sedikit kerajinan di pagi minggu..so saya pun buat la projek donut yang sangat disukai oleh anak2 buah saya..Donut yang saya buat kali ini saya olahkan resepinya dari beberapa kali  yang pernah saya buat sebelum ini, maka terhasil lah adunan yang gebu dan lembut sangat sedap bukan saja boleh dimakan bersalut gula..tapi kalau rajin boleh gak buat yang cantik2 ala i-donut tu..sebab donut nyer sungguh lembut texturenya setanding yang dibeli ki kiosk donut tersebut. Oleh kerana saya mengadun gunakan tepung sebanyak setengah kg dapat la donut yang agak banyak bersize sederhana separuh dah di makan oleh anak2 dan separuh lagi saya simpan dalam esbox..Bila nak dipanaskan dan tak nak berapa berminyak anda boleh panaskan di atas nonstick pan dan letakkan hanya satu camca minyak goyangkan pan supaya minyak rata dan letakkan donut 4-5 ketul balik-balikan sangat mudah.
Meh la kita semak resepi donut yang sedap ini..

Z-Donut
By: Zalekha Luvs Cooking

Bahan2:
500 gm tepung gandum
2 camca teh yis kering (saya guna yis mauripan)
4 sudu makan gula pasir
4 sudu makam butter/majerin
3 sudu besar susu cair
1 biji telur
1 cawan air suam
secubit garam
Minyak untuk mengoreng
Gula yang diblend halus untuk salut donut

Cara:
1. Tepung di ayak,(dalam mangkuk kecil campurkan yis bersama 1/2 cawan air suam, 1 camca teh gula dan 1 sudu makan tepung - gaul rata dan biarkan adunan yis ini berbuih)
2. Tepung yang telah diayak tadi campurkan bersama gula, butter, garam, campuran yis dan susu cair dan telur dipukul sedikit. Gaulkan kesemuanya hingga rata dan uli la sedikit sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan dan mangkuk adunan jika ia agak melekit sedikit boleh letak kan 1 camca butter n sesudu atau 2 sudu tepu dan uli hingga ia menjadi licin.
3. Doh ini boleh direhatkan sebentar selama setengah jam tapi kalau nak terus di torak dan di bentukkan bulat2 terus pun boleh. Setelah doh dibentuk bulat2 letakkan doh di atas loyang yang di tabur dengan sedikit tepung. Biarkan sebentar adunan hingga naek sekali ganda.
4. Gorengkan donut dengan minyak dan pastikan apinya perlahan ajer sebab donut ini cepat berubah warna.
Balik-balikkan angkat dan ditoskan..letakkan di atas paper towel.
5. Golekkan donut dalam gula yang dikisar halus atau jika rajin boleh celupkan donut dengan coklat yang dicairkan dan hiaslah mengikut kretiviti anda..Selamat mencuba..





kalau api dia terbesar sikit masa mgoreng jd mcm ni la gelap sikit..tp sgt lembut didlm

Laksa Peneng versi Johor..

Assalamualaikum,

Selamat pagi Ahad untuk semua,  dah sarapan pagi ke belum kalau belum jom la makan laksa peneng atau utara nie tapi di buat oleh orang johor.  Jadinya versi laksa pineng nie mungkin dah ditokok tambah sikit mengikut citarasa tekak saya tapi masih mengekalkan keenakkan laksa ini yang rasanya pedas2 masam pehhh memang terbuka la selera bila dah makan semangkuk habis kuah2nya nak dihirup...

Walaupun terdapat berbagai2 jenis laksa di setiap negeri di Malaysia seperti laksa johor yang menjadi kegemaran setiap warga johor, begitu juga jika kita ke kelantan dan terengganu amat popular dengan laksam atau laksa terengganu dan kelantan yang mana ianya masih mengekalkan ikan sebagai bahan utama dan bahan dan cara2 memasaknya ada perbezaan.  Jangan lupa kalau ke sarawak juga kita pasti akan dapat menikmati laksa sarawak yang x kurang enaknya.

Oleh kerana hari ini kita nak ke utara di Pulau Pinang, mai la kita rasai dan nikmati laksa yang sungguh sedap ini yang disukai bukan sahaja oleh penduduk2 di Pulau Mutiara nun di utara tu tapi juga oleh keseluruhan rakyat malaysia, jom kita semak resepi di bawah..


Laksa Peneng
Oleh: Zalekha Luvs Cooking

Bahan2 untuk Kuah Laksa:
1/2 kg ikan kembung - direbus, asingkan tulang dan diblender halus
15-20 tangkai cili kering - rebus dan diblend halus
3 labu bawang besar - diblend halus
sedikit belacan bakar - diblend halus
8-10 keping asam gelugor (keping) - direndam sebentar
2 batang bunga kantan - belah dua
secekak daum kesum - dipetik daunnya
Air dalam 2 1/2 liter
Secukup garam
2 sudu makan gula pasir.
2 sudu makan otak udang atau petis (saya xguna)

Bahan Untuk Laksa dan Perhiasannya.
Sepeket mee laksa basah - dicelur sekejap dan toskan (jila guna laksa beras yang kering rebus hingga lembut dan toskan airnya)
Sebatang timun - dihiris batang mancis
2 potong nenas - dihiris nipis kecil (org utara x guna nenas pun) saya suka
3 batang cili merah - di hiris serong (kalau suka pedas boleh guna cili padi hiris)
2 labu bawang besar - di belah 4 dan hiris nipis
sedikit daun selom@ceylon
sedikit daun salad - dihiris
Beberapa hirisan limau nipis
Telur Rebus di belah 2 - beberapa biji (saya x buat)

Cara masak Kuah Laksa:
1.  Masukkan air, bahan2 yang telah diblender halus seperti cili, bawang besar, belacan,  ikan yang telah ke dalam periuk, biarkan mendidih dan masukkan asam gelugor yang direndam tadi, biarkan mengelegak sekietika. Masukkan daun kesum dan bunga kantan biar mendidih.
2.  Masukkan garam, gula dan rasa kan keseimbangan rasanya, kuah laksa biar lah masam sedikit lebih sedap. Biarkan mendidih lagi, dan kecilkan api, renehkan hingga ia masak sebati dan agak sedikit pekat padamkan api. 

Cara menyediakan Laksa Peneng:
1. Masukkan sedikit mee laksa yang telah dicelur ke dalam mangkuk, curahkan kuah laksa di atasnya.
2. Hiaskan laksa dengan hirisan timun, nenas, daun selom@salad, cili, telur rebus, bawang hiris dan limau nipis sedia untuk dihidang dan dimakan.


Saturday, November 19, 2011

Family Day SKPT2

Assalamualaikum,

Salam petang sabtu buat semua, apa kbar semuanya pada hari ini harap anda berada dalam kesihatan yang baek dan ceria-ceria di hujung minggu bersama keluarga tercinta.  Mungkin juga ada yang mengambil kesempatan cuti pada hujung minggu untuk balik ke kampung (kalau kampung x brapa jauh la kan) atau ada juga yang memenuhi jemputan perkhawinan, maklum lah cuti sekolah telah bermula tentulah ramai orang yang membuat majlis walimahtulurus di cuti2 sekolah begini.  Esok pun salah seorang dari cikgu sekolah saya Rabiatul Adawiyah akan melangsungkan perkawinan insyaAllah kalau ada kelapangan saya akan ke majlisnya esok.




Saya sebenarnya dari tadi pagi telah mengikuti hari keluarga anjuran Kelab Bakaf sekolah..acara pertama  iaitu perlawanan Bowling yang di adakan di Danga City Mall sepatutnya bermula pada 10.30 pagi tp terpaksa dimulakan lewat pada jam 11.45 sebab ada pula group lain yg bermain lebih awal, jenuh jugak lah nk menunngu.  Pada mulanya saya macam malas untuk turut serta dengan Family Day 2011 yang diadakan..tapi entah macam mana boleh pulak saya tergerak hati untuk pergi dan siap ikut serta bermain bowling..saya memang lah x pandai bermain bowling takder gaya dan skill jauh sekali sekadar suka2 melempar bola tu boleh la...

Walaubagaimanapun memang amat seronok bila main bersama kawan2 apa lagi dengan gelak tawa kami bukan sebab keriangan lemparan memasing strike tapi sebab asik masuk ke parit jer bola bowling tu.. macam2 gaya yang dapat diperhatikan ada yang main macam pro n ada jugak x kalah gaya siap sampai terbaring macam che Yusof GPK Koko saya tu..En. M.Zin pun x kurang hebat gaya melempar siap mcm tertiarap gitu...hehehe memang sakit perut ketawa bila teringatkan gelagat2 lucu mereka..

Lepas acara main bowling kami semua pun menuju ke JB Catering yang terletak bersebelahan dengan Stadium Larkin untuk makan tengah hari walaupun agak kelewatan dekat jam 1 lebih baru ke sana.  Oleh kerana hari ini  saya tak ada  di rumah jadi tak ada lah entry masakan so kita tengok jer la beberapa keping gambar yang sempat saya ambil tadi di tempat bowling dan juga di JB Catering..

Nasi serta laukpauk n semangkuk sup cmpur


Banyak pilihan ok la jugak

Section sambal blcan n ulam2 saya cuma ambil urap jantung pisang sdap..

Kuih Muih Melayu ada gak agar2 n pengat..

Friday, November 18, 2011

Dekatlah Padaku...

Antara lagu yang amat saya minati dendangan Sharifah Aini,  kalau dengar lagu ini berulang-ulang pun x jemu..so pada sesiapa yang x suka lagu2 lama maaf lah yer sebab saya nie orang lama..jom kita layan lagu ni...

Tahu Singapura..

Salam n selamat malam semua, nampaknya hujan belum berhenti lagi di tempat saya nie..jadi sejuknya makin terasa.  Bila sejuk-sejuk begini perut pun asik berkeroncong sajer kan.  Memandang ada tahu di rumah saya pun teringat akan satu menu tahu bersama kuah kacang atau lebih senang di sebut rojak..Sebenarnya ada bermacam2 cara orang menyediakan kuah rojak dan bahan2 sayur-sayuran yang digunakan juga pelbagai.  Kalau bagi orang-orang jawa rasa saya terkenal dengan Jenganan yang merupakan rojak juga mengunakan kuah kacang tapi sayurannya terdiri dari kacang panjang yang dicelur, timun, ada tempe goreng dan tahu dan diletakkan sedikit keropok belinjau di atasnya. 


Terdapat juga rojak petis atau rojak buah yang sangat popular dan di jual digerai2 xkira sama ada dibuat oleh orang melayu atau cina, bahan2 rojak petis ini lebih kepada beranika buah2an yang dicampur seperti buah jambu batu, jambu air, kedondong, mempelam muda, ada juga yang letak epal hijau disamping bahan utama tahu, timun, sengkuang dan nenas..saya suka rojak yang beranika begini kerana kuahnya agak masam manis sesuai dengan buah2an yang masam digandingkan dengan kuah rojak yang agak pedas sedikit tetapi manis..wahh panjang betul cerita mengenai rojak hari ini eks...tu x termasuk lagi jenis2 rojak jugak seperti rojak char kue dan sotong kangkung, tahu bakar dan banyak lagi.. nanti kita citer di lain hari yer..so untuk malam ini jom lah kita tengok resepi Tahu Singapura yang saya ambil dari dapur Che Mat Gebu..dapur Tanpa Sempadan..minta izin ya Che Mat akak copy paste di sini pula..tq..



Tahu Singapura
Sumber : Che Mat Gebu -DTS

BAHAN KUAH KACANG :-)
150 gram kacang tanah
2 biji cili merah*
4 biji cili padi*
4 biji bawang merah*
1 ulas bawang putih*
1 inci belacan*(*kisar halus, gunakan air masak)
1/2 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
1/2 camca besar kicap pekat

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
4 keping tauhu, digoreng dan potong dadu
1/2 biji timun, diracik halus
1 biji sengkuang saiz kecik, diracik halus (saya gantikan dgn karet)
2 genggam taugeh, celur sekejap dan toskan
Hirisan halus cili padi merah (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH KACANG :- Kacang tanah digoreng tanpa minyak hingga perang, sejukkan, buang lapisan nipis pada kacang tanah tadi dan kisar. Masukkan ke dalam bekas, tambah bahan kisar halus, jus asam jawa dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya (selalu kuah kacang sedikit manis), jika pekat tambah sedikit air, kacau rata. Ketepikan sebentar.
  2. UNTUK TAUHU SINGAPURA :- Susun tauhu goreng yang telah didadu dalam pinggan. Letak hirisan sengkuang, taugeh dan timun atasnya, curah kuah kacang dan tabur hirisan cili padi. Hidangkan segera....hmmmm...sedap ok....i likeee!!.. 

Cekodok Caca Marba...

Assalamualaikum,

Salam di petang jumaat yang penuh barakah ini untuk semua, hari ini sekali lagi saya agak lewat dapat meng update kerana kekangan tugas yang banyak..tapi tak mengapa sekurang-kurangnya segala tugasan utama telah dapat saya bereskan..alhamdulillah.. Hari ini nampaknya hujan lagi..mungkin dah tiba musim tengkujuh jadi setiap petang hujan turun..cuaca yang agak sejuk nie tentulah kita akan cepat terasa laparkan.

Saya nak masukkan satu entry yang sering dibuat dan saya rasa berulang kali kita buat untuk menu minum pagi atau petang iaitu Cekodok atau orang-orang sebelah Johor nie panggil jemput-jemput.  Cekodok sebenarnya ada beranika versi ada yang jenis manis seperti cekodok pisang, cokodok lemak manis, cekodok sukun atau cempedak ada jugak orang buat cekodok durian kan bila musim durian.  Kalau jenis yang savoury atau pedas pula ada cekodok udang, cekodok ikan bilis, cekodok jagung bersama udang n mcm2 lagi lah yang boleh dipelbagaikan janji bahan utamanya ada tepung, dan sedikit perencah dan bawang yang di gaul bersama air dan digoreng dalam minyak.

Pada kali ini saya ada buat cekodok caca marba kerana bahannya yang saya campurkan apa-apa yang ada dalam peti ais tu, sedap jugak sebab kita yang buat dia kan lebih2 lagi dapat dicecah dengan sambal tumis bilis semalam mak aii x sedar makan 5..6 ketul...hehe. Ok lah jom kita semak resepi dibawah,



Cekodok Caca Marba
Oleh: Zalekha Luvs Cooking

Bahan2:

2 1/2 cawan tepung gandum
2 labu bawang besar - didadu atau diracik halus
3 batang crabstick - dihiris harus
1 batang fishcake - di belah dua dan hiris halus
2 camca besar ikan bilis lumi (jenis putih yang halus) basuh dan tos
1 1/2 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak Masak untuk mengoreng

Cara:
1.  Tepung gandum dibancuh dengan bahan2 rencah, crabstikc, fishcake dan ikan bilis lumi, dan bawang besar masukkan garam secukup rasa, masukkan air sedikit demi sedikit dan bancuhlah sehingga rata.
2. Panaskan api dan gorenglah cekodok seperti biasa kalau nak cekodok yang agak garing adunannya jangan terlalu pekat semasa memasukkan adunan gunakan sudu jangan la terlalu banyak cukup sekadar 6 hingga 7 sekali goreng baru la cantik garingnya nanti. Gorenglah sehingga warna kuning keemasan dengan dibalik2kan dan  angkat serta ditoskan, letak di atas paper towel.  Hidangkan cekodok bersama sos pilihan anda atau dengan sambal tumis pun boleh.  Sedap dimakan panas-panas. 

Cicah Cekodok gan Sambal bilis pun sedap..

Garing n ranggup memang best...

Thursday, November 17, 2011

Kemanisan Bila Usaha Membuahkan Hasil...

Assalamualaikum,

Salam petang khamis untuk semua, apa kabar pada hari ini diharapkan semuanya sihat dan ceria-ceria selalu, bagi diri saya pula alhamdulillah seperti biasa sihat, cuma agak kebusy-an hr nie maklumlah hari ini keputusan UPSR keluar jadi saya pun turut sama sibuk2 meninjau cikgu2 tahun 6 yang menyusun slip keputusan bagi kelas masing-masing, walaupun hanya 8 orang pelajar di SKPT2 yang mendapat 5A dan 8 orang juga yang mendapat 4A,1B tapi alhamdulillah adalah sedikit peningkatan pada peratusannya.

Keputusan yang diperolehi oleh murid2 sekolah saya ini tidak boleh  nak dibandingkan dengan murid2 di sekolah primier sepert SKBBU tu yang mendapat keseluruhan lebih 90% lulus..kalau memandangkan persekitaran dan latar belakang murid-murid sekolah ini memadailah dengan keputusan yang diperolehi. Walaubagaimana pun usaha dan penat lelah guru-guru yang telah mendidik murid2 tidak boleh dilupakan dan sekalung tahniah diucapkan kepada semua guru-guru.  Begitu juga kepada murid-murid yang belajar bersungguh2 dan telah berjaya mendapat keputusan cemerlang 5A dan 4 A tahniah diucapkan atas segala penat lelah kamu telah berbaloi dan membuahkan hasil yang memberangsangkan..disamping doa ibu bapa yang tidak putus2 agar anak-anak mereka berjaya di dunia dan akhirat.

Oleh kerana hari ini tak ada entri masakan dan hanya cerita mengenai kejayaan anak-anak yang mengambil keputusan UPSR tadi pagi ada satu gambar manisan yang hendak saya letak disini iaitu Aiskrim Oreo dengan Buah-buahan...sebenarnya semenjak saya dah mula berblog nie anak2 buah saya di rumah juga rasa teruja kerana ada2 ajer yang mereka cuba walaupun jenis makanan yang mudah atau pasang siap dan suka pulak mereka nak menghiasnya cantik2 dan suruh saya mengambil gambar untuk dimasukkan ke dalam blog...adoyaiiii anak2 korang nie memang comel belaka, so jom la kita layan gambar ice cream yang telah mencair bila dipotretkan tp hasil tangan anak-anak buah ku Hawa Hanida dan Sahara Sahira...



.

Wednesday, November 16, 2011

Bubur Pulut Hitam

Salam petang semua, dah minum petang belum.  Petang-petang macam nie dengan cuaca yang agak dingin kerana hujan tadi memang enak kalau dapat makan cekodok bilis yang panas dengan teh o...nikmat betul kan rasanya dikala hujan macam nie..oleh kerana semasa saya balik dari pejabat tadi adik saya bedah ada membuat cekodok ikan bilis dapat la saya merasa sekeping td oleh kerana saya terus masuk kebilik dan berurusan seri paduka cik seri zalekha seperti bersiram dan laen2nya jadi bila keluar dah x tak nampak kelibat cekodok habis mungkin..memang laku cekodok di waktu2  begini hehe ..rasanya macam xpuas dapat makan sekeping nanti saya akan buat sedikit lagi..hujan2 begini terasa laparkan.

Kita tinggalkan la cerita pasal cekodok tadi sebab saya nak masukkan satu entry hidangan minuman petang yang biasa dibuat oleh orang-orang melayu dan juga masyarakat nyonya baba..sebenarnya ini merupaka menu minum petang semalam jadi saya masukkan yer resepi bubur pulut hitam, meh la kita semak resepi berikut:


Bubur Pulut Hitam
 
Bahan2:
2 cawan Beras Pulut Hitam - dicuci dan direndam dalam setengah jam
1 ketul gula melaka
1/2 cawan gula pasir
2 liter air
500 ml santan
3 helai daun pandan

Cara:
1. Rebuskan beras pulut hitam hingga agak lembut - untuk menjimatkan masa merebus seperti yang selalu saya lakukan bila hendak memasak bubur pulut hitam adalah dengan cara saya akan rebuskan pulut hitam dengan air hingga mendidih dan biarkan dalam 10 minit baru bpadamkan api (pulut hitam akan lebih cepat mengembang didalam air panas) ini boleh dibuat terlebih awal pada waktu tengah hari dan bila nak siapkan diwaktu petang hanya perlu merebus pulut x sampai setengah jam.
2.  Pasangkan semula api untuk merebus pulut hitam bila dah mendidih masukkan kedua2 jenis gula dan daun pandan yang telah di simpul.  Bila gula telah larut masukkan santan dan dikacau sekali sekala biarkan api kecil dan dalam 20 hingga 25 minit bubur telah masak lembut dan boleh dihidangkan. Selamat mencuba.