Masakan Yang Lahir Dari Sentuhan Rasa Kasih Sayang Buat Insan-Insan Yang Menyayangi Diriku Ini..
Friday, November 4, 2011
Busy Day...
Assalamualaikum,
Apakabar semua, diharapkan semuanya sihat dan ceria di hari Jumaat ini, akak pula hari ini sangat la padat dengan jadual tugasan dari pagi, mana yang nak menyiapkan claim2 bulan lepas tu ada lak keje2 skt, ke bank dan banyak la urusannya hingga ke tengahari, petang ni baru lah dapat nak mengupdate rasa rindu pulak nk tengok blog ni..hehe..mengada-ngada akak ekk..
Dalam pada mood sibuk memanjang nie akak pun x la berkesempatan nak masukkan entry masakan walaupun masih ada jugak resepi tertunggak yang dah akak simpan pic dalam lappy akak..insyaAllah malam nanti mungkin akak akan masukkan satu resepi pasta yang pernah akak buat sedikit masa dulu.
Oleh kerana esok dah bercuti dan nak menjelangnya Hari Raya Korban pada hari Ahad nanti akak mungkin akak sibuk juga la macam surirumah lain (ops lum ada tangga rumah akak tu).. yang hendak menyediakan hidangan untuk hari raya. Jadinyer akak dah merancang bersama adik akak bedah untuk masak sedikit rendang, sambal kacang dan serunding, tengok la nanti apa yang akan kami masak, insyaAllah nanti akan ada entry hidangan-hidangan hari raya.
No comments:
Post a Comment