Friday, November 4, 2011

Kroket Egg Tofu With Crabstick n Carrot..

Assalamualaikum,

Selamat malam semua, sepertimana yang akak janjikan td petang nak masukkan satu entry masakan tapi xjd masukkan resepi pasta malam nie laen kali ajer ok akak akan masuk kan resepi pasta, so kita tukar la pada resepi Kroket Egg Tofu with Crabstik n Carrot, yang akak buat tadi petang balik dari pejabat tadi.  Masa balik tadi akak pun tinjau-tinjau dalam esbok kalau ada apa-apa yang boleh akak gayakan sebagai kueh minuman petang, yg akak nampak ada karet, ada egg tofu dan ada juga crabstick so akak olah lah jadi croket.

Ok la dengan tidak membuang masa jom la kita tengok bahan2 untuk membuat croket yang begitu mudah dan ringkas ini...

Kroket Egg Tofu with Crabstick n Carrot
By: Zalekha Luvs Cooking

Bahan2:
2 pack egg tofu
5 pcs crabstick
1/2 batang karet - disagat
3/4 cawan tepung gandum
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
garam secubit
1/2 sdt lada sulah
Breadcrumb secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara:
1. Tahu Telur di lenyek halus, karet disagat, crabstick di hiris nipis, bawang besar diracik halus dan bawang putih dicincang halus, Masukkan semua bahan di atas dalam mangkuk adunkan sebati, masukkan garam dan lada sulah, letakkan tepung dan gaul sebati, adunan ini akan menjadi seperti pes yang lembut.

2. Untuk membentukkan adunan menjadi bentuk seperti kroket, ambil sedikit minyak masak sapu pada tapak tangan, ambil adunan dalam 1 1/2 sudu makan bentuk kan membujur tujuan gunakan sedikit minyak adalah supaya tidak melekat di tangan, buat la sehingga adunan habis, golekkan adunan dalam breadcrumb.

3.  Panaskan minyak untuk mengoreng, masukkan 5 hingga 6 butir semasa mengoreng pastikan api sederhana sahaja, balik-balikan sehingga kroket masak dan bertukar warna kuning keemasan. Angkat dan toskan letakkan di atas paper towel. Boleh dihidangkan bersama sos kegemaran anda.. selamat mencuba.


Carrot yang disagat, Crabstick hiris dan Bawang diracik

Ini lah rupa egg tofu..yg digunakan

Breadcrumb warna oren..

Golekkan Kroket dalam breadcrumb

Kroket yang berbentuk bujur..

Ini yang telah disalut breadcrumb

Siap untuk dimakan...

No comments:

Post a Comment