Wednesday, November 2, 2011

Kueh Keria...


Dari Rengit Hendak ke Sedili
Singgah Sebentar di Kota Tinggi
Kueh Keria Kueh Tradisi
Rasanya Aduh Manis Sekali


Assalamualaikum,

Apakhabar semua, amboi pertantun pulak akak malam nie. Ada yang masih belum balik dari tempat atau ada yang bekerja shif malam yer,  bagi  yang  bekerja hingga petang sahaja tentu sedang berehat sambil menonton tv agaknya.. petang tadi adik akak bedah ada membuat kueh keria untuk minum petang, tapi rasanya  adoyaiiii manis sangat, anak2 yang kecil di rumah nie memang suka la kueh yang manis2 tapi akak kurang sedikit makan jugak tapi cuma sekeping ajer.

Dalam pada manis kueh keria tu habis di makan dek budak2 sebab banyak jugak Bedah membuat keria tadi dalam 25-30 keping yang sedang2 comel..emm bebudaknyar apa-apa sajer yang bergula memang diaorang suka sangat..bagi orang-orang lama ewahh x nak sebut tua..macam akak nie lebih suka kueh-kueh yang pedas atau savoury macam karipap, talam atau bakar berlauk..tak per la bagi peluang bagi anak-anak untuk menikmati kueh yang manis ini..Ok la xnak citer panjang jom kita semak resepi kueh keria Bedah..

Kueh Keria
Oleh: Siti Zubaidah Ismail

Bahan2:
500 gm Keledek di cuci bersih dan di rebus
3/4 cawan tepung gandum
secubit garam.
Minyak untuk mengoreng keria.

Cara: 
Keledek yang telah direbus empuk buangkan kulit, lecek halus dan digaulkan bersama sedikit garam, campur tepung gandum sedikit demi sedikit, gaul rata dengan keledek tadi, adunan keria tak perlu banyak sangat tepung nanti jadi keras dan tak sedap, klau tepung dah cukup anggaran dah boleh dikepal jangan letak tepung lagi.  Bentukkan keria bulat dileperkan sedikit dan lubangkan ditengah-tengahnya. Buat sehingga adunan keledek habis.

Panaskan minyak, gorengkan keria dengan api yang sederhana hingga warna kuning keemasan balik-balikan bila dah masak angkat dan toskan di atas paper towel. Tunggu kueh sejuk sebentar dan boleh buat sira gula.. 
Bahan2 untuk sira gula: 3/4 cawan gula pasir, 1/2 cawan air, dimasak dalam kuali balik2 kan hingga gula berbueh dan  masukkan kueh yang telah digoreng tadi.  Balik-balikkan hingga gula bersakar dan menyaluti seluruh kueh dan kering..angkat dan dihidang..sedap makan dengan teh o tawar sebab kueh nie dah manis..selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment