Sunday, November 20, 2011

Laksa Peneng versi Johor..

Assalamualaikum,

Selamat pagi Ahad untuk semua,  dah sarapan pagi ke belum kalau belum jom la makan laksa peneng atau utara nie tapi di buat oleh orang johor.  Jadinya versi laksa pineng nie mungkin dah ditokok tambah sikit mengikut citarasa tekak saya tapi masih mengekalkan keenakkan laksa ini yang rasanya pedas2 masam pehhh memang terbuka la selera bila dah makan semangkuk habis kuah2nya nak dihirup...

Walaupun terdapat berbagai2 jenis laksa di setiap negeri di Malaysia seperti laksa johor yang menjadi kegemaran setiap warga johor, begitu juga jika kita ke kelantan dan terengganu amat popular dengan laksam atau laksa terengganu dan kelantan yang mana ianya masih mengekalkan ikan sebagai bahan utama dan bahan dan cara2 memasaknya ada perbezaan.  Jangan lupa kalau ke sarawak juga kita pasti akan dapat menikmati laksa sarawak yang x kurang enaknya.

Oleh kerana hari ini kita nak ke utara di Pulau Pinang, mai la kita rasai dan nikmati laksa yang sungguh sedap ini yang disukai bukan sahaja oleh penduduk2 di Pulau Mutiara nun di utara tu tapi juga oleh keseluruhan rakyat malaysia, jom kita semak resepi di bawah..


Laksa Peneng
Oleh: Zalekha Luvs Cooking

Bahan2 untuk Kuah Laksa:
1/2 kg ikan kembung - direbus, asingkan tulang dan diblender halus
15-20 tangkai cili kering - rebus dan diblend halus
3 labu bawang besar - diblend halus
sedikit belacan bakar - diblend halus
8-10 keping asam gelugor (keping) - direndam sebentar
2 batang bunga kantan - belah dua
secekak daum kesum - dipetik daunnya
Air dalam 2 1/2 liter
Secukup garam
2 sudu makan gula pasir.
2 sudu makan otak udang atau petis (saya xguna)

Bahan Untuk Laksa dan Perhiasannya.
Sepeket mee laksa basah - dicelur sekejap dan toskan (jila guna laksa beras yang kering rebus hingga lembut dan toskan airnya)
Sebatang timun - dihiris batang mancis
2 potong nenas - dihiris nipis kecil (org utara x guna nenas pun) saya suka
3 batang cili merah - di hiris serong (kalau suka pedas boleh guna cili padi hiris)
2 labu bawang besar - di belah 4 dan hiris nipis
sedikit daun selom@ceylon
sedikit daun salad - dihiris
Beberapa hirisan limau nipis
Telur Rebus di belah 2 - beberapa biji (saya x buat)

Cara masak Kuah Laksa:
1.  Masukkan air, bahan2 yang telah diblender halus seperti cili, bawang besar, belacan,  ikan yang telah ke dalam periuk, biarkan mendidih dan masukkan asam gelugor yang direndam tadi, biarkan mengelegak sekietika. Masukkan daun kesum dan bunga kantan biar mendidih.
2.  Masukkan garam, gula dan rasa kan keseimbangan rasanya, kuah laksa biar lah masam sedikit lebih sedap. Biarkan mendidih lagi, dan kecilkan api, renehkan hingga ia masak sebati dan agak sedikit pekat padamkan api. 

Cara menyediakan Laksa Peneng:
1. Masukkan sedikit mee laksa yang telah dicelur ke dalam mangkuk, curahkan kuah laksa di atasnya.
2. Hiaskan laksa dengan hirisan timun, nenas, daun selom@salad, cili, telur rebus, bawang hiris dan limau nipis sedia untuk dihidang dan dimakan.


No comments:

Post a Comment