Friday, November 11, 2011

Pulut Serunding di Pagi Jumaat...

Assalamualaikum,

Salam jumaat untuk semua, apa khabar pada hari ini diharapkan semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera di hari Jumaat yang penuh barakah ini, saya hari ini alhamdullillah sehat macam biasa.
Pagi tadi broadband saya buat hal saya ingat dah tak boleh digunakan sebab memang belum bayar bil nya sebab dari sehari ke sehari nak pergi membayar ada ajer lah yang x jadi macam hari tu kedai celcom di BBU tu sedang di renovate dan ditutup buat sementara, nak bayar di @mart pula tiada perkhidmatan pembayaran talian bb akhirnya hingga dah dekat 2 bulan juga saya masih belum bayar bb nie..harap2 masih dapat bertahan sehingga saya membayarnya esok atau lusa hehe..

Hari ini saya sempat membuat sarapan pagi pulut serunding atau di sesetengah tempat ada yang memanggilnya pulut cawan atau pulut berlauk..walau apa pun yang disebut iainya tetap kueh pedas yang diperbuat dari pulut yang ditanak dan disalutkan dengan serunding kelapa..Bagi pengemar-pengemar pulut macam saya tentu suka akan kueh mueh yang berasaskan pulut.. Jom la kita semak resepi kueh Pulut Serunding ini..

Pulut Serunding
By: Zalekha Luvs Cooking
Bahan2 untuk Pulut Tanak:
3 cawan Beras Pulut, dicuci dan rendam sekejap klau x rendam pun tak mengapa, Masukkan pulut ke dalam rice cooker, ,masukkan air dan airnya mesti separas pulut atau lebih kan sedikit dalam 1/2 cm ajer jangan banyak nanti pulut lembik, masak seperti memasak nasi biasa. Jangan lupa letak sedikit garam. Biarkan pulut masak dan kacau rata setelah rice cooker bertukar dari tanda cook ke warm. Ada sesetengah orang suka pulut serunding yang agak lemak pulutnya masak dengan santan bukan dengan air biasa.
 Serunding Kelapa Udang Kering   
Bahan2:
Kelapa parut 1 biji - di sangai sikit jgn la smpai nk jd kerisik ala2 golden tan cntik ckup..
udang kering - 3 sudu mkn rendam sekejap n tumbuk
Lada kering blender dlm spuluh btg bersama
6 ulas bawang merah, 3 ulas bwang putih
seinci kunyi idup klau xder buh je kunyi serbuk 1/2 cmca teh
serai 2 btg, ketumbar biji 2 sudu besar dan jintan halus 1 sudu
blend bahan2 nie smua..
gula pasir dlm 3 sudu mkn
garam 1 camca teh, klau ada daun limau purut 2 helai kasi wangi srunding kita
minyak utk mnumis angar 5 sdu mkn..

Cara:
Panaskan minyak tumiskan lada kering yg di blender gan bahan2 lain td hingga garing n pecah minyak, masuk kan gula dan garam klau suku buh la perasa sdap rasa ke apa2 yg disukai pak aji ke..
dah cantik sambal tu warna keperangan2 masuk kan kelapa yg dh disangai td pastu balik2 kan nk tahan lama kena la masak blik2kan lama sikit tau..
pastu siap n sdap tuk dimkn bersama lontong, nasi impit, nasi ambang n bleh gak di wat pulut cawan..makn gan pulut pun sodappp try la..
Cara menghidang pulut serunding, pulut yang telah ditanak di masukkan dalam acuan lompang atau gunakan cawan yang kecil. tekan2 kan sedikit pulut keluarkan dari acuan atau cawan dan golekkan pada serunding sedia untuk dihidangkan.

Pulut Serunding

Pulut yang siap ditanak

gunakan acuan lompang untuk dptkan pulut serunding yg comel

Serunding Kelapa Udang Kering

No comments:

Post a Comment