Sunday, November 6, 2011

Raya Haji & My First Cucu..

Assalamualaikum,

Selamat malam diucapkan kepada semua, macam mana dengan sambutan Hari Raya Aidil Adha pada kali ini tentu seronok dan meriah kan..bagi yang menjalankan ibadah korban sama ada Lembu, Kerbau atau pun Kambing mesti turut sama menghayati erti pengorbanan yang sebenar.  Hari Raya Aidil Adha yang disambut pada kali ini merupakan tahun pertama setelah ibu tiada..memang terasa sedih dan sayu hati ini bila mendengar laungan takbir..tapi apakan daya Allah lebih menyayangi mak dan abah, hanya Al-Fatihah sahaja yang dapat dikirimkan pada mereka.

Berbalik pada cerita Raya Haji n My First Cucu seperti tajuk di atas tu...akak berada di umah pada pagi raya dan adik akak Nora dan suami bersama Qistina yang comel datang ke rumah so akak jamulah hidangan raya yang serba ringkas pada tahun ini Ketupat yang dibuat oleh Leman, Rendang Ayam dan Sambal Kacang yang dimasak oleh Bedah dan Serunding Kelapa yang akak masak..itu ajer yang ada, Lodeh pun akak x sempat nak masak..laen kali ajer lah masak lodeh tu..Lepas pada Nora balik akak pun bersiap ke rumah kakak di Taman Suria kerana ada kenduri kesyukuran dan untuk pertama kalinya pada hari ini akak dapat menatap wajah comel cucu pertama akak..Mohd Aqiff bin Mohd Yunos, sorry yer Ajim kalau mak j eja nama anak xbetul lupa nak tanya ejaan nama anak tadi..

Wah tak sangka kan akak dah dapat geleran Nek J..muahahaha terasa tua diri akak ini, alhamdulillah dengan kehadiran Mohd Aqiff bertambah bilangan ahli keluarga kami dan tentulah Angah akak yang paling seronok mendapat cucu pertama, anak-anak buah akak seperti Farhana dan Abg Teh pun suka nampaknya bermain dengan anak buah pertama..tunggu la pulak bila kak Yong dapat baby tentu lagi meriah dengan kehadiran cucu-cucu yang sangat comel.  Semoga anak-anak ini menjadi anak yang soleh yang sentiasa taat akan perintah Allah dan menjadi anak yang menjadi kebanggaan ayah dan ummi..InsyaAllah..

Oleh kerana seharian tak menjengah ke blog ini macam rindu sangat..hehe tp apakan daya pada hari yang agak sibuk seperti siang tadi akak tak dapat untuk meluangkan masa untuk update dan bila dah malam nie terasa letih la pulak..faham2 jer kan..sebelum menutup bicara akak masukkan gambar cucu akak n hidangan raya akak yang sangat simple...hari nie xder entri masak2..insyaAllah bila akak ada masa akak akan masukkan kemudian..salam n selamat malam dari Zalekha Luvs Cooking..

Mohd Aqiff tengah senyum..

Hidangan Hari Raya pada tahun ini..

No comments:

Post a Comment