Thursday, November 3, 2011

Sambal Tumis Udang Petai n Terubuk Masin..

Assalamualaikum..

Salam hari Khamis untuk semua, apakhabar hari ini diharapkan semuanya sihat2 dan ceria selalu di samping keluarga tercinta..Keadaan cuaca di tempat akak pada hari ini nampaknya alhamdulillah cerah, kering la baju-baju di jemuran sebab dapat sinaran mentari dan haba yang secukupnya..

Akak hari nie agak cepat jugak ke tempat keje sebab anak buah akak yang x ke sekolah hari ni kata akak dah terlambat jam dah pukul 8 lebih jadi akak pun tergesa-gesa la..bila sampai ke opis ehh biar betul punch card clock tu belum lagi pukul 7.30 pg nampaknyer memang sahlah jam di rumah akak tu rosak..ada2 ajer kan..sebenarnya semalam technician komputer kat sekolah akak adik Mamat tu ada bagi akak udang laut yang agak sedang besar,  yang di jaring oleh bapa mamat..so menyambal la akak td malam agak sekuali juga dapat tu yang akak bawak untuk mamat, kawan2 kat opis sikit dan tinggal kan sikit kat umah..
Jom la kita semak resepi masakan sambal tumis udang berpetai dan terubuk masin goreng dengan bawang..





Sambal Tumis Udang Berpetai
Bahan2:
500 gm Udang hidup sederhana besar di buang kepala dan bahagian tajam
             bahagian ekornya sahaja cuci bersih
4 papan petai, di buang kan kulit dan kulit ari
5 senduk nasi - lada kering (rebus diblender halus)
2 biji bawang besar *
6 ulas bawang putih *
2 inci belacan *
2 biji bawang besar - belah dua dan hiris bulat
3 sudu makan gula pasir
1/2 cawan jus asam jawa
1/2 cawan air
garam secukup rasa
1/2 cawan minyak untuk menumis.

Cara:
1.  Panaskan minyak dalam kuali tumiskan bawang besar yang dihiris, bila layu dan berbau wangi masukkan cili blender dan bahan2 bertanda * yang telah diblender halus, tumis hingga garing dan pecah minyak.
2. Setelah bahan2 tumis garing dan pecah minyak masukkan gula, balik2kan masukkan jus asam jawa, dan air
masukkan garam, dan rasa kesesuai masam, manis dan masin, jika suka nak manis sikit tambahkan gula tp akak suka yang x brapa manis sebab dah ada banyak bawang jadi manis dari bawang dah ada.
3. Masukkan udang, diikuti dengan petai, balik-balikkan sambal hingga udang masak dan masak dengan api yang kecil sebentar sebelum ditutup api dan dah siap masak boleh lah dihidangkan bersama nasi panas.

Terubuk Masin Goreng Berbawang dan Cili.
Bahan2:
1/2 ekor terubuk asin yang sederhana . bersihkan dan hiris jangan terlalu tipis.
2 labu bawang besar, belah dua dan hiris.
2 biji lada merah
2 biji lada hijau
kalau nak lagi pedas tambahkan 10 batang cili padi dihiris
3 biji limau kasturi untuk perah atas ikan masin..

Cara:

Goreng ikan masin dengan sedikit minyak hingga garing, angkat dan letak dalam pinggan
Baki minyak mengoreng ikan masin tadi masukkan bawang besar dan cili2 yang telah dihiris sehingga layu dan berbau wangi..Terubuk masin tadi boleh dimasukkan sekali dalam bawang dan cili goreng tadi atau tabur kan saja di atas ikan terubuk masin mana2 pun boleh, perah kan limau untuk rasa yang lebih sedap..selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment