Monday, November 14, 2011

Singgang Pisang @ Sira Pisang

Salam petang semua, dah minum petang ke belum..apa agaknya menu minum petang pada hari ini..sedapnya kalau dapat makan kueh talam yang lemak tapi x brapa manis..dengan secawan teh o panas...wahhh tentu sedapkan.  Tapi bagi yang tak ada idea apa nak dibuat sebagai sajian minuman petang apa kata kita cuba buat singgang pisang yang sangat mudah ini.  Kenapa ada dua nama yang saya tuliskan bagi resepi ini adalah kerana orang-orang Johor, (saya pun kurang pasti- maaf jika salah)  memangil masakan ini sebagai singgang pisang, bukan la bermaksud sejenis lauk yang diletak bawang hiris, cili, halia, kunyit, air asam jawa dan sedikit belacan tu..tapi singgang yang ini merupakan pisang yang dimasak bersama air gula dan diletak kayu manis dan cengkih..

Bagi di sesetengah tempat di pantai timur pula seperti dikelantan masakan ini disebut sebagai sira pisang, dan yang saya selalu perhatikan semasa bulan Ramadhan banyak peniaga2 kueh manis-manisan orang kelantan terdapat juga singgang pisang yang mereka panggil sira pisang ini tetapi pembuatannya agak berlainan sedikit kerana warna air gulanya agak keperangan manakala yang dibuat oleh orang Johor agak putih.

Ok panjang sangat celoteh saya mengena singgang pisang atau sira pisang ini, jom la kita semak resepinya
 yang begitu mudah;



Singgang Pisang @ Sira Pisang
Oleh: Zalekha Luvs Cooking

Bahan2:
6-7 biji pisang yang telah masak - (jenis yang sesuai dibuat pengat seperti pisang Nipah)
4-5 sudu besar gula pasir (kalau suka manis tambah gula)
2 helai daun pandan
1 batang kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
2 cawan air

Cara:
1. Pisang dibuang kulit dan belah dua memanjang
2. Rebuskan air hingga mendidih di dalam periuk masukkan gula dan kayu manis berserta cengkih dan daun pandan yang disimpul.
3. Bila gula telah mendidih masukkan pisang, biarkan hingga pisang agak lembut sedikit mati kan api dan boleh dihidangkan panas atau sejuk.

No comments:

Post a Comment