Sunday, November 13, 2011

Stew Daging..

Salam tengah hari semua, dah lunch belum, tentu ada yang sedang menikmati hidangan tengah hari kan, hari nie sekali lagi saya nak kongsikan sejenis lauk daging yang dimasak oleh kakak saya milah untuk makan tengah hari ini. Bila hari hujung minggu begini dapatlah kami 3 orang adik beradik perempuan di rumah ni bergilir2 memasak, sebenarnya dalam keluarga saya ada 10 orang perempuan jadi bab masak memasak nie xder masalah bagi kami.

Jika resepi asal stew ini menggunakan bahan2 herba inggeris seperti bay leaf, thyme, rose marie, paprika dan bemacam maknikam lagi la nak menyebutnya pun terbeliat lidah hehe, yang tak ada di dapur rumah ini kita letak la apa2 yang ada tapi rasanya tetap mentain sedap..Stew daging ala masakan inggeris ini sesuai untuk dimakan bersama roti perancis atau roti putih atau pasta apa-apa jenis pun boleh macaroni ke spirel ke, yang direbus terlebih dahulu dan toskan. Bila nak menghidang atau makan sendukkan makaroni atau pasta dan siramkam kuah stew diatasnya..rasanya tak berapa pedas sesuai untuk kanak-kanak juga. bagi yang suka nak pedas sedikit mungkin boleh menambahkan dengan lada hitam atau semasa menumis masukkan sedikit cili kering yang diblender...Jom la kita semak resepi di bawah:


Stew Daging
Oleh: Siti Jamilah Ismail

Bahan2:
500gm daging potong nipis sedikit
1 tin kecil tomato puree (guna jenama diega lebih pekat)
5 biji kentang - dibelah 4
2 batang karet - dikerat sedang
3-4 batang cellery di kerat sedang
2 labu bawang besar di potong baji
8 ulas bawang merah -dihiris
4 ulas bawang putih - dihiris
2 inci halia - ditumbuk
2 sudu makan rempah sup
kayu manis 1 batang
5 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
1 1/2 camca teh serbuk lada putih
Garam secukup rasa
Air 2 liter kalau x cukup tambah sikit lagi
sedikit minyak untuk menumis

Cara:
1. Panaskan minyak dalam periuk yang sedang, tumiskan rempah penumis kayu manis, cengkih, pelaga dan bunga lawang, masukkan bawang hiris dan halia, bila agak layu dan berbau wangi masukkan pula rempah sup yang telah dibancuh dengan sedikit air dan msukkan juga tomato puree, biarkan tumisan agak garing sedikit masukkan daging diikuti dengan air.
2.  Biarkan daging masak dengan api yang agak besar seketika bila daging agak empuk masukkan karet, diikuti dengan kentang, masakkan sehingga kentang dan karet empuk, masukkan batang celery, dan bawang besar yang di belah baji.
3. Kecilkan sedikit api dan biarkan reneh dalam periuk dalam 20-25 minit lagi, masukkan lada sulah dan garam rasakan kesesuaian rasanya. Padam kan api dan sedia untuk dihidang. Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment