Thursday, November 10, 2011

TV oh TV..



Assalamualaikum..

Salam malam untuk semua, berehat sambil menonton tv ke kawan2 semua, saya sekarang jarang dah menonton tv tapi kalau ada rancangan atau citer2 yang menarik jengah la juga..tp kalau ada kawan2 atau sesiapa yang tanyakan tentang rancangan tv memang saya tak dapat nak bercerita atau memberi maklum balas kerana jarang-jarang saya menonton.  Kebetulan pula di rumah saya nie x ada dipasang Astro jd macam-macam xder bukan macam2 ada...hehehe.. Bagi saya cukuplah Chanel yang dapat kita lihat sekarang ini pun tak tertonton TV1, TV2, TV3, NTV7, TV8, NTV 9, tu belum termasuk lebih dari 5 Chanel dari negara jiran Singapura dan Chanel2 dari seberang Indonesia..bayangkan mungkin lebih dari 20 chanel bagi kita di Johor Bahru dapat siaran mau meletop tv dibuatnya jika ditonton tanpa henti siang ke malam.

Nasib baek lah anak-anak buah saya tengok sekadar rancangan yg mereka gemari itu pun setakat di TV3, kalau tak macam mana la mereka nak mengulangkaji pelajaran atau membuat kerja sekolah.  Bukan sahaja amat melalaikan siaran tv yang ada (saya x maksudkan tv3 dan chanel2 di negara kita) tetapi penuh dengan cerita2 yang kurang berfaedah..Jadi kesimpulannya cukuplah sekadar siaran dari chanel yang dapat kita ikuti xperlulah berlebih2.  Tapi bagi mereka yang terbiasa menonton banyak chanel dan berbagai rancangan tak kira lah sama ada yang berbentuk ilmiah atau hiburan itu hak individu dan masing-masing, mungkin zaman kesukaan bagi saya atau sesiapa yang kurang minat pada tv telah berkurangan cukuplah dengan media2 yang laen seperti suratkhabar dan serba sedikit berita dari sumber internet dan berita utama di tv yang menjadi tontonan.

Ok lah cukuplah rasanyer coretan malam ini mengenai tv....sebelum menutup bicara selamat malam untuk semua dan salam sayang dari Zalekha Luvs Cooking..

No comments:

Post a Comment