Thursday, December 15, 2011

Asam Rebus Udang Bernenas...

Assalamualaikum,

Salam pagi Khamis semua.....wahh macam x percaya kan naper saya online tengah pagi..kul 4 am nie org semua tengah syok tidur peluk bantal saya pulak mengadap lappy..sebenarnya saya dah tidur awal tadi dalam jam 10 lebih so bila dah terbangun tu dah termangu2 tak boleh nak lelap balik so baik la saya menjengah ke blog dan fb sebentarkan..

Hari ini saya nak masukkan satu entry lauk yang rengkas dan mudah iaitu Asam Rebus Udang Bernanas..yang saya masak untuk makan malam tadi..dah lama kan xmakan gulai nenas nie yang rasa dia masam2 sikit makan gan nasi panas2 ada pulak ikan kering gan sambal belacan..weiiii memang sedap tak hengat2 bila dah makan..
Ok lah xnak citer panjang lebar jom la kita semak resepi mudah di bawah dah pic makan malam yang simple tadi..



Asam Rebus Udang Bernanas

Bahan2:

300 gram - Udang Sederhana - dibuang kepala dan bahagian tajam di hujung ekornya
1/2 biji nanas - di kupas, buangkan matanya dan dipotong
2-3 biji lada hidup - dikisar halus
8 ulas bawang merah - dikisar halus
2 ulas bawang putih - dikisar halus
1/2 inci kunyit hidup - dikisar halus
1 inci belacan - dikisar halus
2 cawan jus asam jawa - (kalau nak tukar dengan 4-5 keping asam keping@gelugor pun boleh)
2 1/2 cawan air
sedikit gula dan garam secukup rasa

Cara:
1. Masukkan bahan2 yang dikisar halus ke dalam periuk bersama air dan jus asam jawa. Masakkan hingga mendidih, masukkan nenas dan udang.
2. Biarkan seketika hingga udang dan nanas agak masak, masukkan garam dan sedikit gula sebagai peganti perasa. kalau sesiapa nak guna perasa pun boleh tapi saya memang x letak perasa MSG dalam masakan saya so saya gantikan dengan sedikit gula.
3. Bila dah masak dan mendidih tutupkan api dan hidangkan bersama nasi panas serta lauk pauk yang lain.



Kobis Goreng Dengan Carrot

Bahan2

1/2 biji kobis  (jenis beijhing) - dihiris dan basuh dengan air garam toskan dalam penapis
1 batang carrot - di hiris batang mancis
1 biji lada merah - di hiris (saya xletak)
2 sudu makan udang kering - rendam dan tumbuk
5 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
sedikit minyak untuk menumis
1/4 cawan air.
secubit garam

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bawang hingga layu dan berbau harum masukkan udang kering, masukkan air diikuti dengan carrot
2. Balikkan hingga carrot agar empuk, masukkan kobis dan lada merah hiris, letak kan secubit garam. Balik2kan sebentar dan boleh dipadamkan api. (sayur2an xperlu digoreng terlalu lama)



No comments:

Post a Comment