Saturday, December 3, 2011

Kueh Kaswi

Salam petang untuk semua...

Dah minum petang ke belum, kalau masih mencari idea apa nak dibuat untuk mnum petang ini, saya hari ini ada buat sejenis kueh lama iaitu kueh kaswi yang semamangnya menjadi kegemaran saya dan semua orang dirumah ini.  Saya percaya ramai antara kita yang gemar kueh ini yang sangat mudah untuk dibuat dan rasanya pun sedapkan.  Kueh Kaswi ni pada mulanya saya ingat payah sangat nak buat sebab dulu pernah juga saya cuba tapi tak berapa nak menjadi. Bila saya tengok beberapa blog masakan yang ada membuat kueh ini memang saya teruja dan ini lah hasilnya cantik dan kenyal2 lembut bila dimakan dengan kelapa parut putih yang lemak2 masin..memang x cukup sekeping..sepiring pun boleh habis..hehehe malunya..tapi takper lahkan sebab buat sendiri muai dapat banyak dan perasan lebih sedap dari yang dibeli..opss..(xkisah kan kalau memuji diri sendiri bila hasil masakan kita menjadi..

Resepi Kueh Kaswi ini saya ambil dari rumah Pn Yati di Yatiememories tu..mintak izin saya copypaste kat sini pula ya Pn. Yatie..akak memang suka mencuba masakan2 yang terdapat kat blog awk tu sebab semuanya menarik dan sedap2 belaka..ok lah jom kita semak resepi kueh kaswi yang sangat sedap ini..yang kenyal2 manja dan lembut2 menggoda boleh gitu..hehehe...


Kueh Kaswi
Sumber: Pn. Yati @ Yatiememories

Bahan Sirap :
  • 5 cawan air
  • 1 cawan gula merah
  • 1 cawan gula pasir
  • *saya tambah beberapa helai daun pandan
  1. Masakkan semua dan sejukkan
Bahan lain :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung kanji/ubi/jagung
  • 1 sudu kecil kapur kueh [optional]
  • Kelapa parut ( yang muda)
  • Sedikit garam
Cara :
  1. Panaskan kukusan.
  2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan. ( Lapikkan pelastik saiz loyang )-Saya buat dua cara satu gunakan acuan lompang kecil satu lagi gunakan loyang bulat..
  3. Bancuh semua bahan dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang.
  4. Masakkan sehingga masak ( 30 minit )
  5. Tunggu sehingga sejuk baru bolih potong dengan pisau pelastik.
  6. Kelapa muda digaulkan sedikit garam
  7. Lumur kan kueh dengan kelapa yang digaul dengan sedikit garam (kalau nak tahan kelapa dikukus sebentar)









No comments:

Post a Comment