Tuesday, December 13, 2011

Pulut Serawa Durian...

Salam n selamat malam semua dah makan malam belum..saya belum makan dan rasa malas nak memasak kerana sinki di dapur rosak. Jadi mungkin buat secawan Nescafe dan cicah dengan cream cracker jer lah hidangan malam saya hari ini.

Hari ini saya nak masukkan satu entry pencuci mulut atau hidangan petang yang sangat rengkas iaitu Pulut Serawa Durian.. serawa nie dibuat semasa saya dan adik beradik yang lain berkunjung ke rumah kakak saya Che Nie di Bukit Kepong pada Ahad lalu..musim durian baru nak bermula jadi durian yang dijual pun xbrapa banyak tapi cukup untuk menghairahkan peminat2 tegar durian....opss maaf atas penggunaan ayat yang sungguh bombastik peminat tegar tu lebih bermaksud peminat yg benar2 minat kot..berhenti di tepi gerai durian dan menikmati buah durian disitu.. dan ada juga yg dibawa balik ke rumah dan sempatlah untuk dijadikan serawa..sebenarnya teringin nak makan durian kat kebun di bawah pondok tapi malangnya durian2 yang kami nampak di dalam bakul dah di ambil peraih..mungkin kalau ada rezeki boleh makan durian di kebun durian pula yer..

Ok lah xnak cerita panjang mengenai durian yang enak seperti musang king, ioi, d24 dan apa2 lagi lah nama2 durian dari jenis kacukan yang terbaek..tentu membuatkan air liur meleleh ajer nanti...hehehe..so jom lah kita semak resepi di bawah.


Pulut Serawa Durian

Bahan2:
Semangkuk isi durian - diambil  dari 3-4 biji durian
2 ketul gula melaka yang sedang
1 cawan gula pasir (boleh kurangkan 1/2 cawan kalau x nak manis)
santan pekat diperah dari 2 biji kelapa parut dengan <>1 ltr air atau 1/2kg santan yg siap dijual
1 liter air
3-4 helai daun pandan disimpul

Cara:
1. Masakkan 1liter air dengan 2 jenis gula biarkan hingga gula melaka mencair dan masukkan daun pandan sekali.
2. Bila air gula dah mendidih masukkan isi durian dan santan, biarkan mendidih sambil dikacau selalu masakkan hingga serawa agak sedikit pekat dengan api yang sederhana dan benar2 masak baru dipadamkan api.

Cara Memasak Pulut Tanak:

500gm beras pulut dicuci bersih dan toskan, masukkan ke dalam rice cooker sukat air separas beras pulut dan lebih kan sedikit sahaja seperti paras 1/2 cm. Masak seperti masak nasi biasa dan bila dah tanak ia akan bertukar pada keep warm, kacaukan pulut dan tekan cook seketika lagi dan Pulut yang ditanak dalam rice cooker tidak akan berkerak.(kalau nak masukkan secubit garam semasa tanak pulut pun boleh)

Cara Menghidang Pulut Serawa Durian.
Pulut diletak di dalam bekas atau mangkuk dan serawa durian di letak dalam mangkuk berasingan.
Sediakan mangkuk2 puding atau yang sesuai untuk makan serawa cedukkan pulut dan curahkan dengan kuah serawa durian bersama 2-3 ketul durian. Selamat mencuba


No comments:

Post a Comment