Masakan Yang Lahir Dari Sentuhan Rasa Kasih Sayang Buat Insan-Insan Yang Menyayangi Diriku Ini..
Friday, December 23, 2011
Rindu Pada Semua...
Naskah Rindu ~Kasih~
Bab 3
Rindu Pada Semua....
Sudah hampir 12 jam penerbangan dari Heathrow Airport dan tak berapa lama lagi penerbangan Boeing MH 747 Malaysia Airline yang dinaiki Zalea akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur..sudah jenuh dan terasa sakit punggung Zalea duduk lama dalam pesawat dan dia bagai tidak sabar untuk menjejakkan kakinya ke tanahair tercinta. "Memang terasa rindu sangat pada mama dan ayah, Mak Timah, Kak Iza, kawan-kawan semua bagaimana agaknya reaksi mereka, bila tahu aku pulang pada hari ini" Zalea berkata dalam hati.."tak apa lah kan aku nak suprisekan mama". Sedang dalam lamunannya Zalea dikejutkan dengan announcement dari Kapten penerbangan bahawa mereka akan mendarat tidak sampai setengah jam dari sekarang, para penumpang dan anak-anak kapal dinasihat untuk duduk di tempat masing-masing dan diarahkan untuk memakai tali pinggang keselamatan kerana akan mendarat sebentar lagi, kapten kapal juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada penumpang-penumpang yang menaiki penerbangan tersebut. "Alhamdullilah dah nak mendarat pun" bisik hati Zalea..
Izaloma yang telah menunggu agak awal sejak jam 2 petang kerana tak mahu Zalea menunggunya lama telah meninjau-ninjau di Balai Ketibaan dan rasa tidak sabar untuk melihat adik angkat yang sangat disayanginya itu selamat pulang ke tanahair..Dari deretan penumpang-penumpang yang memunggah bagasi masing-masing dan diletakkan ke troley..Izaloma telah nampak susuk tubuh yang agak sederhana tinggi berseluar jean, kemeja T putih dan memakai tudung gaya Yuna.."sahlah memang tu lea" dan pantas Izaloma melambaikan tangan ke arah gadis itu tatkala Zalea menoleh ke arah hadapan dan Zalea juga turut melambaikan tangannya ke arah Izaloma sambil tersenyum riang.
Sebaik sahaja bagasi kepunyaan Zalea dikumpulkan dan di susun di atas troley, dia lantas menolak troley tersebut menuju ke arah Izaloma. Sesampai sahaja di pintu keluar Balai Ketibaan Izaloma terus memeluk erat adik angkatnya Zalea dan mencium kedua belah pipinya. "Apa khabar adindaku sayang..Lea tetap cantik dan manis macam dulu, akak ingat tingal lama di London dah bertukar gaya seperti Salena Gomez ke Britney Spears ke..hehehe" sambil tertawa Izaloma mengusik adik angkatnya itu. "Akak suka tau usik Lea...Lea tetap macam dulu gak masih suka makan belacan tau..tak mungkin lah Lea berubah jadi omputih pulak..hehehe" berderai lagi ketawa dua sahabat yang dah jadi seperti adik beradik itu.
"Rindu kat akak tau..akak kata kawan akak nak ikut sama" tutur Zalea. "Oh mereka tak dapat ikut akak lah Lea, masing-masing ada hal dan kalau mereka ikut macam mana nak muatkan beg-beg Lea yang banyak nie dik, apa sahaja yang kau borong, mana pakwe mat salleh untuk akak Lea lupa yer" kata Izaloma pada Zalea. "Opss Lea lupa la kak tertinggal kat airport London pakwe akak tu..hehehe, beg tu cuma, 2 beg pakaian, 1 beg buku dan satu lagi tu beg ole-oleh ajer" mereka bersenda lagi "Tapi jangan bimbang ole-ole untuk akak dan semua orang ada tau" " Ok Lea tunggu di entrance yer akak amik kereta dan kita boleh story-story lagi dalam perjalanan eks" Izaloma lantas terus menuju ke tempat parkir untuk mengambil kenderaannya. Setibanya berhampiran tempat Zalea menunggu bersama troley yang sarat dengan beg-beg tersebut Izaloma terus menghentikan kenderaan dan dua orang sahabat ini menyusun beg ke dalam boot, hanya 3 beg yang dapat dimuatkan dalam boot kereta dan 2 buah lagi beg diisi dalam tempat duduk penumpang.
"Ermm mesti Lea laparkan kita nak singgah makan dimana dik..Lea teringin nak makan apa akak belanja" kata Izaloma pada Zalea. "Apa-apa pun boleh kak sebab tu la Lea sayang akak sebab akak suka belanja Lea"..dengan pantas Izaloma membalas kata-kata Zalea "Macam tu akak belanja Roti Canai Kosong dengan Teh O ajer lah" sambil menarik muncungnyer Zalea berkata "Akak nie melampau tau sekurang-kurangnya belanja la Lea Nasi Briyani ke Seafood ke..hehehe" lantas berderailah lagi ketawa mereka berdua. Memang tak kering gusi bila dua sahabat ini bertemu. "ok lah..cakap apa sahaja yang Lea teringin akak akan belanja jangan nak makan kepala gajah sudah lah" bersambung lagi ketawa mereka dan kenderaan yang dipandu Izaloma nmeluncur laju keluar dari kawasan Lapangan Terbang.
"Ok Lea kita singgah di Umbai, Melaka yer boleh makan ikan bakar disana..Lea suka seafoodkan" Izaloma memberi saranan lantas di jawab oleh Zalea " Best jugak tu dah lama Lea tak menikmati ikan bakar yang dicicah air asam dan ada tak kat situ jual Asam Pedas Melaka". "Tentulah ada sayang kita kan nak makan kat Melaka, negeri Hang Tuah tu mesti lah ada Asam Pedas Melaka, naper pulak Lea tersenyum kambing tu" kata Izaloma pada Zalea lantas dijawabnya "tak ada la kak Lea teringat masa di London ada lah 2, 3 kali dalam sebulan Lea masak asam pedas, maklumlah orang Johor kan tekak nie nak asam pedas selalu". "Oh rupanya adik akak nie pun pandai masak asam pedas yer, dah boleh kawen lah nie". kata Izaloma mengiat Zalea. "Akak tu kesitu pulak kalau pandai masak jer dah boleh kawen ke, saperlah yang nak kat Lea nie kak"
Zalea tertunduk seketika memikirkan sesuatu mungkin..kisah cintanya semasa di zaman sekolah yang kini tinggal kenangan.
Melihat akan riak wajah Zalea yang sepi dan agak sayu itu Izaloma berkata " Naper adik akak nie teringatkan pakwe yang ditinggalkan di London ke"..Zalea lantas menjawab lembut " takder maknanya kak mana lah Lea ada pakwe disana" " Kalau macam tu mesti Lea teringatkan cinta lama Lea masa di sekolah dulu yer" Zalea tidak berkata lantas melontarkan pandangannyer jauh ke pemandangan di tepi Lebuhraya yang sedang mereka lalui.."Ok lah kalau Lea belum sedia bercerita tak mengapa, lain kali bila Lea nak luahkan isi hati atau apa-apa juga yang nak Lea ceritakan pada akak, akak sedia mendengarnya dik" Izaloma melempar kata-kata simpatinya pada Izaloma dan lantas dijawab oleh Zalea "Thanks kak sebab sentiasa memahami hati dan perasaan adik nie".
Perjalanan mereka kini telah sampai ke tempat makan yang dituju iaitu di Umbai, Melaka dan mereka lantas membuat pesanan dan meneruskan bermacam cerita yang pastinya tak akan habis untuk dibualkan sambil menikmati hidangan yang dipesan. Setelah menikmati hidangan yang enak ada Ikan Siakap Bakar, Asam Pedas Pari Berdaun Kesom, Sayur Chapchai, Telur Bungkus, Sotong Goreng Tepung dan Sambal Belacan mereka juga makan Air Batu Campur.."Sedap betul kak, dah lama Lea tak makan ABC nie kat London tu mana lah ada jual ABC macam nie.. hehehe" sekali lagi Zalea tertawa diikuti Izaloma yang turut tertawa geli hati mendengarkan kata-kata adik angkatnya itu lantas berkata.."ok lepas nie tentu kita boleh selalu makan ABC bersama sebab kat tempat kita nie memang banyak dijual ABC yang sedap-sedap belaka".
"Akak senyap sekejap tau Lea nak call mama nie" bagitau Akak nak datang hantar barang kat umah Lea sebentar lagi..akak rasa dalam jam boleh sampai di JB yer" Zalea bertanya pada Izaloma. "Sekarang dah 4.30 sebelum magrib dalam jam 6 lebih sampai la kita di JB kalau jalan tak jam la..Insya Allah." jawab Izaloma. Lantas Zalea menelefon mamanya "Assalamualaikum, mama kejap lagi Kak Iza nak datang ke rumah kita tau dia email kat Lea katanya dia nak menghantar sesuatu pada mama tapi tak tau apa yer mungkin dia nak bagi mama Oreo Cup Cake tak..kak iza tu kan pandai buat cup cake" ibu Zalea lantas menjawab "Lea nie main-main pulak, takper mama ada dirumah hari ini..mama tak kemana-mana tak ada mesyuarat atau aktiviti persatuan. Ok Lea jaga diri Lea baik-baik nanti telefon mama semula sayang kalau Lea dah tau jadual penerbangan Lea minggu depan kan" lalu Zalea menjawab "Ok mama sayang dan rindu sangat kat mama rasa nak peluk-peluk mama sekarang..kirim salam sayang Lea pada ayah juga ya, bye mama" lantas Zalea mematikan handphone nya. "Bertuah betul Lea nie tau, mesti terkejut mama Lea nanti" kata izaloma sambil mencubit manja lengan adik angkatnya.
No comments:
Post a Comment