Saturday, December 17, 2011

Roti Arab...

Assalamualaikum..

Selamat malam sabtu apa kabar anda semua, diharapkan sentiasa sehat dan gembira bersama keluarga tersayang..Saya alhamdulillah sihat juga..cuti hujung minggu kali ini saya x kemana2 jadinya sempatlah saya masak sejenis roti, iaitu Roti Arab yang digandingkan dengan kuah Kari Ala Rendang  yang saya buat siang tadi dan ada juga saya buat apam kampung..sesekali ada dirumah..sempat pulak dua jenis hidangan saya buat. Sebabnya  hidangan untuk makan tengah hari tadi kakak saya Milah yang masak..

Hari ini saya nak masukkan entry roti arab yang saya ambil resepinya dari blog. Izah Daud..tuan punya blog Izzah Muffin Lovers..dan memang sedap sangat gebu dan lembut ajer roti nie.. muai jugak lah bila buat satu adunan saya bulat2kan sebesar bola ping pong dapat dalam 24 biji... kat sini saya nk minta izin dari tuan punya resepi..untuk copy paste disini pula resepi yang telah saya cuba n menjadi...terima kasih yer Pn. Izah..akan memanjangkan ilmu resepi awk di blog akak pula...ok lah bagi sesiapa yang nak mencuba buat roti arab jom kita semak resepi di bawah



ROTI ARAB
Sumber : Izah Muffin Lover

Bahan-bahan ( 10 org makan )
2 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar gula
300 ml air suam
6 g yis
500g tpg gandum

Cara-cara
mentega, minyak dan gula dibancuh dengan air suam
tepung di gaul dengan yis
Kemudian campur semua bahan dan uli hingga licin dan kental
perap selama 1jam dalam beg plastik yang tertutup atau bekas yang tertutup
Uli semula dan buat bulat2 dalam 18 biji (Saya bulat2kan sebesar bola ping-pong dpt dlm 24biji)
Canai nipis lebih kurang 0.4 cm
panaskan minyak dan goreng sebiji2, tunggu hingga roti kembung dulu baru terbalikkan.
Sedap dimakan bersama kari ayam dan daging

Makan Roti Arab cicah dengan kuah kari  mmg sdap...


Bila digoreng roti nie jadi kembong cantik n bila di siat mcm ada poket..

 

No comments:

Post a Comment