Saturday, December 3, 2011

Roti Kacang Phool

Selamat malam...

Apakakbar semua..dah makan malam ke belum..kalau belum makan dan inginkan sesuatu yang kurang berat selain dari hidangan nasi apa kata kita makan Roti Kacang Phool.  Masakan ini sebenarnya lebih dikenali dikalangan orang2 arab yang bermaustatin di negeri johor.  Kalau di Johor Bahru dan juga di daerah2 lain di negeri Johor memang terdapat kedai2 makanan yang menjual Roti Kacang Phool ini dimana Roti Tebal yang dibakar dengan sedikit butter atau majerin dimakan bersama kuah daging yang dimasak menggunakan daging kisar dan sejenis kacang kalau xsilap saya kacang parang  dalam tin atau nama arabnya (saya kurang pasti) Foul Madamas seperti yang tertulis pada lebal kacang phool tu..Kacang Phool ini dimakan pula bersama bahan2 sampingan yang ditabur seperti bawang besar dadu, cili hijau hiris, tomato yang didadu, perahan sedikit limau kasturi dan juga telur mata lembu yang digoreng dengan sedikit minyak sapi

Sebenarnya tadi petang adik saya Bedah ada tempahan membuat kuah kacang phool ini jadi dapat lah kami merasa keenakkan kacang phool ini..kerana alang2 memasak dalam kuantiti yang banyak termasuklah untuk orang2 di rumah ini yang rata2 memang suka makan roti kacang phool ini..alhamdulillah memang sedap rasanya..jadi saya berbincang dengan bedah untuk masukkan entry Roti Kacang Phool ini tapi saya letakkan resepi yang sesuai untuk dimakan seramai 6 atau 8 orang xlah sebanyak yang bedah masak untuk 40 orang tadi..Ok lah marilah kita semak resepi seperti dibawah..


Roti Kacang Phool
Oleh:  Siti Zubaidah Ismail

Bahan2:

Bahan Untuk Kuah Kacang Phool
500 gm daging kisar
1 tin kacang foul (phool) - ditos airnya dan blender dengan sedikit air
3 labu bawang besar - kisar halus
4 ulas bawang putih - kisar halus
2 inci halia - kisar halus
3 sudu rempah kurma - dibancuh dengan sedikit air jadikan pes
2 sudu rempah baryani - dibancuh dengan sedikit air jadikan pes
<->1.5 liter air - bergantung pada kepekatan jangan letak banyak sangat air nanti cari sangat
garam secukup rasa
1 sudu makan gula
minyak untuk menumis

Bahan untuk perhiasan di tabur atas kuah kacang phool:
2 labu bawang besar - di dadu
2 biji tomato - di dadu
4-5 batang lada hijau dihiris
beberapa biji limau kasturi dibelah dua
6-8 biji telur di goreng mata lembu dengan sedikit minyak sapi

Roti Peranchis atau Roti Putih yang belum dipotong
Potong atau hiris Roti dan sapukan dengan sedikit butter boleh dibakar dalam oven selama 10 minit
atau di letakkan atas kuali non stick dan balik2kan sebentar sahaja.

Cara Memasak Kuah Kacang Phool:
1. Tumiskan bahan2 yang dikisar seperti bawang, bawang putih dan halia sehingga berbau harum dan agak garing sedikit, masukkan kedua2 jenis rempah yang telah dijadikan pes tadi, balik2kan sehingga agak garing dan pecah minyak.
2. Masukkan daging kisar balik2kan dan masukkan satu liter air dahulu, masukkan juga kacang foul yang dikisar halus, masakkan dan lihat kepekatan kuah, kalau dah cukup tak perlu ditambah air jika agak pekat masukkan lagi sedikit air.
3. Perasakan kuah dengan garam secukupnya dan sesudu makan gula, biarkan kuah kacang phool ini agak pekat sedikit dan tutupkan api.

 Cara menghidang:
Sendukkan kuah kacang phool dalam mangkuk taburkan dengan sedikit bawang besar yang di dadu, tomato dadu, lada hijau yang dihiris, dan limau kasturi sebelah.  Letakkan sebiji telur mata lembu di atas kuah kacang phool dan hidangkan bersama roti perancis atau roti putih. Selamat mencuba.





2 comments:

  1. j kacang foulnya nape tak letak sih???

    ReplyDelete
  2. opss tertinggal daa dlm resepi tu patut ada satu tin kacang foul.. diblender dan masukkan setelah masukkan daging kisar..nnti i edit smula kat resepi tq..sbb bgtau..luv u...muahh..hehe

    ReplyDelete