Sunday, December 25, 2011

Soft Eggless Pancake with Honey..

Assalamualaikum...

Selamat petang ahad semua, dan pada yang menyambut perayaan krismas, Merry Christmas.  Hari ini saya telah membeli belah barangan dapur di Tesco, Sri Alam, Masai.  Jauhkan saya pergi sebenarnya saya tumpang akak dan abang ipar saya yang hendak ke jemputan Majlis Perkhawinan anak sahabat mereka so they just drop me at Tesco Supermarket.  Berjalan sambil membeli belah seorang diri ini agak penat rupanya maklumlah kita menolak troley sambil memilih barang-barang yang hendak kita beli.  Selalunya kalau pergi berkawan tak lah terasa penat sebab sambil membeli belah tu kita berbual-bual dan tak perasan masa berlalu.  Tadi dekat dua jam jugalah saya berpusing-pusing sekitar pasaraya Tesco mencari barang-barang keperluan dapur yang diperlukan.

Dah penat berbelanja akak saya pun datang dan dia pun membeli serba sedikit barang keperluan. Nasib baiklah  ditempat yang kami pergi tu tak berapa sesak jadi agak senang mencari barang-barang dan juga membayar di kaunter. Saya pun ada juga membeli sedikit buah-buahan segar seperti strawberry, kiwi, seedless grape, lemon kononnya berangan nak buat Fresh Fruits Tartlet yang saya tengok di blog DTS, Che Mat Gebu hari tu harap-harap menjadi lah projek saya tu nanti.  Oklah saya taknak bercerita panjang marilah kita semak resepi Pancake Tanpa Telur yang saya buat untuk sarapan pagi tadi tapi boleh juga kalau nak buat untuk minum petang..

Pancake Tanpa Telur..lembut dan sedap.

Bahan-Bahan:
 1 1/2 cawan tepung gandum
1 camca teh penuh baking powder
2 sudu makan gula
2 sudu makan  minyak jagung/canola
2 sudu makan mayonis
1 cawan susu segar/fresh milk
1/2 cawan air

Cara:
1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk adunan, kacau rata dan sebati dengan mengunakan whisk, kalau nak blend pun boleh.
2. Panaskan nonstick pan, lenserkan dengan sedikit sahaja minyak jagung atau mentega pada kuali, untuk yang pertama sahaja, seterusnya tak perlu di letak minyak. Masukkan sesenduk (gunakan senduk lauk yang sedang) adunan pencake dalam pan angaran 4 inci lebar. biarkan sehingga permukaan pancake berlubang2 dan sedikit kering, balikkan sebentar dan terus angkat di susun di atas pinggan.
3. Buat sehingga adunan habis dan boleh menghasilkan 10 keping pancake bersize 4 inci, hidangkan bersama madu atau jem pilihan anda dan butter.



1 comment:

  1. mayonis pun diperbuat daripada telur. adui mak.. kalau tak letak mayonis menjadi tak?

    ReplyDelete