Saturday, January 14, 2012

Apple Crumble with Ice Cream..

Assalamualaikum..

Selamat hari sabtu dan selamat berhujung minggu untuk semua..apa khabar semuanya diharapkan kawan2 semua sehat dan ceria selalu.. sekali lagi dapat kita bertemua di alam maya ini, nie pun kerana dah lama sangat saya tak dapat update kali nie disebabkan masalah broadband saya yang dh putus nyawa..tulahpasalnya tak dapat nak ditolongkan.  Ini dah disambung balik talian hayatnya dapatlah saya update di blog dengan entry masakan yang mudah yang saya baru buat sebentar tadi.

Hari ini saya tak memasak adik saya bedah yang masak jadi saya pun tengok apa bahan yang ada di peti sejuk dan pantry tu yang tercetus idea nak buat apple crumble yang simple ini..sebenarnya saya pun tak merujuk pada resepi main agak2 ajer tapi alhamdulillah menjadi dan anak2 buah saya suka..apple crumble nie sesuai di makan dengan ice cream apa2 perisa la di scoop di atasnya...wallahhhh memang sedap..jom la kita semak resepi yang mudah dan sempoi jer nie..


Apple Crumble with Ice Cream

Bahan-Bahannya:

3 biji apple fuji - dikupas kulit dan potong dadu
3 sudu makan brown sugar
(kalau suka boleh letak sedikit serbuk kayu manis- saya x letak
Utk adunan crumble
11/2 cawan tepung gandum - di ayak
3 sudu makan castor sugar
3 sudu makan butter/majerin
secubit garam
-Ice Cream (kegemaran anda)
Cara:
1. Buatkan dulu crumble dengan cara meramaskan tepung, gula castor dan butter serta garam hingga menjadi seperti serbuk roti yang halus - kalau nak adunan crumble yang agak kasar dan sedikit moist boleh tambahkan 1 sudu butter lagi..tp saya prefer yang halus dan kering sahaja.
2. Dalam acuan caserole atau loyang kek letakkan apple yang telah didadu tadi serta taburkan dengan brown sugar diatasnya. Kalau suka rasa cinamon boleh sprinkle dengan sedikit cinamon powder saya x letak sebab anak2 buah  saya tak suka.
3. Ratakan adunan tepung yang dah dijadikan crumble tadi di atas apple rata2.
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama lebih kurang 25-30 minit pada suhu  180'c
5. Bila sudah masak, keluar dan sejukkan. Potong dan hidangkan apple crumble dengan ice cream pilihan anda ice cream vanilla pun sedap, saya makan dengan ice jagung ajer.



No comments:

Post a Comment