Monday, January 9, 2012

Kentang Bilis Berlado..

Assalamualaikum..

Selamat petang Isnin untuk semua, apa kabar semuanya diharapkan sehat walaupun dalam keadaan cuaca yang kurang menentu sekarang ini sekejap panas sekejap hujan.  Saya pun alhamdulillah sihat seperti selalu cuma agak keletihan sebab terkejar2 untuk buat kerja2 urgent di pejabat.  Tapi bila dah habis kerja2  segera tentulah akan berasa lega sedikitkan..macam pada hari ini saya dan akak cc di pejabat nak menyiapkan kew8 bagi gaji baru untuk guru-guru dan staf, kalau dapat disiapkan cepat dan diluluskan di Jabatan dengan cepat bolehlah dimasukkan pada bayaran gaji bulan Mac nanti, emmm macam tak sabar2 nak dapat gaji baru kan hehehe..nanti ada pulak yang marah kalau saya bercerita pasal gaji baru nie..so kita berbalik ke cerita entry masak-memasak yer.

Sebenarnya saya bercadang nak masukkan entry masakan berasaskan kentang yang agak mudah membuatnya dan bagi yang suka makan kentang seperti saya mesti suka pada masakan ini..oleh kerana kentang adalah makanan yang berkaborhidrat makan begitu sahaja atau makan dengan roti pun boleh.

Jom kita semak resepi mudah di bawah..


Kentang Bilis Berlado

Bahan-Bahan:
5-6 biji kentang bersize sederhana besar, dikupas kulit basuh dan potong baji/wedges
1/2 cawan ikan bilis belah - basuh, toskan dan goreng garing
4-5 sudu besar cili yang dikisar - boleh gunakan samaada cili kering atau cili basah
6 ulas bawang merah - di kisar halus
3 ulas bawang putih - di kisar halus
2 sudu makan gula pasir
sedikit garam
1 keping kecil asam keping/gelugor direndam sebentar
minyak untuk mengoreng kentang

Cara:
1. Panaskan minyak gorengkan kentang sehingga warna keperangan dan masak, angkat dan toskan minyak.
2. Bila kentang telah habis digoreng, minyak dikurangkan tinggalkan hanya dalam 3sudu makan untuk menumis, masukkan lada kering blender dan bawang, tumis sehingga garing dan pecah minyak.
3. Masukkan gula, sedikit sahaja air dalam 1/4 cawan, asam gelugor dan garam, kacau supaya rata dan agak pekat masukkan kentang dan ikan bilis, balik2kan kentang dan boleh ditutupkan api. Hidangkan.

No comments:

Post a Comment