Sunday, January 8, 2012

Mini Sardin Puff...

Assalamualaikum..

Selamat malam Isnin semua..nampaknya dah lama sungguh saya tak keudara di ruang blog saya nie yang terakhir pada 3hb Januari saya ada masukkan entry caramel custard..memang niat di hati tu memang nak menjengah ke blog dan nak masukkan respi2 tertunggak yang ada dalam simpanan saya tapi almaklum dek kerana kesibukan yang melanda saya tak berpeluang untuk meluangkan masa menulis di blog.. Pada malam nie pun saya ingat nak menulis agak awal sedikit tadi tapi oleh kerana line broadband yang sangat slow dan macam siput jalannya..jadi baru sekarang saya dapat mengupdate di blog..

Oleh kerana agak lewat baru bersiaran jadinya saya tak dapat nak bercerita panjang dan  jom la kita semak resepi Mini Sardin Puff yang saya buat tadi untuk kudapan dengan anak2 buah saya..


Mini Sardin Puff

Bahan-Bahan:

1 paket Puff Pastry jenama Kawan (ada 10 keping dan saya potong 4 setiap keping)
1 biji telur - dipukul sedikit untuk glace atas pastry

Untuk inti Sardin:
1 tin sardin - 420gm buang kan sosnya dan lecek
3 biji bawang besar - didadu halus
5-6 batang cili padi dihiris halus
3 biji limau kasturi di ambil jusnya
sedikit garam
sedikit minyak untuk menumis.

Cara:
1. Sediakan dulu inti sardin, tumiskan bawang besar dadu dan cili api hingga layu dan berbau harum.
2. Masukkan sardin yang dilecek tadi, masukkan garam dan jus limau kasturi, balik2kan dan padamkan api
sejukkan inti terlebih dahulu
Cara menyediakan sardin puff:
1. Puff Pastry dipotong empat dan leperkan sedikit, masukkan inti  secukupnya dan di kapit 2 bentuk tiga segi.
2. Setelah diisi dengan inti sardin susun pastry dalam dulang pembakar, buat hingga selesai.
3. Tekankan sedikit hujung pastry dengan garfu. Sapukan dengan telur di atas puff pastry.
4. Bakar dalam ketuhar selama lebih kurang 30 minit atau sehingga garing kulit permukaan puff pastry.



No comments:

Post a Comment