Friday, January 27, 2012

Nasi Dagang Berlainan Sedikit...

Assalamualaikum...

Salam Jumaat yang penuh barakah buat semua pengunjung blog Zalekha Luvs Cooking.  Pada hari ini saya nak kongsikan satu resepi masakan tradisional yang terkenal di sebelah pantai timur Malaysia iaitu Kelantan, Terengganu dan juga Pahang. Kalau di sebelah kelantan nasi dagang ini ada yang menggunakan beras khas nasi dagang yang berwarna merah atau dipanggil beras dagang dan kalau di Terengganu dan Pahang pula nasi dagangnya berwarna putih sahaja sebab mengguna beras pulut biasa dan dicampur beras biasa. Biasanya nasi dagang ini dimasak secara mengukus berasnya dan di arunkan dengan santan. Tetapi kali ini saya buat cara yang berlainan sedikit iaitu tanak sahaja nasi dalam rice cooker.

Ok jom kita semak bahan2 yang diperlukan untuk memasak nasi dagang.


Nasi Dagang Tanak..

Bahan-Bahannya:

4 cawan beras dagang bewarna merah - basuh dan rendam sebentar dalam 20 minit
6 ulas bawang merah - dihiris
4 ulas bawang putih - dihiris
1 inci halia - dihiris
1/2 camca teh halba - direndam sebentar
Santan secukupnya - lebih kurang 6 cawan (sukat seperti kita masak nasi lemak)
sedikit garam.

Cara:
1. Masukkan beras dagang yang direndam sebentar dan di toskan di dalam rice cooker bersama bawang hiris, halia hiris dan halba. Masukkan santan dan juga sedikit garam.
2. Bila nasi dah masak kacau kan sedikit dan biarkan dia keep warm sehingga hendak di hidangkan. Hidangkan Nasi dagang bersama gulai dagang ikan atau ayam bersama acar mentah.  Sedap dimakan panas2.
Selamat mencuba..Resepi untuk Lauk Santan Berlada yang dimakan bersama nasi dagang akan saya masukkan kemudian.

No comments:

Post a Comment