Thursday, January 26, 2012

Puff Ayam Simple...

Assalamualaikum...

Tengah buat apa semua, dah minum petang ke kalau masih tercari2 idea untuk buat minum petang, ini saya nak kongsi satu resepi mudah yang saya buat iaitu Puff Ayam Simple yang menggunakan kulit puff pastry jenama kawan..Puff ini sangat mudah untuk membuatnya sebab kita gunakan pastry puff ready made yang banyak di jual di supermarket cuma perlu membuat inti nya sahaja dan pada kali ini saya buat inti ayam dan kentang.  Puff nie memang sedap dimakan panas2 tapi kalau dah sejuk pun sedap juga sebab kulit puff nie tak keras molek jer masukkan dalam oven toaster kejap atau microwave dah panas balik sedap weiii makan tiga ketul pun x sedar..hehe..Ok la sebab ada kerja lain yang perlu saya bereskan x dapat nak berlengah2 moh ler kita semak resepi di bawah ini:


Puff Ayam Simple


Bahan-Bahannya:
1 paket Puff Pastry jenama Kawan - 10 keping
Untuk Inti
2 keping dada ayam - dihiris kecil
3 biji kentang - kupas dan didadu
2 biji bawang besar - dadu/racik halus
3 ulas bawang putih cincang
2 sudu makan rempah kari ayam- dicampur dengan sedikit air jadikan pes
air lebih kurang 1/2 - 3/4 cawan
sedikit gula dan garam untuk perisa
sedikit minyak untuk menumis
1 biji kuning telur - untuk gris di atas puff

Cara:
1. Sediakan inti terlebih dahulu, Tumiskan bawang putih bersama bawang dadu hingga layu dan berbau harum masukkan pula rempah kari yang dijadikan pes tadi, kacau hingga agak garing masukkan pula ayam.
2. Balik-balikkan ayam masukkan anggarang 1/2 cawan air dan kentang, masakan hingga kentang agak empuk jika belum empuk masukkan sedikit lagi air diikuti dengan gula dan garam
3. Balik-balikkan hingga inti agak sedikit kering dan matikan api, sejukkan dahulu sebelum digunakan.
4. Ambil sekeping puff pastry di belah 4 ambil satu bahagian di leperkan sedikit letakkan inti dan ditutupkan dengan sekeping lagi pastry yg dileperkan sedikit dan di kelar sedikit diatasnya sama ada bentuk cross atau garis serong sahaja, tekankan tepi pastry dengan garfu sedikit supaya tidak terbuka.
5. Setelah pastry siap dimasukkan inti sapu kan sedikit kuning telur di atasnya. dan bakar di dalam ketukar dalam 20 - 25 minit bergantung pada oven masing2 pada suhu 180' api atas bawah.

*Sedikit tips pastry nie kalau lama sangat diluar peti sejuk agak sukar nak dibentuk sebab cepat lembik so
bila dah siap bahan inti barulah keluarkan pastry dari peti sejuk. Puff yang saya buat kali ini dapat 20 biji yang sedang, kalau nak buat kecil lagi boleh rujuk pada resepi puff sardin yang pernah saya masukkan kelmarin.
Selamat mencuba..


No comments:

Post a Comment