Monday, February 27, 2012

Happy Birthday Bedah n Sagu Pancawarna@ Kueh Bronok...

Assalamualaikum...

Selamat malam isnin untuk semua..apakabar semuanya? diharapkan kawan2 semua sehat dan ceria pada hari ini pembuka minggu ini...pejam celik dah nak masuk bulan Mac tapi pada tahun ini bulan Februari akan berakhir pada 29hb bukan 28 hb seperti lazimnya..jadi sesiapa sahaja yang lahir pada 29hb Februari tahun ini sungguh bertuah kerana dapat menyambut hari lahir yang putarannya hanya berlaku empat tahun sekali...tapi kat rumah saya ini ada yang lahir pada hari esok iaitu 28hb Februari 1976 iaitu adik saya Siti Zubaidah..yang merupakan Master Chef Cook di Resident Dahlia...muahahaha...ada2 saya nie eks..anyway Happy Birthday untuk Bedah semoga sentiasa di berikan kesihatan, kesejahteraan dan kebahagian bersama anak2 yang dikasihi..


Hari ini saya hendak berkongsi resepi yang saya buat untuk minum petang hari Ahad semalam kueh Dadar Goreng Berinti Ikan dah saya siarkan semalam jadi hari ini resepi yang sangat ringkas dan mudah iaitu sagu pancawarna atau Kueh Bronok.. sebenarnya anak buah saya Aishah request untuk Puding sagu  yang dimakan bersama  syrup gula melaka atau gula merah dengan susu cair tapi saya teringin versi kueh bronok jadi bila dah di kacau dapat seloyang jadi kueh sagu 2in 1 lah nie...jom kita semak resepi di bawah:


Sagu Pancawarna @ Kueh Bronok

Bahan-bahan:

1 cawan - biji sagu putih yang kecil - cuci dalam tapis dan toskan
1/2 cawan - gula pasir
3 cawan air
beberapa titis pewarna merah
Sedikit Kelapa parut putih yang digaul dengan sedikit garam

Cara:

1. Panaskan air di dalam periuk masukkan gula dan masak hingga mendidih.  Bila air dah mendidih masukkan sagu biji yang telah ditoskan tadi. Kacau sehingga memekat dan warna biji sagu yang putih bertukar menjadi jernih.
2. Masukkan beberapa titis pewarna makanan, xkisah warna hijau ke merah ke kuning saya gunakan warna merah kacau lagi sehingga kueh ini keluar gelembung angin blup2 dipermukaannya dan tuangkan kedalam loyang.  Sejukkan kueh dan potong kalau agak lembut macam saya buat nie boleh scoop ajer guna sudu kemudian golekkan dalam kelapa parut putih yang telah digaul dengan sedikit garam. Hidangkan
3.  Kalau nak makan versi puding, scoopkan sagu ke dalam mangkuk kemudian curahkan degan sedikit susu cair diikuti dengan syrup gula melaka atau gula merah. Boleh dimakan sejuk juga dengan meletakkan ice cube dalam puding sagu ini.


ini versi puding sagu yang anak2buah saya suka...

Sunday, February 26, 2012

Always On My Mind...


Melayan lagu jiwang memalam hari...emmm terkenangkan saper agaknyer eks..kanda dimana kanda...muahahaha anggau betul...gd nite all n sweet dreams..

Dadar Goreng Berinti Ikan...

Assalamualaikum...

Sekali lagi saya mengupdate blog dan pada kali ini saya nak kongsikan dengan kawan2 sejenis kueh savory yang saya namakan Dadar Goreng Berinti Ikan... Sebenarnya idea asal kueh ini saya perolehi semasa mengunjungi rumah bapa saudara saya di Kg Semangat, Pekan, Pahang Darul Makmur awal tahun ini.  Oleh kerana mak saudara saya tu memang pandai membuat kueh2 melayu dan kueh2 tradisi lama maka saya mengambil peluang untuk bertanyakan beberapa resepi yang beliau selalu buat antara ialah karipap berinti ikan tapi kali ini beliau mencadangkan agar saya membuat Dadar Goreng Berinti Ikan.. setelah diberitahu bahan2 asas yang diperlukan untuk inti ikan saya simpankan resepinya dan hari ini terlaksana lah kueh ini yang saya buat untuk minum petang tadi yang sedap rasanya lembut sahaja kulitnya..sebenarnya sukatan kulitnya saya buat ikut sukatan dadar yang biasa saya buat dan intinya agak pedas2 lemak masin..emm memang sedap lah...

Untuk membuat inti ikan dadar goreng inti boleh dibuat terlebih awal dan simpan dalam peti sejuk bila hendak digunakan..dan satu lagi petuanya setelah dadar ini siap dibuat masukkan dalam peti sejuk dalam 2-3 jam baru lah cantik di goreng..agak mudah membuatnya seperti kita buat dadar berinti kelapa tu tapi yang ini savory dan di goreng.  Jom kita semak resepi di bawah:


Dadar Goreng Berinti Ikan

Bahan-Bahan Untuk Inti Ikan:
1 mangkuk - isi ikan kembung / selayang ( rebus ikan dan ambil isinya sahaja dan dilecek)
1 mangkuk - santan pekat (size mangkuk yang saya gunakan mangkuk tafufa)
2 biji bawang - didadu halus
6  biji cili api - dicincang (kalau nak lebih pedas boleh tambah)
2 helai daun kunyit - dihiris halus
garam secukupnya.

Bahan-Bahan Untuk Kulit Dadar:
31/2 cawan tepung
1 biji telur
3 cawan air
garam sedikit

Cara:

1. Sediakan inti ikan terlebih dahulu, isi ikan yang dilecek, santan bawang, cili api, daun kunyit dan garam dimasak dalam periuk atau kuali balik2kan selalu dengan api yang sederhana hingga agak mengering santannya. Bila dah agak2 kering lembab2 gitu angkat isi dalam mangkuk dan ketepikan untuk digunakan kemudian.
2. Untuk sediakan adunan dadar pula masukkan tepung, telur, garam dan air dalam blender dan blender hingga sebati.
3. Buatkan dadar menggunakan nonstick pan seperti kita membuat kuih dadar/ketayap yang pertama sahaja letak sedikit minyak pada nonstick pan yang seterusnya tak perlu.  Saya gunakan senduk sedang untuk sukat adunan bagi sekeping dadar berukuran 6 inci. api biar sederhana sahaja dan tak perlu dibalikkan. Bila permukaan dadar dah kering terus angkat dan susun dalam pinggan.  Buat sehingga adunan habis.
4. Untuk mengulung dadar. Ambil sekeping dadar dan letakkan lebih kurang 2 sudu inti dan lipat serta gulung seperti kita buat dadar gulung/ketayap atau popia dia akan melekat sendiri hujungnya dan tak perlu digamkan dengan  air atau tepung yang dibancuh. Simpankan gulungan dadar dalam bekas dan masukkan dalam peti ais bukan bahagian frozen tau. Biarkan dalam peti sejuk sekurang2nya 2-3 jam baru di goreng.
5. Untuk mengoreng dadar panaskan sedikit minyak dalam kuali gorengkan 4-5 keping sahaja sekali goreng dengan balik2kan sehingga dadar berwarna keemasan. Angkat dan toskan serta letakkan atas paper towel.
6. Hidangkan sama ada sekeping2 atau dipotong menyerong.  Dadar nie tak garing tapi amat lembut dan  sedap dimakan panas2 dengan rasa ikan yang lemak2 pedas...Selamat mencuba..







Sayur Campuran Goreng ...

Assalam untuk semua...

Satu lagi resepi sayuran rengkas dan segera untuk makan tengah hari tadi..masak dia biar sekejap ajer agar xhilang zat dan vitamin dalam sayuran..ok kita semak resepi mudah dibawah:

Sayur Campuran Goreng 

Bahan-Bahan:

1 mangkuk bunga kobis - dipotong dan  dibasuh rendam sebentar dalam air garam dan toskan
1 batang karet - dihiris serong atau ikut suka (saya sajer guna terap bunga)
1 biji lada bangala - capsicum hijau - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris
4 ulas bawang putih - dihiris
20 biji chicken meat ball - dipotong 2
2 sudu makan oyster sos
1/2 cawan air
sedikit garam
sedikit serbuk lada putih
sedikit minyak untuk menumis

Cara:

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang dan bawang putih hingga layu dan berbau harum masukkan chicken ball dan oyster sauce campurkan air.
2. Madukkan karet, cauliflower dan balik2kan.  Masukkan capsicum dan letakkan sedikit garam bersama sedikit lada sulah serbuk.  Masak sebentar sahaja dan boleh padamkan api terus hidangkan bersama nasi putih dan lauk pauk lain.


Asam Pedas Daging + Tetel Dengan Kentang...

Assalamualaikum...

Selamat petang untuk semua...waktu2 petang macam nie selalunya lepas 2 makan memang sedap kalau dapat tidor kejap kan..sebelum asar bangun..sambung pulak dengan aktiviti di sebelah petang untuk buat minuman petang ke..hehe pandai jer saya eks nak mengajak kawan2 tido.. teringat pulak status kat FB kawan saya dia tulis lepas makan tido time...hehehe ada 2 ajer eks...selamat lah  beristirehat bagi sesaper yang nak berehat tu..kalau tak menonton ajer lah tp selalunya kat tv petang2 gini xder program yang menarik...

Ok lah x reti nak bercerita apa hari ini saya nak kongsi dengan kawan2 satu resepi yang saya buat untuk makan tengah hari tadi iaitu Asam Pedas Daging campur tetel dan Kentang..sebenarnya saya dah tengok resepi nie dari blog Dunia Dari Dapur Kak Jee dan lepas tu kat blog CMG @DTS tu pulak so macam termegidam lah nie hari nie menjadilah projek saya nak masak asam Pedas daging bertetel yang memang sedap kat anak tekak saya lah n bagi penghuni2 rumah nie lah tapi bagi orang2 lain tu saya kurang pasti la pulak...jom lah kita semak resepi yang saya C&P dari blog DTS tu yer...tqvm sekali lagi utk CMG akak kongsikan disini pulak yer malas nak menaip...

Asam Pedas Daging + Tetel Dengan Kentang
Resepi Asal : Kak Jee & sumber : CMG @ DTS

BAHAN-BAHANNYA :-) saya gandakan bahan2nya sebab guna 1kg daging+tetel
500 gram daging batang pinang (atau daging tetel) - saya campur tetel 500 gm daging 500 gm
3 biji kentang saiz sederhana
1 genggam daun kesom
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap satu - yang ini saya xletak xada
2 batang serai, dititik
1 cawan jus asam jawa
1/2 camca teh serbuk lada hitam
2 1/2 senduk cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halias
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Dading dihiris nipis, cuci dan toskan. Kentang dikupas, belah 4 setiap satu dan rendam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus, serai titik hingga wangi. Tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing dan terbit minyak. Masukkan daging dan kacau rata. Biar daging kecut sedikit. Masukkan kentang (toskan) dan gaul rata.
  3. Tuang air secukupnya dan tambah daun kesom, kacau dan masak hingga kentang dan daging lembut. Masukkan jus asam jawa dan serbuk lada hitam. Kacau rata dan biar mendidih.
  4. Tambah bunga kantan (jika guna saya xletak sbb xada) perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula bagi mengimbang rasa pedas dan masak. Biar masak sekejap lagi, rasa dah jika ok boleh matikan api.
Note: oleh kerana saya menggunakan daging yang bercampur tetel saya rebuskan sekejap dalam 10 minit dan buang air rebusan pertama (buang air yang berminyak2 tu) dan rebus semula dengan sedikit sahaja air dan biarkan hingga agak empuk lain2 cara ada sama cuma saya gandakan sahaja ramuannya sebab masak dalam kuantiti 1 kg daging + tetel.




memang sedap asam pedas daging plus tetel nie..

Saturday, February 25, 2012

Tahu Singapura...again..

Assalamualaikum...

Hai...sedang buat apa tu kawan2 semua...sedang bersantai bersama keluarga yer atau ada yang berjalan2 ambil angin di tepi pantai...tapi kalau kat Johor Bahru nie kawasan pantai semua dah tak boleh nak duduk2 ambil angin sebab satu2nya tempat atau tepi pantai Lido iaitu di kawasan sepanjang Danga Bay sedang dibangunkan dengan projek2 baru jadinya tak dapatlah nak ambil angin ditepi laut. Aiii kanapa pula saya teringat pasal tepi pantai dan ambil angin ditepi laut yer..emmm kenangan mengusik jiwa la pulak saya malam2 nie...hehehe kita tinggalkan dahulu kisah lalu apa kata kita bersantai dan berjamu mata dengan satu hidangan yang namanya datang dari Seberang Tambak yang saya suka dan begitu mudah untuk membuatnya iaitu Tahu Singapura...resepi asal dari Chef bloger tak asing lagi iaitu CMG dari Dapur Tanpa Sempadan tu...sekali lagi saya kongsikan diblog saya ini yer CMG tqvm...


Tahu Singapura
Sumber : Che Mat Gebu -DTS

BAHAN KUAH KACANG :-)
150 gram kacang tanah
2 biji cili merah*
4 biji cili padi*
4 biji bawang merah*
1 ulas bawang putih*
1 inci belacan*(*kisar halus, gunakan air masak)
1/2 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
1/2 camca besar kicap pekat

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
4 keping tauhu, digoreng dan potong dadu
1/2 biji timun, diracik halus
1 biji sengkuang saiz kecik, diracik halus (saya gantikan dgn karet)
2 genggam taugeh, celur sekejap dan toskan (lupa xder togey lah pulak kat esbok)
Hirisan halus cili padi merah (optional)



  1. UNTUK KUAH KACANG :- Kacang tanah digoreng tanpa minyak hingga perang, sejukkan, buang lapisan nipis pada kacang tanah tadi dan kisar. Masukkan ke dalam bekas, tambah bahan kisar halus, jus asam jawa dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya (selalu kuah kacang sedikit manis), jika pekat tambah sedikit air, kacau rata. Ketepikan sebentar.
  2. UNTUK TAUHU SINGAPURA :- Susun tauhu goreng yang telah didadu dalam pinggan. Letak hirisan karet dan timun atasnya, curah kuah kacang dan tabur hirisan cili padi. Hidangkan segera....hmmmm...sedap ok....i likeee!! - tu kata CMG tapi (i pun suke..hehehe sorry eks kawan kongsi suka..

Laksa Johor...memang sedap..

Assalamualaikum...

Selamat petang Sabtu untuk  semua...pastinya ramai antara kita yang sedang menunggu film Sanggam di TV3 pada waktu ini kan.  Cerita hindi lama yang sememangnya tak jemu ditonton walaupun dah tengok berulang kali...saya pun minat juga cerita2 hindustan lama nie kerana lagunya yang sedap..pelakon2 lama yang encem2 hehe dan juga pengambarannya kat negara eropah cantik2kan,  tentu ramai yang bersetuju dengan pendapat saya dan suka menonton filem2 hindustan lama.  Kalau yang baru2 nie macam tak brapa bestlah sebab asyik2 adengan gaduh, ganas dan tarian2 yang kekadang terlalu exotic...hahaha ada2 saya nie ek...saper yang suka tu tengoklah yang x suka tu duk diam2 jer ek..

Ok tak mau bercerita panjang hari nie saya nak share satu resepi yang sangat terkenal di negeri Johor dan bagi saper2 sahaja kat Malaysia ni yang gemarkan Laksa Johor macam Hans Issac pelakon tu xsilap saya yg gemar makan laksa johor.  Sebenarnya adik saya Bedah yang buat laksa ni dan saya hanya tolong sediakan bahan2 ulaman laksa. Memang sedap bila dapat makan laksa yang dibuat sendiri kalau yang dibeli samaada di pasar malam atau di mana2 lah mesti ada yang tak berapa ngam dengan selera kita kan...Jom kita semak resepi berikut:


Laksa Johor...
Versi: Cik Bedah

Bahan-Bahan:

1 paket spaghetti di rebus hingga lembut dan ditoskan airnya capkan (orang johor mesti pandai cap laksa sama ada bentuk simpul lapan atau punjut macam siput) jadi cantik bila menghidang

Bahan untuk Kuah Laksa:
1 kilo ikan kembung - direbus dan diambil isinya sahaja diblend halus dengan air rebusan ikan tadi (kalau saper nak guna ikan parang atau ikan lain yang sesuai untuk laksa pun boleh)
1/2 cawan udang kering - direndam sebentar dan di tumbuk - kalau ada isi kurau masin pun sedap
1/2 kilo santan (beli dah siap di pasar) kalau x perah kelapa 2 biji dan dapatkan >< 800 ml pati santan pekat
Air secukupnya - anggaran 1 litter
5 sudu besar serbuk kari ikan - jadikan pes (bancuh dengan sedikit air)
5 biji bawang besar - di blender halus
6 ulas bawang putih - diblender halus
4 batang serai - diblender halus
2 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit
4-5 keping asam keping/gelugor -direndam sebentar
semangkuk kecil kerisik yang dibuat dari sebiji kelapa parut sangai dalam kuali sampai golden tan dan kisar kering sampai keluar minyaknya. = kalau tak ada beli ajer yang dah siap
minyak untuk menumis
garam secukup rasa.

Bahan-Bahan untuk ulaman laksa:
Taugeh secukupnya - dibuang ekor
Timun dalam 2 batang - di buang kulit dimayang bulat (jgn sampai perut timun) dan dihiris halus
Daun Kesum - secukupnya dihiris halus
4 biji bawang besar - dihiris halus
Sedikit Lobak Asin - direndam sekejap - dicincang halus atau blender kering
Sambal belacan secukupnya
Limau Kasturi secukupnya di belah 2

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang blender, serai halia dan lengkuas hingga agak garing dan berbau harum. Masukkan serbuk kari yang telah dijadikan pes tadi, tumiskan sehingga pecah minyak dan masukkan air diikuti dengan isi ikan yang telah diblender dan udang kering yang ditumbuk atau kisar.
2.  Masakkan sehingga kuah agak mendidih dan masukkan santan pekat dan kacaukan selalu. Masukkan pula kerisik dan gaul rata. Kemudian masukkan pula asam keping dan garam. Masak sehingga kuah laksa sebati dan biarkan lama sedikit atas api yang sederhana rasakan kesesuaian rasa kalau nak tambah garam ke atau perasa.
3. Bila kuah agak memekat dan sebati boleh dipadamkan api dan hidangkan bersama spaghetti dan ulaman2 berserta sambal belacan.

Nampak macam rumit nak sediakan bahan2 laksa tapi berbaloi bila masak sendiri puas makan dan dapat seperiuk saya rasa kuah yang sebanyak resepi di atas boleh buat untuk 2 paket spaghetti....
opss lupa pulak kalau orang johor makan laksa pakai tangan sedap u...sehingga menjilat jari..sedap cubalah...





Sandwich Sardin...

Assalamualaikum...

Dah breakfast ke lum kawan2 kalau malas nak buat breakfast yang susah2 apa kata buat jer Sandwich Sardin bahan2 asas jer diperlukan sardin dalam tin, roti, sedikit mayonis, lada kalau xder pun xper..sebuk lada sulah dan sedikit air limau kasturi...nak letak resepi ke kalau bahan2 yang sangat mudah..ok lah kerana nie blog masak2 saya tempelkan juga resepi mudah sandwich sardin ok...


Sandwich Sardin..

Bahan-Bahan:

1 bantal / secukupnya - roti putih- saya guna roti gardenia
1 tin sardin - cap ayam atau apa2 cap...buangkan sosnya dan lecek halus
1 biji bawang besar - di racik/dadu halus
1 biji cili merah - di hiris/cincang halus
2 sb mayonis
sedikit garam
sedikit lada sulah serbuk
2-3 biji limau kasturi - ambil jusnya.
1 biji Timun - dihiris nipis
Sedikit majerin untuk sapu di atas roti

Cara:

1. Buatkan inti dahulu dengan cara campurkan sardin di dalam mangkuk bersama bawang besar, lada, serbuk lada sulah, garam, mayonis dan jus limau kasturi gaulkan rata dan sebati.
2. Ambil dua keping roti gardenia di sapukan sedikit majerin, letakkan lebih kurang 2 sudu atau secukupnya inti sardin ratakan di atas roti dan susunkan timun hiris diatasnya.  Tangkupkan sekeping lagi roti di atasnya.
3. Buat sehingga roti dan inti habis dan bolehlah di potong 2 sama ada nak potong 3 segi atau potong rata sahaja..Hidangkan.. Sesuai untuk bekalan anak2 ke sekolah atau nak pi picnic..



Majlis Maulidur Rasul SKPT2...

Assalamualaikum...

Selamat sejahtera, selamat pagi Sabtu dan selamat berhujung minggu untuk semua pengunjung ZLC...hari ini saya nak masukkan entry ringkas foto2 ajer yer yang saya sempat ambil semalam pagi Majlis Maulidur Rasul di sekolah saya..alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan sangat meriah acara perarakan anak2 berselawat ke atas Junjungan Nabi Muahamad SAW dan diikuti dengan acara di dewan ada bacaan Al-Quran, Berzanji, Nasyid, Choral Speaking, dan ceramah dari Penceramah Undangan.  Tapi sedih gak kali ini saya tak dapat menjengah acara di dewan dan membantu semasa jamuan anak2 yang makan dalam dulang serta kerja2 membungkus makanan kali ini sebab banyak kerja urgent yg perlu di bereskan di opis dr pagi hingga la ke petang..Jom kita layan gambar2 yang sempat saya snap di bawah:



Anak buah saya yeyed bju oren.. n d gang


yang nie Iqin masuk Choral Speaking...

CikguMona n Fiza bersama murid Pra Sekolaj

Akak gan Ustazah Siti Hajarah

Cikgu Zaharah, Cikgu Wan n Guru Besar

Master Chef Cikgu Mahmood n abg enal..

Sedap briyani cikgu mahmood nie

Ayam masak merah pun sedap gak

Dalca tetel..megancam...

Nasi Jagung...

Tiga Periuk Nasi tak cukup lauk briyani berlebih

Cikgu Zizul Tokey air  gan cikgu wan

Naseb baek akak smpat bfast gan tokey kantin mkn dlm dulang lau tak melepas smpai ptg keje bnyk..