Sunday, February 19, 2012

Asam Pedas Cili Kawen...

Assalamualaikum...

Selamat hari Ahad dan berhujung minggu buat semua pengunjung Zalekha Luvs Cooking...kali ini saya nak masukkan entry asam pedas lagi tapi kali ini asam pedas ikan kembong yang menjadi menu makan tengah hari semalam...lewat betul saya nak bersiarankan.. takperlah yer kawan2 saya cuma nak berkongsi resepi asam pedas kegemaran orang johor yang tak jemu2 dimakan setiap hari  tapi kali ini ada kelainan sedikit sebab penggunaan lada hidup yang dicampur dengan lada kering emmm sedap juga rasanya...

 Teringat pulak saya semasa makan asam pedas di negeri Sabah di kedai makan berhampiran Poring Hot Spring...ada salah satu kedai di antara deretan kedai barang2 cenderamata dan kedai2 lain ada satu kedai makan yang saya dan akak saya che no dan kembarnya che nie serta abg ipar saya che mat singgah makan disitu memang sedap dan terbaik rasa asam pedas kat situ..ikannya baru dan asam pedasnya cukup rasa dan tu yang asik teringat sampai sekarang bila makan asam pedas..ada satu lagi lauk yang kami order di sana iaitu daging rusa masak kicap yang juga sedap...jadi bagi sesiapa yang pergi ke Poring Hot Spring di Sabah jangan lupa singgah makan asam pedas yang sedap di kedai makan tu... memang satu ajer antara deretan kedai cenderamata...senang nak cari..tapi kalau dah ada kedai2 lain yang juga menjual makanan minta maaf yer sebab saya lupa nama kedainya tapi pengusahanya seorang pak haji...

Ok panjang pulak cerita asam pedas kat sabah tu...jom kita semak resepi asam pedas saya pulak...


Asam Pedas Cili Kawen...

Bahan-Bahan:

5 ekor ikan kembong - sederhana besar di siang dan cuci bersih
15 batang cili kering - gunting buang biji dan direbus sebentar
5 batang lada hidup
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyi hidup
1 inci belacan
5-6 tangkai daun kesum - saya tak letak xder stok
1/2 gemgam asam jawa
5 cawan air
sedikit garam dan gula
minyak untuk menumis anggaran 1/2 cawan

Cara:

1. Blenderkan lada kering, lada hidup, bawang, halia, kunyit dan belacan dengan sedikit air hingga halus.
2. Panaskan sedikit minyak masak dalam periuk anggaran 1/2 cawan tumis kan bahan2 yang diblender halus tadi hingga agak garing dan naik minyak..kacau selalu semasa menumis takut hangit kalau tak dikacau.
3. Bila dah agak garing masukkan air asam yang di bancuh dengan 5 cawan air dan ditapis biji asamnya.
biarkan kuah asam pedas agak mendidih baru dimasukkan ikan.
4. Masak sehingga ikan elok masaknya dan letakkan daun kesum jika ada saya tak letak sebab tak ada.
perisakan dengan garam dan sedikit gula. Kecilkan api dan biar asam pedas masak dengan api perlahan lebih kurang 10-15 minit lagi. Padamkan api dan  hidangkan bersama nasi panas dan lauk pauk lain seperti sayuran ikan goreng dan ulaman jangan lupa sambal belacan juga. sedap cubalah rasa kelainan asam pedas guna lada campur nie kalau nak tau sedap ke tidak..



sambal belacan limau dan budu..

No comments:

Post a Comment