Sunday, February 26, 2012

Dadar Goreng Berinti Ikan...

Assalamualaikum...

Sekali lagi saya mengupdate blog dan pada kali ini saya nak kongsikan dengan kawan2 sejenis kueh savory yang saya namakan Dadar Goreng Berinti Ikan... Sebenarnya idea asal kueh ini saya perolehi semasa mengunjungi rumah bapa saudara saya di Kg Semangat, Pekan, Pahang Darul Makmur awal tahun ini.  Oleh kerana mak saudara saya tu memang pandai membuat kueh2 melayu dan kueh2 tradisi lama maka saya mengambil peluang untuk bertanyakan beberapa resepi yang beliau selalu buat antara ialah karipap berinti ikan tapi kali ini beliau mencadangkan agar saya membuat Dadar Goreng Berinti Ikan.. setelah diberitahu bahan2 asas yang diperlukan untuk inti ikan saya simpankan resepinya dan hari ini terlaksana lah kueh ini yang saya buat untuk minum petang tadi yang sedap rasanya lembut sahaja kulitnya..sebenarnya sukatan kulitnya saya buat ikut sukatan dadar yang biasa saya buat dan intinya agak pedas2 lemak masin..emm memang sedap lah...

Untuk membuat inti ikan dadar goreng inti boleh dibuat terlebih awal dan simpan dalam peti sejuk bila hendak digunakan..dan satu lagi petuanya setelah dadar ini siap dibuat masukkan dalam peti sejuk dalam 2-3 jam baru lah cantik di goreng..agak mudah membuatnya seperti kita buat dadar berinti kelapa tu tapi yang ini savory dan di goreng.  Jom kita semak resepi di bawah:


Dadar Goreng Berinti Ikan

Bahan-Bahan Untuk Inti Ikan:
1 mangkuk - isi ikan kembung / selayang ( rebus ikan dan ambil isinya sahaja dan dilecek)
1 mangkuk - santan pekat (size mangkuk yang saya gunakan mangkuk tafufa)
2 biji bawang - didadu halus
6  biji cili api - dicincang (kalau nak lebih pedas boleh tambah)
2 helai daun kunyit - dihiris halus
garam secukupnya.

Bahan-Bahan Untuk Kulit Dadar:
31/2 cawan tepung
1 biji telur
3 cawan air
garam sedikit

Cara:

1. Sediakan inti ikan terlebih dahulu, isi ikan yang dilecek, santan bawang, cili api, daun kunyit dan garam dimasak dalam periuk atau kuali balik2kan selalu dengan api yang sederhana hingga agak mengering santannya. Bila dah agak2 kering lembab2 gitu angkat isi dalam mangkuk dan ketepikan untuk digunakan kemudian.
2. Untuk sediakan adunan dadar pula masukkan tepung, telur, garam dan air dalam blender dan blender hingga sebati.
3. Buatkan dadar menggunakan nonstick pan seperti kita membuat kuih dadar/ketayap yang pertama sahaja letak sedikit minyak pada nonstick pan yang seterusnya tak perlu.  Saya gunakan senduk sedang untuk sukat adunan bagi sekeping dadar berukuran 6 inci. api biar sederhana sahaja dan tak perlu dibalikkan. Bila permukaan dadar dah kering terus angkat dan susun dalam pinggan.  Buat sehingga adunan habis.
4. Untuk mengulung dadar. Ambil sekeping dadar dan letakkan lebih kurang 2 sudu inti dan lipat serta gulung seperti kita buat dadar gulung/ketayap atau popia dia akan melekat sendiri hujungnya dan tak perlu digamkan dengan  air atau tepung yang dibancuh. Simpankan gulungan dadar dalam bekas dan masukkan dalam peti ais bukan bahagian frozen tau. Biarkan dalam peti sejuk sekurang2nya 2-3 jam baru di goreng.
5. Untuk mengoreng dadar panaskan sedikit minyak dalam kuali gorengkan 4-5 keping sahaja sekali goreng dengan balik2kan sehingga dadar berwarna keemasan. Angkat dan toskan serta letakkan atas paper towel.
6. Hidangkan sama ada sekeping2 atau dipotong menyerong.  Dadar nie tak garing tapi amat lembut dan  sedap dimakan panas2 dengan rasa ikan yang lemak2 pedas...Selamat mencuba..







2 comments:

  1. bila2 sy gi jb, kak leha mesti msk semua resipi yg ada kat sini tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. No..problem arr roza stakat 2...3 jenis..kalau semua >..< pengsan akak..hehe..anyway thanks follow me...

      Delete