Thursday, February 2, 2012

Kentang Putar dengan Brown Sos

Hari ini saya nak masukkan satu lagi entry tertunggak iaitu kentang putar bersama brown sos yang pernah saya ceritakan minggu lepas.  Kentang putar yang kita buat sendiri lebih sedap rasanya atau setanding dengan kentang putar yang dijual di KFC tu..anak-anak buah saya memang suka makan kentang putar ini..saya pun suka gak rasa2 lemak pada kentang dan lemak masin dari brown sos nie..memang sedap lah..lebih2 lagi bila makan atau di gandingkan dengan ayam goreng dan coleslaw memang sedap hingga menjilat sudu..hehe..ok jom kita semak resepi mudah di bawah ini:

Kentang Putar dan Sos Perang

Bahan-Bahan
Untuk Kentang Putar
6-7 biji kentang sederhana besar - di kupas kulit potong 4, direbus hingga empuk dan toskan
 sedikit garam

Cara: 
1. Lecekkan kentang dengan smasher - pelenyek kentang sehingga kentang halus dan sebati.
2. Skop kentang gunakan skop icecream atau dibentuk dengan acuan kecil (acu lompang) dan susun dalam pinggan curahkan sos perang diatasnya dan hidangkan bersama ayam goreng dan coleslaw.

Untuk Sos Perang
1/2 cawan tepung gandum
3-4 sudu makan minyak jagung/minyak masak
11/2 - 2cawan air bergantung pada pekat sos yg diinginkan
1 sudu makan kicap
1 kiub ayam knorr
sedikit garam

Cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali masukkan tepung dan kacau agak kekuningan masukkan air masukkan sedikit2 jangan masuk semua sebab nak tengok kepekatan yang kita nak.
2. Masukkan kuib pati ayam, kicap dan sedikit garam, kacau sebagi masak hingga agak memekat. Padamkan api, hidangkan bersama kentang putar dan boleh juga dimakan bersama nugget atau ayam goreng.

kalau ada kentang putar mesti atau coleslaw kan baru sedap makan ayam goreng..

No comments:

Post a Comment