Saturday, February 25, 2012

Laksa Johor...memang sedap..

Assalamualaikum...

Selamat petang Sabtu untuk  semua...pastinya ramai antara kita yang sedang menunggu film Sanggam di TV3 pada waktu ini kan.  Cerita hindi lama yang sememangnya tak jemu ditonton walaupun dah tengok berulang kali...saya pun minat juga cerita2 hindustan lama nie kerana lagunya yang sedap..pelakon2 lama yang encem2 hehe dan juga pengambarannya kat negara eropah cantik2kan,  tentu ramai yang bersetuju dengan pendapat saya dan suka menonton filem2 hindustan lama.  Kalau yang baru2 nie macam tak brapa bestlah sebab asyik2 adengan gaduh, ganas dan tarian2 yang kekadang terlalu exotic...hahaha ada2 saya nie ek...saper yang suka tu tengoklah yang x suka tu duk diam2 jer ek..

Ok tak mau bercerita panjang hari nie saya nak share satu resepi yang sangat terkenal di negeri Johor dan bagi saper2 sahaja kat Malaysia ni yang gemarkan Laksa Johor macam Hans Issac pelakon tu xsilap saya yg gemar makan laksa johor.  Sebenarnya adik saya Bedah yang buat laksa ni dan saya hanya tolong sediakan bahan2 ulaman laksa. Memang sedap bila dapat makan laksa yang dibuat sendiri kalau yang dibeli samaada di pasar malam atau di mana2 lah mesti ada yang tak berapa ngam dengan selera kita kan...Jom kita semak resepi berikut:


Laksa Johor...
Versi: Cik Bedah

Bahan-Bahan:

1 paket spaghetti di rebus hingga lembut dan ditoskan airnya capkan (orang johor mesti pandai cap laksa sama ada bentuk simpul lapan atau punjut macam siput) jadi cantik bila menghidang

Bahan untuk Kuah Laksa:
1 kilo ikan kembung - direbus dan diambil isinya sahaja diblend halus dengan air rebusan ikan tadi (kalau saper nak guna ikan parang atau ikan lain yang sesuai untuk laksa pun boleh)
1/2 cawan udang kering - direndam sebentar dan di tumbuk - kalau ada isi kurau masin pun sedap
1/2 kilo santan (beli dah siap di pasar) kalau x perah kelapa 2 biji dan dapatkan >< 800 ml pati santan pekat
Air secukupnya - anggaran 1 litter
5 sudu besar serbuk kari ikan - jadikan pes (bancuh dengan sedikit air)
5 biji bawang besar - di blender halus
6 ulas bawang putih - diblender halus
4 batang serai - diblender halus
2 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit
4-5 keping asam keping/gelugor -direndam sebentar
semangkuk kecil kerisik yang dibuat dari sebiji kelapa parut sangai dalam kuali sampai golden tan dan kisar kering sampai keluar minyaknya. = kalau tak ada beli ajer yang dah siap
minyak untuk menumis
garam secukup rasa.

Bahan-Bahan untuk ulaman laksa:
Taugeh secukupnya - dibuang ekor
Timun dalam 2 batang - di buang kulit dimayang bulat (jgn sampai perut timun) dan dihiris halus
Daun Kesum - secukupnya dihiris halus
4 biji bawang besar - dihiris halus
Sedikit Lobak Asin - direndam sekejap - dicincang halus atau blender kering
Sambal belacan secukupnya
Limau Kasturi secukupnya di belah 2

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang blender, serai halia dan lengkuas hingga agak garing dan berbau harum. Masukkan serbuk kari yang telah dijadikan pes tadi, tumiskan sehingga pecah minyak dan masukkan air diikuti dengan isi ikan yang telah diblender dan udang kering yang ditumbuk atau kisar.
2.  Masakkan sehingga kuah agak mendidih dan masukkan santan pekat dan kacaukan selalu. Masukkan pula kerisik dan gaul rata. Kemudian masukkan pula asam keping dan garam. Masak sehingga kuah laksa sebati dan biarkan lama sedikit atas api yang sederhana rasakan kesesuaian rasa kalau nak tambah garam ke atau perasa.
3. Bila kuah agak memekat dan sebati boleh dipadamkan api dan hidangkan bersama spaghetti dan ulaman2 berserta sambal belacan.

Nampak macam rumit nak sediakan bahan2 laksa tapi berbaloi bila masak sendiri puas makan dan dapat seperiuk saya rasa kuah yang sebanyak resepi di atas boleh buat untuk 2 paket spaghetti....
opss lupa pulak kalau orang johor makan laksa pakai tangan sedap u...sehingga menjilat jari..sedap cubalah...





No comments:

Post a Comment