Sunday, February 19, 2012

Oreo Cheese Cupcakes...

Assalamualaikum...

Hari Ahad adalah hari masak2 bagi saya tu pun kalau rajin la dan kalau tak kemana2 tp kalau mood x rajin tu datang....hampehhhh jugak...jd kiranyer ahad minggu nie saya malas2 rajin la tu yang terbuat oreo cheese cupcake nie...ok jom kita semak resepi nie yang saya tukil dari Myresepi...untuk tuan yang empunya resepi terima kasih berkongsi resepi lupa pulak saya nak ambil nama tuan punya resepi sebab saya dah lama copy dan print resepinyer ajer...anyway tqvm...saya hanya buat setengah adunan dari resepi asal kalau nak buat banyak gandakan la yer... dan letak dlm tray muffin..Rasanya alhamdulillah menjadi dan sedappp weiiii kalau x caya cer cuba...


Oreo Cheese Cupcake
Resepi Asal: MyResepi

Bahan-Bahan

(utk 12 biji cupcake)

12 keping biskut oreo - utk every cupcake n kalau nak letak biskut oreo cincang big or small chunk dlm 6 ketul pun boleh (saya tak letak yang chunk pun)..lupa hehe
250 gram  cream  cheese
1/2 cawan castor sugar
1/2 cawan sour cream atau boleh ganti yogurt -saya guna yogurt plain
2 biji telur
1/2 camcateh esen vanilla
secubit garam

Cara:

1. Panaskan oven suhu 155'C . Susunkan  papercup dan masukkan seketul oreo dalam setiap paper cup.
2. Pukul Cream Cheese sampai lembut dan sebati, masukkan castor sugar dan pukul lagi masukkan pula vanilla.
3. Masukkan telur satu2 gaul rata. Pukul hingga sebati dan masukkan pula yogurt dan sedikit garam. Scrap tepi mangkuk dengan spatula jika perlu. Kalau anda nak masukkan chunk oreo masukkan dan di gaul rata.
4. Seterusnya masukkan adunan ke dalam papercup yang dah diletak oreo tadi. Bakar dalam ketuhar selama 22-28 minit lepas bakar sejukkan at least 4 jam lebih bagus semalaman.



serius sedap n simple sgt nk buat..



4 comments:

  1. looks simple...Liza nak try ni sebab guna cups in muffin tins, senang individual nak makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang simple jer resepi nie Liza try la...yup senang pakai paper cup jer..

      Delete
  2. errr... tapi ada satu soalan, Mak J... mmg selepas bakar, adunan tu turun di belah tengahnya eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. turun sikit lah sebab kan xder baking agent n xpakai tepung pun..

      Delete