Tuesday, February 14, 2012

Sawi Pendek @ Pak Choy with garlic

Assalamualaikum...

Dah 2 hari dapur Zalekha Luvs Cooking nie tak ber entry nampaknya selain dari agak kesibukan di hari keje saya tidak memasak apa-apa yang menarik atau kurang menarik untuk dikongsikan...tetapi oleh dek kerana rindukan blog ini saya menjengah juga ke sini dan teringat pula ada beberapa resepi tertunggak yang ada di dalam laptop saya ini yang boleh dikongsikan antaranya adalah masakan sayuran ala cina yang sangat mudah sangat untk membuatnya.  Hanya sekadar memberi idea kalau bersesuaian dengan selera kawan2 bolehlah mencubanya.. tapi kalau rasanya tak menepati citarasa saya mohon maaf yer...layan ajer lah pic n resepi seperti di bawah:



Sayur Pak Choy dengan Bawang Putih..

Bahan-Bahannya:

2 cekak sayur pak choy @ sawi pendek
1 labu bawang putih - dalam 10-12 ulas - dicincang
4-5 sudu makan oyster sauce
air untuk merebus sawi
sedikit minyak untuk menggoreng bawang putih

Cara:

1. Sawi Pak Choy dibersihkan tak perlu di potong biar saiz asalnya yang pendek2.  Rebuskan air dalam periuk atau kuali tak perlu banyak sekadar mencelur sayur sahaja.
2.  Apabila air mendidih masukkan sayur dan biarkan sebentar angar saya bertukar warna kehijauan boleh padamkan api dan  tos kan sayur yang di rebus tadi.  Susunkan sayur dalam pinggan.
3 Bawang putih yang dicincang di goreng hingga garing dan kuning keemasan.  Angkat dan  taburkan di atas sayur pak choy yang telah dicurahkan oyster sauce di atasnya.  Sedap dimakan panas2 bersama nasi putih dan lauk pauk lain atau dimakan begitu sahaja. 

No comments:

Post a Comment