Friday, March 16, 2012

Bubur Som-Som...

Assalamualaikum...

Selamat malam sabtu untuk semua pengunjung Zalekha Luvs Cooking..yang pertamanya saya nak mohon maaf banyak2 sebab dah lama betul tak mengupdate blog...nak kata busy sangat tu tak la juga...cuma ada masalah broadband saya faham2 ajer la bila cik bil tak di bayar...nyawa line internet nie pun tak boleh nk di hidupkan so bila saya free masa rehat hari Jumaat tengah hari tadi saya ke kiosk celcom untuk membayar bil.. Kebetulan pula pi ke Giants Hypermarket macam2 lah benda yang saya capai...tapi masih berbelanja dengan berhemah jugak lah sebabnya tengah2 bulankan bukannyer banyak fulusss...hehe..

Ok lah kerana dah lama tak masukkan entry masakan hari ini saya nak masukkan sejenis hidangan kueh orang melayu, kueh lama sebenarnya ini kalau ditanya pada orang2 muda zaman nie mesti ada yang tak tahu kueh ini yang diperbuat dari tepung beras dan dimasak bersama santan, rasanya lemak2 dan makan pulak dengan sirap gula melaka.  Pada masa sekarang banyak perubahan yang dibuat pada kueh2 lama seperti bubur som-som ini kerana ada dicampurkan jus pandan dan makan pula dengan sirap gula melaka.  Semasa arwah mak saya buat dulu2 warnanya putih sahaja dan dimakan pulak dengan sirap bewarna merah...nak ikut versi yang lama atau yang baru pun boleh dua2 sedap sebab lembut sahaja kueh ini dan sungguh lemak...
Jom kita semak resepi mudah di bawah..


Bubur Som-Som

Bahan-Bahan:
1 mangkuk - tepung beras
1 mangkuk - santan pekat
21/2 mangkuk air
3-4 helai daun pandan - diblender dengan 1/2 mangkuk air (sukatan diatas tadi) tapis ambil jusnya
sedikit pewarna hijau
secubit garam

Untuk Sirap Gula Melaka:
1 ketul gula melaka
1/2 cawan gula pasir
1 1/2 cawan air
2 helai daun pandan

Cara:

1.  Tepung beras dikacau bersama santan, air dan jus pandan yang di letakkan sedikit garam dalam periuk.
2.  Masak dan kacau hingga adunan bubur masak dan memekat guna senduk kayu dan api biar sederhana sehingga adunan mengental dan blup2 keluar gelembung angin (sorry saya x reti nak discribe) tapi bila dah blup2 tu dah hampir masak lah. Kacau kan sebentar lagi dalam 10 minit dan masukkan dalam loyang atau mangkuk kaserol dan sejukkan. Boleh juga di masukkan dalam acuan yang kecil2 kueh ini agak lembut. kalau nak potong bentuk cantik memang tak boleh jadi cedukkan sahaja semasa hendak menghidang.
3. Untuk buat air sirap gula melaka masakan gula melaka bersama gula pasir dan air bersama daun pandan yang disimpul hingga gula melaka mencair dan mendidih. Tapiskan dahulu air sirap gula melaka sejukkan dahulu sebelum digunakan.
4. Untuk menghidang cedokkan bubur som-som ke dalam mangkuk dan curahkan sedikit sirap gula melaka.



No comments:

Post a Comment