Thursday, March 1, 2012

Cucur Geragau Berdaun Sup n Cili Padi...

Assalamualaikum...

Selamat pagi selasa 1 Mac 2012 untuk semua pengunjung Zalekha Luvs Cooking...rasanya sekejap benar masa berlalu dan pejam celik dah masuk bulan ketiga tahun 2012 ini...semakin hari semakin banyak keje sekarang ini dan terkejar2 untuk buat itu dan ini..tapi alhamdulillah meskipun dihambat dengan pelbagai tugasan namun saya dapat melaksanakan tugas2 harian hingga beres...selagi termampu dan sihat..mudahan2 kita semua terus diberi kekuatan dan kesihatan untuk menjalan amanah dan tanggungjawab kita ini...insyaAllah..

Ok lah pepagi macam ini tak boleh nak bercerita panjang kita terus lah tengok resepi di bawah yang sesuai dibuat untuk sarapan pagi atau minum petang atau sekarang ini x kira waktu orang makan cekodok@cucur@jemput2 ini...

Cucur Gerargau Berdaun Sup n Cili Padi

Bahan-Bahan:

3 cawan tepung gandum
1/2 cawan udang geragau kering - cuci dan toskan
2 labu bawang besar - belah dua dan dihiris nipis
8-10 batang cili padi - dicincang halus
1 pohon daun sup - dihiris halus
Air secukupnya - saya guna 21/4 cawan (adunan ini agak lembik sedikit untuk menghasilkan cucur yang nipis dan garing yer)
sedikit serbuk kunyit - untuk cantikkan warna cucur 
Garam secukupnya
Minyak untuk menggoreng.

Cara:

1.  Masukkan tepung gandum, udang geragau, bawang hiris, cili api, daun sup, serbuk kunyit dan garam dalam mangkuk adunkan dengan air sedikit demi sedikit dahulu dan dikacau sebati adunan cucur ini mestilah tidak terlalu pekat atau cair. Adunkan sehingga rata dan sebati kesemua bahan.
2. Panaskan minyak masak untuk menggoreng tenggelam cucur yang dibancuh tadi.  Apabila minyak sudah panas masukkan lebih kurang sesudu  adunan dalam kuali, gorengkan cucur dalam 7-8 keping sekali mengoreng jangan banyak2. Gorengkan dengan api yang sederhana kecil dan balik2kan sehingga cucur berwarna kuning keemasan dan garing.
3.  Angkat dan toskan cucur dan letakkan atas paper towel.  Hidangkan panas sesuai dimakan begitu sahaja sebab cucur dah ada cili padi atau nak makan dengan apa2 sos pilihan anda pun boleh. 


wah cekodak pisang pun enterframe sama...

No comments:

Post a Comment