Saturday, March 17, 2012

Homemade Mushroom Soup with Garlic Bread...

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua..dah sarapan ke belum? mesti dah kan sebab dah jam 10.30 pun nie...saya hari ini memasak mushroom soup dan garlic bread untuk sarapan. Sajian yang rengkas sahaja tapi mengenyangkan.  Jom kita semak resepi mudah di bawah ok:

Mushroom Soup

Bahan-Bahan:

1 cawan - cendawan yang dihiris atau dipotong kecil (shitake atau apa2 jenis saya guna cendawan tiram ajer)
1 litter susu segar
1/2 liter air
2 kiub pati ayam knorr
1 labu bawang besar - didadu kecil
4 ulas bawang putih dicincang
1/2 camca teh serbuk lada sulah
1/2 cawan tepung gandum - dibancuh dengan air
sedikit garam
sedikit minyak untuk menumis
2 sudu butter/majerin

Cara:

1. Panaskan sedikit minyak bersama 2 sudu majerin, tumiskan bawang besar dadu dan bawang putih cincang hingga layu dan berbau harum.  Masukkan air diikuti dengan kiub pati ayam knor dan lada sulah.
2. Bila air telah mendidih masukkan susu dan cendawan masak dengan mengacau selalu guna api sederhana sebab susu akan senang membuak.
3. Masukkan tepung gandum yang dibancuh kacau sebati dan masukkan sedikit garam rasakan kesesuaian rasanya. Masak hingga agak mendidih lama sedikit dan bolehlah di padamkan api.
4. Hidangkan bersama garlic bread.

Cara untuk membuat Garlic Bread -
1. Cincang anggaran 6 ulas bawang putih campurkan dengan lebih kurang satu cawan butter/majerin
gaul rata adunan ini.
2. Sapukan garlic butter ke atas beberapa keping roti putih (boleh juga guna french loaf yang dipotong sederhana nipis) dan bakar dalam oven lebih kurang 15 minit dan hidangkan bersama mushroom soup.
3. Baki garlic butter boleh disimpan dalam frigde untuk kegunaan kemudian.


No comments:

Post a Comment