Thursday, March 22, 2012

Lemang Periuk Kera...

Assalamualaikum...

Salam Khamis untuk semua pengunjung Zalekha Luvs Cooking.. hari ini saya cuma nak kongsikan cerita sejenis masakan yang sangat unik dan jarang2 di dapati di kebanyakan tempat di Malaysia ini atau dimana2 saentero dunia kecuali mereka2 yang pandai makan lemang periuk kera ini...Rasanya kalau nak komersilkan pun agak sukar sebab bahan utama iaitu kelongsong periuk kera ini sukar untuk didapati dalam quantity yang banyak melainkan kalau ada yang rajin masuk ke hutan2 atau di tepi2 belukar kerana periuk kera ini tumbuh melata di kawasan2 yang agak lembab dan kat tepi2 hutan banyak.

Saya pun pun mengenali dan pandai makan lemang periuk kera nie setelah dikenalkan oleh office mate saya kak maria...sebab kalau ada stock kelongsong periuk kera pasti akan dibuat lemang periuk kera yang sangat sedap ini rasanya lemak2 dan kalau yang sukar mendapati periuk kera buatlah gunakan daun ketupat atau kelongsong ketupat jadilah ketupat pulut.  Saya pun pernah cuba buat lemang periuk kera ini semasa lepas raya tahun lepas.. bila ada kesempatan untuk order kelongsong periuk kera ini pasti saya nak order sama dan kalau dapat di masak pula ayam salai lemak cili api  seperti yang kak maria buat memanglah sedap...tak ingat sama ada penah dimasukkan entry atau belum.  Sekarang ini menurut kak maria di segamat banyak jugak orang yang menghidangkan periuk kera nie di majlis2 perkahwinan selain hidangan utama nasi briyani..dan selalunya lemang periuk kera la yang laku dulu sebab susah nak dapat.  Lemang periuk Kera nie sedap dimakan dengan apa2 jenis rendang, serunding atau sambal. Buatnya pun tak berapa rumit saya terangkan secara ringkas sahaja yer di bawah:


Lemang Periuk Kera

Bahan-Bahan:
40-50 biji kelongsong periuk kera - di basuh bersih toskan airnya (boleh tahan lama kelongsong ini jika disimpan ditempat lembab atau peti sejuk)
1 kilo pulut @ secukupnya kalau untuk buat banyak rendamkan lebih kurang dalam 1-2 jam toskan
Santan dari 2 biji kelapa di perah campurkan yang pekat dan yang cair =kepekatan sederhana
(kalau nak guna santan yang pekat sahaja nanti berlemak sangat)
garam secukup rasa - dicampur pada santan

Cara:
1. Masukkan pulut kedalam kelongsong periuk kera hingga hampir penuh permukaan kelongsong susunkan dalam pengukus - perlu susun agak rapat sebab bentuk periuk kera yang agak bulat lonjong tak boleh tegak so rapat2kan dalam pengukus.
2.  Masukkan sedikit garam ke dalam santan dan gaul rata, kalau nak mudah isikan santan dalam jug bermuncung untuk curahkan ke dalam kelongsong yang dah ada pulut hingga penuh.
3. Kukuskan lemang periuk kera ini selama 30 minit - tengok kalau belum masak lamakan sikit sebab pulut dengan santan cepat masak.
Padamkan api sejukkan dan hidangkan bersama rendang atau serunding daging, ayam, ikan atau serunding kelapa. sedap agak unik..cubalah.



7 comments:

  1. cam ne kita nak bersih kan periuk kera tu,sdang kan dia mempunyai sejenis racun dan serangga yang telah mati ?????

    ReplyDelete
  2. Salam cik my geng king star...akak beli periuk kera dari kawan yang selalu jual periuk kera dah siap dibersihkan..kita cuma perlu bilas kan dengan air dan toskan sebelum digunakan. Alhamdulillah setakat nie tak pernah pulak dengar periuk kera yang beracun..kerana telah ramai yang menjual sama ada periuk kera yang kosong atau yang telah dimasak pulut di dalamnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh bg no fon org yg jual periu kera ni?

      Delete
    2. boleh bg no fon org yg jual periu kera ni?

      Delete
    3. boleh contact no ni jika berminat utk beli periuk kera 01119460094

      Delete
  3. Mane nak dpt periuk kera?? Ade no contact x??

    ReplyDelete