Sunday, March 4, 2012

Mini Sardin n Potato Puff...

Assalamualaikum...

Bersiaran sekali lagi di hari ahad ini, dan kali ini saya nak kongsikan resepi yang penah saya buat dulu...buat lagi dan lagi kerana anak2 buah saya memang suka makan puff sardin ini...cuma kali ini ada kentang yang dicampurkan dengan sardin.   Sebenarnya saya nak menghabiskan stok pastry puff kawan dalam peti ais yang saya beli kemarin dan intinya pun yang frozen akak saya milah buat lebih masa dia buat karipap jadi bila disejuk beku benda2 nie tahan lama bila nak digunakan hanya keluarkan dari peti sebentar dan jadi lah projek mini sardin n potato puff ini..oleh kerana size puff yang saya buat memang kecil2 sekeping puff pastry saya potong empat dan leperkan sedikit diletak inti jadi lah dalam 40 biji...yang paling suka makan puff ini anak buah saya Aishah lepas satu, satu masuk ke dalam mulut makan waktu panas2 lagi memang sedap...jom la kita semak resepi  saya C&P yang pernah saya buat dulu..tapi pic semua yang baru bukan yg dulu...hehehe

Mini Sardin n Potato Puff
 Bahan-Bahan:

1 paket Puff Pastry jenama Kawan (ada 10 keping dan saya potong 4 setiap keping)
1 biji telur - dipukul sedikit untuk glace atas pastry

Untuk inti Sardin dan Kentang:
1 tin sardin - 420gm buang kan sosnya dan lecek
3biji kentang - dipotong dadu dan goreng sampai empuk sahaja dan toskan
3 biji bawang besar - didadu halus
5-6 batang cili padi dihiris halus
3 biji limau kasturi di ambil jusnya
sedikit garam
sedikit minyak untuk menumis.

Cara:
1. Sediakan dulu inti sardin, tumiskan bawang besar dadu dan cili api hingga layu dan berbau harum.
2. Masukkan sardin yang dilecek tadi, kentang dadu yang telah digoreng balik2an.  Masukkan  pula garam dan jus limau kasturi, gorengkan sehingga bahan2 sebati dan boleh dipadamkan api serta sejukkan inti terlebih dahulu sebelum digunakan.

Cara menyediakan sardin puff:
1. Puff Pastry dipotong empat dan leperkan sedikit, masukkan inti  secukupnya dan di kapit 2 bentuk  empat segi.
2. Setelah diisi dengan inti sardin susun pastry dalam dulang pembakar, buat hingga selesai.
3. Tekankan sedikit hujung pastry dengan garfu cucuk juga diatasnya dengan garfu sedikit sahaja. Sapukan dengan telur di atas puff pastry.
4. Bakar dalam ketuhar selama lebih kurang 30 minit atau sehingga garing kulit permukaan puff pastry.







No comments:

Post a Comment