Saturday, March 17, 2012

Sambal Lado Minang...

Assalamualaikum...

Selamat malam nampaknya bersiaran sekali lagi saya pada hari ini ajer dah masukkan beberapa entry sejak dari sebelum subuh ada Nasi Tomato, Rendang Ayam Kunyit Berkuah, pagi tadi pula ada Homemade Mushroom Soup with Garlic Bread, petang ada Tempe Goreng Garing dengan Sambal Kicap Cili Pada dan malam ini pula ada resepi Sambal Lado Minang...amboiiiiii sampai 5 entry pada hari sabtu merathon betul saya..muahahaha ini lah gara2 hanya dapat mengadap lappy lama sikit jika hari tak bekerja dan tak kemana2 pulak tu...kalau tidak wassalam jugak..hehe ada2 sajer kan..

Sebenarnya saya dah buat sambal lado minang ini minggu lepas lagi tapi oleh kerana tak berkesempatan mengupdate blog jadi banyak jugak lah resepi2 tertunggak berserta gambar yang saya simpan dalam lappy nie...so tunggu giliran yer...nie pun ada yg terus masak dan terus masuk entry dan ada gak simpan dulu ada kesempatan baru dimasuk..untuk simpanan saya juga resepi2 ini sebab kalau tak ditulis atau disimpan seperti ini maunya tak ingat bahan2 yang perlu untuk sesuatu resepi tu kan..

Sambal Lado Minang ini yang sangat popular bila kita pi ke kedai2 Nasi Padang mesti ada sambal ini sama ada dibuat menggunakan cili hidup merah atau cili hijau.  Sebenarnya adik saya Nora yang berkahwin dengan orang asal minang yang dah pandai membuat sambal minang nie, bila ke rumah nora saya perhatikan cara bagaimana sambal ini di buat dan alhamdullilah sedap jugak versi yang saya buat ini sesuai dimakan bersama nasi putih, ikan goreng atau ayam goreng dengan lauk pauk minang yang lain. Jom kita semak resepi rengkas di bawah ini.


Sambal Lado Minang...

Bahan-bahan:

14 batang cili merah hidup - kalau nak lebih tambah
4 biji bawang besar - dihiris nipis /dadu pun boleh
2 biji tomato segar - di dadu
1 sudu makan gula - (orang minang tak letak pun gula saya sajer letak)
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara:
1. Lada di basuh potong kecil dan blender dengan air dalam 3/4 cawan blender agak kasar kemudian di tapis, air lada di buang sebab gunakan lada sahaja
2. Panaskan minyak dalam kuali tumiskan bawang yang dihiris atau di dadu hingga layu dan berbau harum, tak perlu sampai perang atau garing, masukkan lada yang ditapis tadi, balik2kan hingga agak mengaring lada ini dan naik minyak apinya biar kecil sahaja.
3. Masukkan gula, dan garam diikuti dengan buah tomato yang didadu. Balikkan sehingga sambal mesra dan sebati padamkan api boleh dihidang dengan cara hidang dalam mangkuk atau disiramkan atas ikan goreng, ayam goreng atau dengan terung yang digoreng atau dibakar terlebih dahulu pun sedap jugak.  Selamat mencuba.


No comments:

Post a Comment