Saturday, March 24, 2012

Shepherd's Pie...

Salam malam minggu untuk semua teman2 dan pengunjung Zalekha Luvs Cooking yang saya sayangi...sebelum beradu saya nak kongsikan satu resepi yang saya buat senja tadi...mak aiiii senja2 buat pie..nie semua gara2 saya ke Pasaraya Midas Mart sekali lagi hari ini sahaja dah dua kali pergi dan membeli barang yang dijual sale sempena ulangtahun buy one free one so apa lagi saya dan bedah pun tak melepaskan peluang tadi pagi kami dah beli milo, can drinks, ice creams wall's, detergent n banyak lagi lah..tapi yang geramnya time dia adakan jualan barang2 buy one free one tu berlain so bila ada yang start kul 5 petang hingga 9 malam terpaksalah pi sekali lagi...dan geram jugak sebab di sesi petang nie ada barang yang kami nak tak dapat sebab di borong oleh ramai apek dan nyonya sampai 2, 3 troley borong benda yang sama walhal kami juga datang tepat pada masa jam 5 petang tapi semua barang dah habis...tak patut sungguh..huhu...

Ok lah stop cerita pasal nak beli barang tak dapat tadi...saya nak kongsi resepi Shepherd'sPie yang saya ambil dari blog anak buah saya Briza yang pandai memasak masakan2 barat...emmm memang sedap dan marvelous pie yang ini rasa dia kena dengan citarasa saya dan anak2 buah di rumah ini memang sedappp weiii tak sangup nak tunggu hingga esok pagi untuk menikmati sheperd's pie nie kerana menurut Liza lebih sedap dimakan bila dah semalaman...ok kerana malas nak menaip saya copy paste sahaja resepi dari blog anak saudara saya ini Walking Through Life atau sape2 yang nak pi ke blog beliau bolehlah singgah ke live-n-eat.blogspot.com thanks liza for this superb recipe...


Shepherd's Pie..
Sumber : Briza KH @ Walking Through Life


A.   Inti Daging
Ramuan2 nya

1     packet daging kisar (selalunya 400gm setiap pack)
1     sudu teh mixed herbs atau oregano - saya guna oregano
1     batang carrot dipotong2 halus sepanjang lebih kurang 2 cm
1     tin cendawan butang, dibelah 2 kemudian dihiris membujur
1     senduk kecil cili boh, atau lebih kalau suka pedas - saya lebihkan sebab  nk sedikit pedas
2     senduk kecil tomato paste -saya tambah 1 senduk jd 3 senduk
1     senduk kecil tomato sos - yang ini saya skip
2 sudu makan oyster sos-yang ini saya add in
1     labu bawang besar, dipotong dadu -saya tambah jd 2 labu
2     helai daun salam (bay leaf) - yang ini takdak
sedikit garam
sedikit brown sugar - saya guna 2 sudu gula pasir
2     biji bawang putih   -       kedua bahan ini ditumbuk halus
1/2  inci halia                -


Cara memasak:

1.     Daging dibilas sedikit dengan air dan ditos, kemudian digoreng tanpa minyak di dalam kuali tanpa minyak. Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus, mixed herbs atau oregano yang diramas2 dan garam. Goreng sehingga airnya kering. Setelah kering, angkat daging dan ketepikan.

2.     Tuang sedikit minyak ke dalam kuali, tumis cili boh sehingga terbit minyak, kemudian masukkan cendawan yang dihiris, dibalik2 seketika, masukkan tomato paste dibalik2kan dan masukkan hirisan carrot. Akhir sekali masukkan daging yang telah digoreng kering tadi dan masukkan tomato sos serta daun salam.  Tambah garam dan gula, dan jangan lupa rasa dahulu. Biarkan sos daging kering sedikit. Biarkan sejuk.


B.     Mashed potato

Ramuan2 nya

7-8   biji ubi kentang sederhana besar, dipotong sederhana besar & sama saiz supaya masak rata
1/2   tin susu cair
1/3   buku butter (boleh tambah atau kurangkan ikut selera masing)
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam kasar - yang ini saya tak letak
sedikit serbuk paprika (takde pun takpe)


Cara memasak:

1.     Stimkan kentang sehingga empuk.
2.     Kentang dilecek bersama butter dan susu cair. Taburkan garam dan rasa. Tambahkan jika perlu.
3.     Letakkan serbuk lada hitam kasar. Jika kentang terlalu pekat, tambahkan susu cair sedikit.


Cara menyediakan Shepherd's Pie:

1.     Panaskan oven pada suhu 180 C.
2.     Sapukan bekas yang nak digunakan untuk membakar dengan sedikit butter. Ratakan inti daging di dalam bekas, kemudian ratakan pula mashed potato dia atasnya. Taburkan sedikit serbuk paprika di atasnya (tak letak pun takpe) saya taburkan sedikit chili flake atas pie
3.     Bakar di dalam oven selama setengah jam. Sejukkan sebelum makan.
*Nota:
Shepherd's Pie ini lebih sedap jika disimpan sehari sebelum makan.






No comments:

Post a Comment