Friday, March 2, 2012

Udang Selera Marie ...

Assalamualaikum...

Apakabar semua dan selamat berhujung minggu.. pasti hujung minggu nie ada yang nak masak yang special sikit untuk anak2 di rumah atau ada juga yang akan menerima kunjungan tetamu di rumah pada hujung minggu kan...jika masih tercari2 idea untuk masak sesuatu yang istimewa dan sedap apa kata saya cadangkan agar kawan2 mencuba masakan Udang Selera Marie yang sangat sedap ini...wahh kenapa pulak nama selera marie kat masakan udang ini tentu ada yang tertanya2kan...sebenarnya saya sengaja memberikan nama marie di belakang tu sebab udang ini di masak oleh kak marie..kat pejabat saya..bahan2nya juga agak simple dan memang sedap jika dapat udang laut yang segar dan fresh rasa manisnya masih ada...di masak simple begini makan 2 pinggan nasi pun xsedar...hehe..

Jom kita tengok apa  bahan2 yang diperlukan seperti di bawah:


Udang Selera Marie...
Oleh: Kak Marie..

Bahan-bahan:

1 kg Udang laut yang sedang - dibersihkan udang buang hujung kepala yang tajam dan ekornya sahaja
8 batang cili merah - dikisar halus
6-8 batang cili padi - dikisar halus
8 biji bawang merah - dikisar halus
3 ulas bawang putih  - dikisar halus
1 inci halia - dikisar halus
5 sudu mkn tomato sos
2 sudu makan cili sos
2 sudu makan oyster sos
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan air
2 labu bawang besar - dibelah dua dan hiris
2 pohon daun bawang di potong 1 inci
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak, gorengkan seketika udang sehingga bertukar warna sahaja dan boleh diangkat, tapiskan ketepikan dahulu.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bahan2yang telah di kisar halus hingga agak garing dan naek minyak. Masukkan sos tomato, sos cili dan oyster sos. Gaulkan rata dan masukkan pula air diikuti dengan susu cair.
3. Masukkan udang, balik2kan dan masukkan garam dan sedikit gula sesuaikan rasa masam manisnya.  Apabila kuah agak mengering masukkan bawang besar yang dihiris dan daun bawang. Balik2kan sebentar dan boleh dipadamkan api.  Hidangkan bersama nasi putih, nasi bertumis atau nasi impit...sedap cuba lah..


No comments:

Post a Comment