Monday, March 5, 2012

Yong Too Foo Style saya...

Assalamualaikum...

Selamat malam untuk semua pengunjung ZLC...malam ini saya nak berkongsi satu resepi mudah Yong Too Foo yang saya buat untuk makan malam hari ini...atas permintaan Iqin anak buah saya yang termengidam nak makan Steamboat sebenarnya dari semalam Iqin dah mengajak ibunya makan steamboat tapi kata saya baiklah kita buat sendiri selain harap mahal pada harga satu kepala RM20 dan makan pulak tak seberapa baiklah saya buat sendiri dan rasanya pun lebih kurang sama jugak macam yang dijual di kedai steamboat tu..dan semua orang di rumah dapat makan.  Oleh kerana ibu Iqin dah belikan bahan2 jadi lah Steamboat a.k.a Yong Too Foo Style mak jay yang buat..ok...jom kita semak resepi mudah di bawah.

Yong Too Foo

Bahan-Bahan:

Bahan Untuk Sup:
1 biji bawang besar - didadu halus
4 ulas bawang putih - dicincang halus
1 inci halia - dicincang halus
1 camca teh serbuk lada sulah
1 sudu makan gula
2 kiub pati ayam maggie
2.5 litter air - kalau nak banyak kuah tambah air
garam secukup rasa

Bahan Untuk Yong Too Foo
6 batang Fish Cake-dihiris
Semangkuk Fish Ball - beberapa jenis dicampur - dipotong 2
6 batang - sosej ayam - dipotong
 Sayur kangkung 2 cekak - dibersihkan potong 2 atau 3
(boleh juga nak letak sayur lain seperti cauliflower, karot, putik jagung, cendawan)-saya xletak
Tahu bersumbat ikan - secukupnya (saya xletak x ada)
300 gram mee ketiaw - dibasuh

Bahan Untuk sambal@ sos ytf:
1/2 cawan cili boh
4 sudu makan gula pasir
2 sudu makan gula merah
sedikit garam
sedikit minyak

Cara:

1. Mula2 masakkan kuah sup dahulu, masukkan air dalam periuk bersama bawang besar dadu/racik halus, bawang putih cincang dan halia dicincang. Masukkan sekali serbuk lada sulah, kuib pati ayam dan garam gula masak sehingga sup mendidih.
2. Setelah sup mendidih asing kan separuh kuah di dalam periuk lain separuh untuk masukkan ketiaw, masakkan di atas api sebentar sahaja jangan sampai kewtiaw terlalu kembang. padamkan api. Dalam periuk yang ada sup kosong tadi masukkan bahan2 yong too foo seperti fish ball, fish cake, crabstick, sosej dan masakan sebentar, Masukkan pula sayur kangkung dan kacau sebentar, bila sayur dah masak boleh lah dipadamkan api.
3. Untuk sediakan sos yong too foo, panaskan sedikit minyak dalam kuali masukkan cili boh balik2kan dan masukkan kedua2 jenis gula, massak sehingga cili boh sebati dan masukkan sedikit garam kalau nak bubuh asam gelugor atau asam keping 1 pun boleh..tapi saya tak bubuh pun tambahkan sedikit garam dan jika terlalu pekat masukkan sedikit air. Biarkan sos mendidih sebentar dan tutup api.
4. Hidangkan Yong Too Foo dan Kewtiaw taburkan sedikit bawang goreng diatas kedua2nya bersama sos yong too foo..Bila nak makan cedukkan Mee Ketiaw dan Yong Too Foo makan bersama sos nya.  sedap..




No comments:

Post a Comment