Monday, April 23, 2012

Asam Pedas Ayam Daun Kesum

Sejenis lagi lauk yang nak saya muatkan malam ini...wahhh menaip non stop nampaknya saya...terlanjur line nie ok nnti bila dia buat hal payah la pulakkan.  Asam pedas ayam yang telah saya masak buat sekian kalinya dan penah di masukkan entry DISINI dan bnyk lagi.. yang memang tak jemu2 dimakan oleh saya dan pengemar2 asam pedas terutamanuya warga Johor...jom lah kita tengok resepi...

Asam Pedas Ayam Daun Kesum

Bahan2:

10-12 ketul ayam- cuci bersih dan toskan
4 senduk nasi cili blender*
21/2 labu bawang besar - diblender*
4 ulas bawang putih diblender*
1 inci kunyit diblender*
11/2 inci halia diblender*
2 inci belacan - diblender* - semua bahan bertanda * diblender halus bersama
1 batang serai - dititik
2-3 helai daun limau purut
secekak daun kesum
sekepal@3/4 cawan asam jawa - diramas dengan 5 cawan air
tapis dan ambil jusnya sahaja
sedikit gula dan garam sebagai perasa.
secukup minyak untuk menumis

Cara:
1.  Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan semua bahan2 yang diblender halus hingga agak garing dan naik minyak.. untuk dapatkan asam pedas yang enak dan sedap kena tumis hingga garing elok...kacau selalu jangan sampai hangus pula.
2. Masukkan serai dan daun limau purut hingga naik aromanya. Masukkan air asam jawa. biarkan mendidih sebentar baru dimasukkan ayam. Masak sehingga ayam empuk baru masukkan daun kesum dan perasakan dengan sedikit gula dan garam.  Rasakan kesesuaian rasa masam masin lauk  asam pedas. Biarkan merenih dengan api yang kecil dalam 10-15 minit lagi baru dipadamkan api.
3. Hidangkan bersama nasi panas.. asam pedas kalau disimpan semalaman (baki) sedap dicicah dengan lempeng pekak...selamat mencuba...sedappp..

No comments:

Post a Comment