Saturday, April 14, 2012

Kueh Seri Muka...

Salam malam minggu untuk semua, sekali lagi saya bersiaran dan kali ini saya nak berkongsi pula sejenis kueh yang saya buat untuk minum petang tadi..sebelum kita tengok resepi di bawah ada serangkap pantun...

Seri Muka Kueh Lama
Lemak Rasanya Menambat Hati
 Dibawah Pulut, Diatas Serikaya
Buat Hidangan di Petang Hari

Jom kita semak resepi di bawah..

Kueh Seri Muka...

Bahan-Bahan:

Lapisan Bawah - Pulut:
3 cawan beras pulut - dicuci dan rendam 3 jam
3 cawan santan cair
secubit garam

Lapisan Atas - Kastad Serikaya:
3 butir telur  gred A
3/4 cawan gula pasir
2 cawan santan pekat
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu makan penuh tepung kastad
sedikit pewarna hijau dan pandan paste

Cara:

1. Panaskan pengukus, kukuskan pulut di dalam loyang bersama santan cair yang dicampur dengan  sedikit garam. Kukus sehingga pulut masak, balik2kan dan kukus sebentar lagi.
2. Bila pulut dah masak elok, keluarkan pulut dari kukus dan masukkan ke dalam loyang bulat berukuran 8 inci yang di alas dengan plastik, pastikan plastik lebih lebar sedikit dari loyang untuk senang keluarkan nanti. Tekankan pulut supaya rata dan mampat.
3. Dalam satu bekas atau periuk pukul gula bersama telur hingga gula hancur, masukkan santan, tepung gandum dan tepung kastad, serta pewarna hijau dan pandan paste. Pukul gunakan whisk hingga tepung dan santan serta telur bergaul rata dan tidak bergentel. kalau nak masukkan semua bahan dalam blender dan blend pun boleh.
4. Masakkan sebentar adunan lapisan atas ini dengan api kecil hingga keluar wap sahaja, tak perlu memekat  dan padamkan api.
5. Masukkan setenggah dari adunan lapisan atas ke dalam loyang pulut yang ditekan tadi. Kukus lebih kurang 10 hingga 15 minit. Setelah lapisan pertama masak masukkan setenggah lagi adunan lapisan atas hingga habis. Kukuskan semula lebih kurang 20 minit. 
6. Padamkan api kukusan dan biarkan kueh sejuk barulah dipotong dan hidangkan.



No comments:

Post a Comment