Sunday, April 15, 2012

Mee Siput Berkuah Kari...

Sarapan untuk pagi nie...agak ringkas dan senang disediakan...oleh kerana anak2 buah saya ramai kat rumah time2 hujung minggu gini kenalah buat sarapan dalam kuantiti yang  banyak dan agak mengenyangkan...jd fikir punya fikir datang la idea nak buat maggie kari bertumis..bila dijengah ke dapur nampak pulak sebungkus besar mee siput yang adik saya bedah bawa balik dari kampung hari tu...so jadilah projek Mee Siput ala Maggie Kari untuk sarapan kami semua..sedapppp gak budak2 nie suka...

Jom kita semak resepi muda di bawah...kalau nak masak sikit kurangkan atau separuhkan resepi asal ebab saya masak nie dapat seperiuk...


Mee Siput Berkuah Kari

Bahan-Bahan:

8 keping mee siput kering - celur sebentar dalam air mendidih dan toskan
1 batang karot - dihiris serong
1/2 biji kobis manis beijing (yg kecil) - dihiris
2 batang cili merah - dihiris
8 keping nugget ayam tempura - dipotong dadu
2 labu kecil bawang besar - dihiris
4 ulas bawang putih - dihiris
3 sudu makan serbuk kari - dicampur sedikit air jadikan pes
1/2 cawan tomato sos
6-7 cawan air
2 kiub ayam knorr
sedikit garam
sedikit minyak untuk menumis
Bahan sampingan:
2 biji telur - dibuat telur dadar
2 biji tomato segar - dipotong baji

Cara:

1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk tumiskan bawang  besar hiris dan bawang putih hiris hingga layu dan berbau harum.  Masukkan pula serbuk kari yang telah dijadikan pes tumislah sehingga agak mengaring masukkan sos tomato pula diikuti dengan nugget ayam.
2.  Masukkan air dan biarkan hingga  mendidih. Bila kuah dah mendidih masukkan pula mee siput yang telah dicelur dan ditoskan. lepas itu masukkan pula sayuran.
3. Masukkan kiub ayam knorr diikuti dengan sedikit garam dan rasan kesesuaian rasanya.
Hidangkan panas2 dengan ditabur bawang goreng, makan dengan tomato buah dan telur dadar. sedappp..cubalah.


nie la mee siput yg digunakan

No comments:

Post a Comment