Thursday, April 5, 2012

ROTI NAIK....

Assalamualaikum...

Salam pagi Khamis buat semua..hari ini saya nak kongsikan satu resepi Roti Naik yang biasa dibuat oleh kebanyakan orang dengan berbagai2 cara ada yang memanggilnya roti paun juga tapi kalau di Johor biasa kita panggil Roti Naik ajer..dan versi yang saya buat ini amat mudah kerana tak perlu menguli bersungguh2 cuma gaulkan sahaja hingga sebati ala2 manja gitu dan terhasil roti naek yang sangat gebu dan sedap ini..saya belajar buat roti naik ini dari kawan saya Hjh Shamsiah cc di SKTP tp masa saya belajar pi buat roti naik nie beliau masih berkerja di SKTA....jom kita semak resepi di bawah ok saya...


ROTI  NAIK 2

Bahan-Bahan

1 kg tepung gandum - diayak
1 paket yis kering (11gram)
1/2tin susu pekat mnis*
1 1/2 mug air suam*
sedikit pewarna kuning* - bahan2 bertanda * dibancuh
 3/4cawan gula pasir
70 gm butter
garam secubit
1/2 cawan minyak masak- ini untuk diletak atas doh yg siap digaul
kalau nak letak kismis 1/2 cawan pun boleh - gaulkan bersama doh
(saya cuma letak di atas kurang sesuai kismis jd hangus...hehe)

Cara:

1. Mula2 buat bancuhan yis dulu dalam mangkuk kecil (Campurkan 2 sudu bsar tpg gandum, 1 pket yis dengan 1/2 cwn air suam gaul rata biar tp dia naik kembang dlm 10 -15minit
2. Dalam mangkuk adunan masukkan tpung gandum, gula, butter garam n bancuhan yis td..
gaulkan dahulu bahan-bahan ini dan seterusnya masukkan bancuhan bertanda* gaulkan seperti kita membuat jemput2 sehingga ratal tak perlu diuli kuat2 cukup sekadar doh bergaul sebati.
3. Setelah doh siap diadun..letakkan 1/2 cawan minyak masak di atas doh biar kan lebih kurang 1hingga 1 1/2 jam atau doh naik sekali ganda..
4. Griskan loyang yg sesuai saya guna tray empat segi 8"x8 tak kisah lah loyang besar mana tapi adunan ini dapat lebih dari 1  tray.. ambil anggaran sejemput besar bola pingpong adunan di bulat2 kan sedikit dan susun dlm loyang rapat2...rehat kan adunan yg dibentuk tadi dalam 20-30 minit
 5. Panaskan oven 180C api atas bawah dan bakar selama 30 minit..dan tambah lagi 10-15 minit api atas bawah..bila dah berwarna kuning cantik keluarkan dari oven teruslah brush gan butter atas roti..selamat mencuba..sedap dimakan panas2  bila dah sejuk pun tetap lembut dan roti ini tahan lama juga 2-3 hari..
Selamat mencuba..




No comments:

Post a Comment