Sunday, April 8, 2012

Salada Segar @ Fresh Garden Salad...

Salam petang ahad untuk pengunjung Zalekha Luvs Cooking yang saya sayangi.  Hari ini saya tak berjalan kemana2 jadi berpeluanglah untuk masak Nasi Tumis Ayam yang sangat ringkas dan mudah..dan mula2 sekali saya telah sediakan Salada Segar atau Fresh Garden Salad yang sangat sedap ini digandingkan bersama Nasi Tumis Ayam dan Ayam Bersambal. dan Acar Telur Rebus resepi nasi dan lauknya saya akan masukkan kemudian nanti.  Sebenarnya masa jalan2 di Jusco Tebrau semalam bersama adik, kakak dan anak2 buah saya, saya telah mengambil peluang membeli sayur-sayuran segar kerana banyak pilihan salad2 dan tomato, timun jepun dan cili bangala yang menarik perhatian saya..so apalagi saya memang x tahan melihat sayuran yang beranika warna dalam kepala dah terbayang2 kesedapan dan keranggupan salad segar yang dibuat sendiri emmm memang berbaloi puas dapat makan salad yang sedap dan sangat segar..jom lah kita tengok bahan2 mudah untuk membuat Salada Segar@Fresh Garden Salad cara saya...

Fresh Garden Salad..

Bahan-Bahan:

1 kuntum Butterhead Lettuce - kalau gunakan daun salad jenis yang lain pun boleh di cuci bersih siat sedikit dan toskan.
1 batang timun jepun -di belah dua dan dihiris serong
1/2 biji capsicum kuning - dihiris
1/2 biji capsicum hijau - dihiris
1-2 tomato segar - di hiris - jika guna tomato cerry dalam 1/2 cawan
1 labu bawang besar - dibelah dua dan dihiris

Untuk dressing
2 sudu makan - extra virgin olive oil
2 sudu makan - gula
21/2 sudu jus lemom
garam secukup rasa.
(bahan-bahan untuk dressing salad dikacau sehingga rata dan sebati)

Cara:
1. Masukkan kesemua bahan salad yang di siat, timun, tomato, capsicum, bawang besar ke dalam mangkuk salad.
2.  Curahkan bancuhan salad dressing ke dalam sayuran dan gaul rata. Rasa kesesuaian masam manis dan masin salad ini. Masukkan sebentar ke dalam peti sejuk sebelum digunakan. Hidangkan bersama nasi tumis ayam atau nasi briani, makan bersama ayam panggang juga sedap. Dan boleh juga dimakan begitu sahaja..Sangat sedap kerana salad seperti ini sangat ranggup dan segar..selamat mencuba..


Inilah rupa salad butterhead yang saya gunakan





No comments:

Post a Comment