Assalamualaikum...
Salam Isnin untuk semua pengunjung Zalekha Luvs Cooking yang dikasihi...resepi kali ini merupakan resepi berkhasiat yang paling mudah dan senang disediakan hanya perlu dikukus tak sampai lima minit. Bagi peminat2 tahu diluar sana tu jom kita semak resepi berikut:
Tahu Lembut Kukus Dgn Cendawan Shiitake
Bahan-Bahan:
1 keping tahu lembut - saya guna tahu dalam pack RM1 satu tu..ada dijual di supermarket
1/2 batang karet - dipotong serong2
2 biji cendawan shiitake segar - direndam sebentar dan dihiris
Sedikit Capsicum hijau dan merah - didadu
Bahan Untuk Sos Tahu Kukus
1 sudu makan minyak bijan
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makam kicap cair
sedikit@hujung camca serbuk lada sulah
Cara:
1. Mula2 ambil tahu dan keluarkan dari pack masukkan dalam pinggan yang boleh dikukus dan bilas sedikit tahu tersebut. Susunkan karet yang dipotong serong bersama cendawan shiitake yang dihiris di sekeling tahu
kukus sebentar sahaja dalam 5 minit dan padamkan api. Jika terdapat air dari tahu di tepi2 pinggan keluarkan dan buangkan air tersebut. Taburkan dengan sedikit capsicum hijau dan merah yang didadu di atas tahu.
2. Untuk buat sosnya, campurkan semua bahan dalam mangkuk dan digaul sebati. Curahkan sos ke atas tahu yang dikukus tadi dan sedia untuk dihidangkan. sedap dimakan panas2 bersama nasi putih atau dimakan begitu sahaja..Selamat mencuba
No comments:
Post a Comment