Tuesday, April 24, 2012

Talam Suji...daku teruja...

Assalamualaikum....

Selamat malam untuk semua pengunjung ZLC yang saya sayangi...hari ini seperti biasa sibuk dengan tugas2 harian tapi kesibukan tu semua tidak menghalang saya untuk melakukan kerja2 dengan seronoknya...mungkin persekitaran tempat tugas saya, kawan2 setugas, pegawai2 dan bos saya yang baik2 belaka dan sangat bekerjasama membuatkan suasana pejabat kami sungguh mesra seperti sebuah keluarga besar yang sentiasa ceria dan syukur alhamdulillah kerana dengan suasana kerja begini mengeratkan lagi siratulrahim antara kami dan menjadikan semua tugasan dapat dilaksanakan dengan lancar bak kata pepatah yang berat sama dipikul dan yang ringgan sama dijinjing..ok lah kita tinggalkan dulu cerita di pejabat saya tu jom lah saya cerita bagaimana tercetusnya idea nak buat kueh talam suji nie...macam dah tak boleh tunggu hujung minggu pula..excited punya pasal...

Sebenarnya hari ini seperti ada satu keterujaan untuk membuat kuih talam suji ini..sebab siang tadi bila ternampak rakan FB saya Zarissufiah yang comel tu berkongsi gambar talam suji siap dengan resepinya sekali membuatkan hati ini nak sangat buat kueh yang satu nie... lagi pun saya memang ada tepung suji yang dibeli beberapa minggu lalu tapi masih belum berkesempatan untuk membuatnya... setelah ada rangsangan dari kawan2 akhir nya berhasil juga projek talam saya di senjakala...hehe boleh macam tu..setelah diamati resepi yang saya lihat di facebook tu...macam tak berapa nak bersesuaian sebab penggunaan santan pekat yang amat mengerunkan...takut bila dengar santan pekat diguna sampai 4 cawan untuk lapisan bawah dan atas jadi sampai 8 cawan...mauuu pengsannnn wooo kalau makan santan banyak2 gitu lebih2 lagi untuk saya yang memang ada darah tinggi nie...jadi saya ubah suai sendiri dari pengalaman membuat kueh..bila pulak yer ada pengalaman buat kueh eks...dah lama sangat sebenarnya masa saya sekolah menengah dulu pernah juga membantu arwah ibu saya membuat kueh2 jualan yang dihantar ke warung seperti kuih2 talam tu semua. Jadinya bila diperbaiki dari semasa ke semasa macam orang putih kati practice make perfect cewahhhh yer arr jer saya kan..hehe jadi lah jugak..ok lah berceloteh panjang pulak saya nie...takut ada yang bosan membaca cerita saya ini jom lah kita terus semak resepi di bawah...anyway Sufiah terima kasih sebab berkongsi idea untuk menjadikan kueh talam suji ini satu realiti malam ini...dan rasanyer memang superb...gedeboommm sedapppp sangat2 tau...rasa nya sukatan yang dibuat tu..memang sesuai dan boleh dibuat lagi...

Talam Suji...

Bahan-bahan:

Lapisan Bawah -
11/2 cawan tepung suji / semolina
1/2 cawan gula
1 cawan santan pekat
3 cawan air
1 camca teh vanila esen - saya lupa nak letak tadi..hehe
secubit garam
1 camca teh pewarna kuning - yellow food colouring

Lapisan Atas -
2 biji telur size A
1/2 cawan sirap gula melaka pekat
1/2 cawan gula pasir
2 cawan santan pekat
1 cawan air
3/4 cawan tepung gandum *
1/4 cawang tepung jagung * kedua tepung ini diayak jadi satu cawan sukatannya
1 sudu makan esen sarsaparila - (sebab saya guna sirap gula melaka yang tak berapa gelap warnanya)

Cara:
1. Panaskan pengukus, alaskan loyang bersize 8 x 8 inci dengan plastik, pastikan plastik lebih sedikit dari loyang senang nak angkat kueh bila memotong nanti.
2. Masakkan kesemua bahan lapisan bawah di atas api yang sederhana kecil. Sentiasa kacau adunan dengan senduk kayu sehingga adunan suji agak memekat sahaja tak perlu sampai masak lama yer.
3. Masukkan adunan suji dalam loyang yang telah dialas plastik tadi, ratakan menggunakan spatula agar rata.
Kukuskan adunan lapisan bawah selama lebih kurang 10 minit.
4. Sementara itu sediakan lapisan atasnya, pukul telur bersama semua bahan dengan whisker hingga sebati dan bergaul rata tidak begentel tepungnya. Masak adunan atas ini juga di atas api yang kecil kacau dengan senduk kayu, lihat bila adunan telah agak hendak memekat di dasar nya terus padamkan api dan gaul rata2. 5. Bukakan tudung pengukus dan sendukkan adunan lapisan atas hingga habis. Kukuskan selama lebih kurang 20 minit. Bila dah 20 minit buka tudung kukus tengok permukaan kueh kalau macam berair sedikit biarkan api kukus dalam 5 minit lagi tanpa menutup tudungnya.. permukaan kueh ini akan mengering.
6. Biarkan sejuk dahulu sebelum dipotong dan dihidangkan...selamat mencuba..



No comments:

Post a Comment