Saturday, May 5, 2012

Terung Sambal Berlado...

Assalamualaikum...

Apa kabar kawan2 disana...hari ini mood untuk mengupdate blog agak merundum...malassss gitu...tapi dalam malas2 sebenarnya saya ada juga membuat projek yang tertangguh selama 2 minggu...amboiiii lama betul menangguh tu...kalau makanan dah jadi basikan...hehehe...sebenarnya saya kan berangan2 nak buat kek mentega lemon berceri minggu lepas pun saya tak dapat buat sebab asik lah dengan aktiviti berjalan2 jadi pada minggu ini saya tak kemana2 maka dapatlah membuat kek yang termengidam tu...tapi pun masih di dalam oven lagi tu apa lah ceritanya...saya dah set kan timing so biarlah kek tu masak dengan tenang...ada dua batch untuk dibakar satu saya letak dalam loyang kek lonjong 4x8inci satu lagi yg masih belum di bakar dalam cup yang kecil dan sedang2 ajer...yg penting ianya sedapppp...cewahhh belum rasa lagi dah kata sedap apalah saya nie...hehehe..ok biarkan kek2 yang saya buat tu...macam lah banyak sangat eks...sejuk dulu diredai kueh barulah saya akan posingkan dia nanti...

Buat masa ini saya cuma nak kongsikan resepi biasa2 ajer yang saya masak untuk makan tengah hari tadi dan dah selalu pun buat iaitu sambal berlado tapi kali ini saya gandingkan dengan terung yang dicelur...sambalnya saya buat lebih jadi boleh dimakan bila saya nak masuk ajer dalam peti sejuk kalau tak abis...jom lah kita lihat resepi mudah di bawah,

Terung Sambal Berlado

Bahan-Bahan:
6-7 batang terus yang sedang (dibelah dua memanjang atau boleh di belah 4)
Air secukupnya untuk mencelur terung dicampur dengan 2 sudu makan minyak
dan sedikit garam
Semangkuk kecil atau secukupnya Sambal Berlada Minang resepi diSINI
1/2 cawan ikan bilis di goreng garing untuk tabur atas terung

Cara:
1. Jerangkan air di dalam periuk kecil lebih kurang 4-5 cawan letakkan 2 sudu minyak masak dan sedikit garam.  Bila air dah mendidih masukkan terung yang telah dibelah dua memanjang. celurkan terung sebentar atau sehingga kulitnya bertukar warna padamkan api dan toskan.
(Anda boleh juga mengoreng kosong terung dalam minyak yang banyak atau salai/panggang di dalam kuali khas untuk memanggang)
2. Susunkan terung yang ditoskan tadi dalam pinggan atau mangkuk yang bersesuaian. Letakkan di atasnya sambal berlada minang dan akhir sekali taburkan dengan ikan bilis yang telah digoreng garing.. sedap dimakan bersama nasi panas.

No comments:

Post a Comment