Friday, May 4, 2012

Bubur Nasi dari Baby hingga yang Tua pun suka...

Assalamualaikum...

Salam pagi Jumaat buat semua teman2 dan pengunjung yang saya kasihi...Alhamdulillah kita telah diberikan kesempatan untuk bertemua sekali lagi dengan hari Jumaat  penghulu segala hari yang penuh barakah ini.  Semoga kita semua akan sentiasa dilimpahi dengan rahmat dan mendapat petunjuk taufik dan hidayah dariNya.  Agak pagi juga saya bersiaran kali ini sebab masalah line internet saya yang boleh tahan meragamnya sekejap ada sekejap x ada macam biskut chipsmore pulak..hehe

Pagi ini saya tak berhajat untuk berceloteh panjang2...maklumlah hari kerjakan esok tak kerja 2 hari baru lah boleh berlama2 sedikit mengadap lappy nie..resepi kali ini bukan saya yang buat tapi akak saya Che No di Desa Cemerlang tu buat, beliau berkembar dengan Che Nie yang tinggal di Bukit Kepong...oleh kerana che no atau kak no memang pakar dalam memasak dan pernah berniaga di kantin askar Batu Kontomen KL agak lama dan juga di kawasan Perindustrian  Cemerlang tapi sekarang dah bersara dari berjualan makanan sebab kak no dah jadi supervisor di The Store...ok panjang pulak introduction eks...hehe masa ke rumah kak no minggu lepas kami dah buat permintaan kak no masakkan bubur dan yang paling saya suka sebab ada sambal jeruk kerabu mangga, sambal telur berlobak asin...pun sedap marbelessss u dan ada rojak dengan char kueh  yang sangat garing sedap sgt2.. oh lupa ada satu lagi lauk yang digandingkan dengan bubur kak no kali ini iaitu sup yong tau foo...saya dah cakap dengan kak no untuk kongsikan sambal telur yang best tu gan rojak sekali di blog ZLC...kak no kata ok no problem so saya masukkan entry untuk dikongsi bersama kawan2 semua...

Bubur Nasi

Bahan-Bahan:
1 pot/gelas beras - (kalau nak cepat masak boleh blender kering sekejep kalau x, xperlu)
Air secukupnya - 5-6 pot
sedikit garam

Cara:
1. Masakkan beras dan air berserta sedikit garam sama ada di dalam rice cooker atau dapur biasa
biarkan bubur mendidih dan dikacau sekali sekala,
2. Bila Bubur dah agak memekat kecilkan apinya, tambah air jika perlu, masakkan sehingga bubur benar2 kembang dan agak pekat sedikit baru sedap dimakan bersama lauk pauk lain, tapi terpulang pada citarasa anda ada orang suka bubur yang agak cair dan ada orang suka bubur yang agak pekat.
3. Bila dah masak padamkan api dan hidangkan bersama lauk pauk samping seperti ikan bilis goreng dan kacang tanah, telur asin, sup sayuran, sayur kangkung belacan atau apa sahaja. Saya pulak suka bubur dengan sambal telur berlobak asin versi akak saya...selamat makan bubur...sedappp.

Sambal Telur Dengan Chye Poh...

Bahan-Bahan:

5 biji telur
200 gram lobak masin/manis- jika guna yang size yang besar dicuci toskan dan blender kering
5-6 sudu makan sambal belacan (ikut pedas yang dikehendaki - tumbuk@blender 10 batang cili hidup campur 10 batang cili api dan seinci belacan bakar serta 3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar - didadu
sedikit garam jika guna lobak masin tak perlu garam
sedikit minyak untuk menumis

Cara:

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan sambal belacan dan bawang dadu dan tumis hingga pecah minyak dan berbau harum, masukkan chye poh dibalik2kan.
2. Telur dikocok sedikit, masukkan ke dalam sambal belacan yang ditumis tadi kacau cepat2 hingga semua bahan bergaul rata. Balik2kan sebentar dan padamkan api. Hidangkan bersama bubur nasi atau makan dengan nasi putih panas2 pun sedap.

No comments:

Post a Comment